FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pencuri idam Toyota (Kosmo)

View previous topic View next topic Go down

Pencuri idam Toyota (Kosmo)

Post by Fieza on Wed 19 May 2010, 4:12 am

Pencuri idam Toyota

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

KERETA mewah menjadi tumpuan pencuri untuk tujuan eksport.


KEHILANGAN kereta adalah satu pengalaman yang menyakitkan apatah
lagi jika kereta itu merupakan satu-satunya kenderaan yang digunakan
untuk ke tempat kerja atau menghantar anak sekolah.
“Pengalaman kehilangan kereta adalah sesuatu yang memeritkan,” ujar Za’im Ikmal Mohd, Azhar, 35.

Dia yang pernah kehilangan kereta dua tahun lalu mengakui hampir
gila apabila mendapati kereta buatan Jepun yang baru dibelinya itu
lesap ketika diletakkan di ruang parkir kondominium yang didiaminya.

“Memang sakit hati bila teringat semula kes kereta saya dicuri dua
tahun lalu. Kejadian itu berlaku selepas dua bulan saya membelinya.

“Hampir dua minggu saya ambil cuti untuk mencari kereta itu. Saya
dan rakan pergi ke setiap kompleks beli-belah, hotel atau tempat
tumpuan awam. Mata saya tajam mencari kereta yang sama jenis. Asalkan
berjumpa dengan kereta Subaru Impreza, pasti saya akan menekan alat
penggera automatik namun tidak berhasil,” katanya.

Atas nasihat seorang rakan, Ikmal ke pelabuhan untuk mencari
keretanya di sana. Dia syak keretanya dicuri oleh satu sindiket dan
tidak mustahil kereta itu akan dihantar ke luar negara.

KERETA curi yang bernilai rendah sering dilerai untuk dijadikan alat ganti.


Tanpa berlengah, Za’im terus bergegas ke Pelabuhan Klang dan
bertindak berani menekan alat penggera automatik keretanya. Bukan
sahaja di kawasan parkir yang luas itu tetapi di setiap kontena yang
ditemuinya.

Hampir sebulan kehilangan kereta, lelaki ini masih belum berputus
asa dan lokasi carian masih di Pelabuhan Klang. Untuk kesekian kalinya,
punat alat penggera yang ditekan Za’im akhirnya menyebabkan alat
penggera sebuah kereta berbunyi dari dalam sebuah kontena yang sedang
diangkut ke atas kapal.

“Saya sangat yakin itu adalah kereta saya. Malangnya, nasib tak
menyebelahi saya kerana pengawal di kawasan berkenaan lambat membantu
dan kapal sudah mahu berlepas. Pihak berkuasa yang datang selepas itu
pun tidak mampu berbuat apa-apa,” ceritanya.

Kisah Za’im bukan kisah luar biasa kerana saban tahun ribuan
kenderaan bermotor yang dicuri, sama ada diseludup ke luar negara
mahupun dipotong dan dijual sebagai alat ganti.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif ISM Insurance Services Malaysia
Bhd., Charl Rajendram, kes kecurian kereta menurun daripada 9,899 pada
2008 kepada 8,673 pada 2009.

“Kecurian tersebut melibatkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM446 juta pada 2008 dan RM404 juta pada tahun 2009.

CHARL (kiri) dan rakan setugasnya, Danny Yap menjelaskan statistik terkini kecurian kereta di Kuala Lumpur baru baru ini.


“Walaupun angka tersebut menunjukkan penurunan namun kes kecurian
kereta masih di tahap membimbangkan,” katanya ketika ditemui Jurnal
baru-baru ini.

Selangor merupakan negeri sasaran pencuri kereta di mana 20 peratus
daripada kes kecurian kereta berlaku di negeri itu. Ini diikuti Johor
iaitu 13 peratus dan Perak 10 peratus.

“Jenayah curi kereta adalah jenayah yang mampu mengaut keuntungan lebih setengah bilion ringgit setahun,” ujarnya.

Sementara itu, Penasihat Teknikal Persatuan Insurans Malaysia
(PIAM), Tan Eng Leong berkata, jenama Proton merupakan kereta yang
paling banyak dilaporkan hilang.

“Sebanyak 3,873 kereta Proton dicuri sepanjang tahun lepas.
Walaupun jumlahnya banyak, namun kereta jenis ini bukan kereta
kegemaran pencuri. Sebaliknya, kereta jenis Toyota adalah jenama
pilihan yang paling kerap dicuri. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,472
kes kecurian kereta Toyota dilaporkan kepada PIAM.

“Kereta jenis Perodua pula dilaporkan hilang sebanyak 921 buah pada tahun yang sama,” katanya.

SEBUAH kereta Proton Waja dileraikan oleh satu sindiket di Pulau Pinang untuk dijadikan alat ganti.


Tambah Eng Leong, kereta mewah seperti Mercedes Benz, BMW dan Audi
juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran pencuri kereta.

“Kebanyakan kereta mewah yang dicuri didalangi sindiket yang akan
menyeludupnya ke luar negara. Kereta tempatan dan murah pula akan
dipotong alat gantinya dijual kepada bengkel-bengkel kereta,” ujarnya.

Jelas Eng Leong, dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini,
kehilangan kereta di Malaysia melibatkan kerugian secara purata RM550
juta setiap tahun.

“Ia adalah kerugian yang sangat besar bukan sahaja dari segi nilai
harta tetapi juga kesempitan kewangan dan emosi individu yang berdepan
dengan situasi ini.

“Oleh itu, tidak kira sama ada kereta itu murah atau mahal, pemilik
tidak boleh sambil lewa terhadap keselamatan harta benda mereka
sebaliknya perlu berwaspada dan memastikan kenderaan sentiasa berada
dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan,” nasihatnya.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5453

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Pencuri idam Toyota (Kosmo)

Post by aedes14 on Sun 23 May 2010, 6:27 pm

huuu...
aku pon taram kt toyota gak..
avatar
aedes14
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : cri slh org
Gender : Male
Jumlah Post : 188
Umur : 32
Tarikh Register : 13/12/2008
Reputation : 0
Points : 3400

View user profile http://www.facebook.com/kurangsiuman

Back to top Go down

Re: Pencuri idam Toyota (Kosmo)

Post by azrunia on Thu 03 Jun 2010, 3:51 pm

pengeluar kereta juga yang jual teknologi nak curi kereta......ada market mesti ader barang.....kan...kan....
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4145

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Pencuri idam Toyota (Kosmo)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum