FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

MARI BACA DAN HAYATILAH KASIH SEORANG MANUSIA YANG BERGELAR ISTERI

View previous topic View next topic Go down

MARI BACA DAN HAYATILAH KASIH SEORANG MANUSIA YANG BERGELAR ISTERI

Post by kainkapan on Fri 09 Jul 2010, 8:29 am

KISAH NI AKU AMIK DARI SEBUAH LAMAN WEB... SAJE NAK KONGSIKAN BERSAMA RAKAN2 YANG BERGELAR SUAMI....
HAYATILAH KISAH DI BAWAH INI................

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.



"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang
tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa
la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam
bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri
berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati
Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas
memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan
bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya
mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan
disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari
menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...."
Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali
teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari
selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and
girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah
Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat
bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan
Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi
teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak
kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan
sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi
semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat
kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh
kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali
detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu
memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan
pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya,
Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima
baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga
Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa
abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka,
ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada
Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri
menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah
Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg
bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat
ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi
kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa
senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri
meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata
Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit
menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda
tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri,
bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi
macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan
kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah
keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib
aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya
tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima
kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya
sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga
kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung
saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu
tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan
keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa
menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin
Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada
Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya
lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat
sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba
naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang
mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang
masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang
begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari
Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung
kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin
mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke
sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan
jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang
patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa
kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri
ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari
dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri
bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak
boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi
langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi
tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa
memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa
dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah
aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.
Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian
duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie
sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad
tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat
Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok
sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung
tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau
tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun
Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku
nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau
ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti"
kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello
Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade
masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa
tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri
menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa
tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau
sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat
cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin
penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala
Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah
pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri
tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada
..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri
hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya
rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu
sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit
yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi
malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan
apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari
kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir
Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH
berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu
memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin
baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,
setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku
pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya.
Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros
merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang
tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa
AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah.
Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi.
Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang.
Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan
hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa
hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang
bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang
pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri
Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa
supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat
nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita
sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila
memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka
Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras
raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka.
Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi
dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa








Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih
ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA
ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh
dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA
DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN
KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA
KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak
otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. .
kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa
maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat
memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu
sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri
kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa
mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri
perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan
menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya
mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat
oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis
semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah
kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar
mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat
sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan
akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai
meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan
di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata
dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri
dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa,
Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara
kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja
ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long
, abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar
mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah
kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak,
abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah
meninggalkan pusara Nisa....

kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 326
Umur : 35
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 3948

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

View user profile

Back to top Go down

Re: MARI BACA DAN HAYATILAH KASIH SEORANG MANUSIA YANG BERGELAR ISTERI

Post by kelisa on Sun 11 Jul 2010, 12:09 pm

hmmm....smlm baru bace.....mber antr..... Crying or Very sad

kelisa
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender : Female
Jumlah Post : 4520
Umur : 1125
Tarikh Register : 01/08/2009
Reputation : 24
Points : 7607

Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!

View user profile http://www.facebook.com http://kelisa50932Gmail.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum