FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

What should I be saying to teenagers about video game software?

View previous topic View next topic Go down

What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by RahimBhai on Sat 31 Jul 2010, 9:18 pm

I have this 15 min presentation where I should be talking to gamers of
ages 16-25 about video game software but I don't know what to say, I
need something creative and interesting taking into consideration that I
would like them to get intrested in the industry.





________________________
Online
diamond store
reviews-Engagement
ring guide

RahimBhai
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : khere
Gender : Female
Jumlah Post : 6
Umur : 36
Tarikh Register : 06/04/2010
Reputation : 0
Points : 2750

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by azrunia on Mon 02 Aug 2010, 5:00 pm

avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4142

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by ppfkkpa on Tue 03 Aug 2010, 2:03 pm

Sebagai PPF, jika ada penyumbang untuk perkembangan kerjaya dan peningkatan mutu perkhidmatan, memang saya sokong 100%, tetapi jika hanya untuk mengisi masa lapang, terserahlah kepada semua PPF di Malaysia ni, sebab di luar negara, hanya ada juruteknologi dan teknisyen je, PF memang dah stabil di luar negara,

ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 48
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 2960

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Wed 04 May 2011, 8:48 am

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat bertugas kepada semua PPF.

Antara Biro PPF yang masih ada ialah :
Biro Pendidikan
Biro Multi Media
Biro Keahlian
Biro Kebajikan dan Sosial
Biro Kewangan

Tetapi, betapa sukarnya perjalanan dan perlaksanannya, hanya PPF tertentu sahaja yang tahu.

Tetapi di KKM, setiap persoalan perlu ada 3 JK, iaitu :

JK Pemandu
JK Pelaksanan
JK Teknikal

Jika PPF berjaya mengharungi kesemuanya, barulah kejayaan akan datang menjelma.

Kepada semua PPF Malaysia,

Sudah sampai masanya untuk kita mengatur langkah untuk melonjak ke satu paradigma baru dalam pembangunan profesion Penolong Pegawai Farmasi yang kita sayangi.

Perjuangan yang retorik oleh organisasi mewakili profesion ini sudah dimakan zaman. Tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi dan tahap penyampaian kesihatan yang dinamik, sentiasa bergerak pantas dan desakan yang tinggi terhadap kualiti. Kita masih lagi dengan usaha-usaha lama dengan permohonan untuk kelulusan uniform, elaun-elaun, dan mengekori semua apa yang diperolehi oleh lain-lain paramedik anak emas kementerian.

Kita harus bersedia untuk berubah (ready for change). Ujudkan satu identiti baru yang kukuh dengan menjadikan profesion ini satu aset yang penting kepada perkhidmatan farmasi dan kementerian. Jangan sekali-kali hanya mengharapkan nasib dari usaha lain-lain paramedik sahaja. Bagaimana?
Inilah pertanyaan yang akan timbul dari kita semua...

Masalah kita yang paling besar ialah sokongan dari bahagian perkhidmatan farmasi sendiri. Sekiranya kita mendapat sokongan baik, profesion ini boleh meneruskan satu agenda baru dan 'transform' kepada tahap baru dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan bidang farmasi.

Wahai PPF sekelian, untuk meletakkan kita dalam peta seangkatan dengan lain-lain paramedik dan mengelakkan dari profesion ini pupus satu hari kelak dengan pembanjiran pegawai-pegawai farmasi di segenap sudut institusi kesihatan, semua PPF harus bersedia untuk belajar dan belajar. Tanamkan ilmu dalam aspek farmakologi, klinikal, QAP, inovasi, libatkan diri dalam pembangunan, sentiasa berfikiran positif, berkhidmat dengan kualiti dan yang paling penting melibatkan diri dalam kajian atau jalankan satu kajian dalam kumpulan setiap 1 atau 2 tahun sekali.

Dengan penglibatan dalam Health System Research, akan menaikkan martabat profesion ini ke tahap baru dalam sistem perkhidmatan kementerian kesihatan dan barulah profesion ini akan dipandang tinggi oleh ketua-ketua perkhidmatan di setiap PTJ. Buat masa sekarang kebanyakan aktiviti Inovasi, QAP, KMK dan lain-lain dijalankan oleh Jururawat, PPKP PPP, Jurupulih Anggota dll. Memang ada juga PPF yang jalankan aktiviti ini tetapi sangat sedikit.

Selain ini saya berpendapat satu perubahan besar perlu di lakukan kepada keseluruhan organisasi perkhidmatan farmasi untuk profesion kita dengan mengujudkan dua jawatan sokongan baru iaitu Pembantu Farmasi U3 (sama taraf seperti PPK U3) yang mana adalah sama dengan negara Ireland yang mempunyai Pharmacy Aides. Tugas mereka adalah seperti PPK dalam unit farmasi tetapi dengan kursus khas berkhaitan ubat yang basik sahaja selama 6 bulan.

Satu lagi jawatan yang perlu di ujudkan ialah Pharmacy Technologist U41 (Teknologis Farmasi) yang berkelulusan Ijazah teknologis Farmasi atau Ijazah Sains farmaseutikal(sama seperti di USA).
Dengan ini profesion kita tidak perlu di jadikan kumpulan bersepadu. Yang mempunyai diploma menjadi PPF, Ijazah menjadi Teknologis Farmasi, dan yang ada degree in Pharmacy menjadi Pharmacist.

Kewujudan Teknologis Farmasi yang memiliki kepakaran teknikal (TPN, CDR, TDM, Logistik Management) boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi kerana para Pegawai Farmasi dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugas klinikalkepada pesakit dan berganding bahu dengan doktor untuk membantu pesakit-pesakit dalam rawatan harian.

Ia terpulang kepada nama yang hendak diberikan untuk Teknologis Farmasi U41 samada Pegawai Teknikal Farmasi U41 atau Teknologis Farmasi U41. Dalam tahap ini sebagai sokongan kita kepada para Pegawai Farmasi, profesion mereka juga harus di naikkan kepada UF41 (sebagaimana para doktor naik kepada UD41) dan gred mula gaji juga harus dinaikkan supaya jawatan gred profesional mereka terpelihara juga. Mereka juga harus di naikkan taraf kepada "Clinical Specialist Pharmacist" dalam bidang-bidang yang berkaitan samada Onkologi Specialist, Cardiology Specialist dan sebagainya. (seperti di UK)

Dengan erti kata lain perkhidmatan farmasi akan mempunyai 4 jawatan utama iaitu Pegawai Farmasi UF41-Jusa A, Teknologis Farmasi U41-U54, Pen.Pegawai Farmasi U29-U40, Pembantu Farmasi U3-U14.

Sebagai expanded role untuk PPF, tugas-tugas di stor harus di berikan kepada kita dalam hal-hal perolehan ubat-ubatan dan Pen.Pegawai Tadbir (Stor) serta Pem.Tadbir hanya mengendalikan Non-Drug sahaja. Ketua unit di pejabat stor harus di serahkan kepada Teknologis Farmasi U41 yang mahir dalam hal-hal logistik kerana dalam ijazah mereka subjek logistik management adalah salah satu subjek penting. (lesen pemborong boleh di berikan kepada Ketua di unit stor ini atau sebaliknya mengikut undang-undang.

Dengan kaedah ini skop perkhidmatan Pen.Pegawai Farmasi boleh di kembangkan dan di hargai serta di hormati oleh semua pihak. Secara tak langsung ini juga akan menaikkan moral semua PPF amnya kerana peluang untuk naik ke gred U41 akan terbuka luas melalui pembelajaran ke Ijazah Sains Farmaseutikal dan Ijazah Teknologis Farmasi. (kursus ini ada di jalankan di UK dan USA).

* Artikel ini hanyalah satu nukilan serta sambungan "mimpi indah" yang direka oleh saya untuk tatapan semua semoga mendapat petunjuk yang positif untuk masa depan kita bersama. Sekian.

Ganesan G.Narayanan Klinik Kesihatan Taiping

Segala usul dan cadangan juga perlukan 3 JK tersebut, iaitu Pemandu, Pelaksanan dan Teknikal.

Usol yang sudah lama di hadapai PPF.

CADANGAN TUNGGAKAN GAJI DIPLOMA
PEMBANTU FARMASI MULAI 5 NOVEMBER 1993

Kertas kerja ini hanya mempunyai tiga lampiran sahaja iaitu :-

- Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam

- Surat KKM bertarikh 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Senarai tugas generik PPF


1. PENDAHULUAN :

Pembantu Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedic dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29.

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50ían lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Pembantu Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 51 tahun berlalu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Pembantu Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas Pembantu Farmasi ialah :

Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan Pembantu Farmasi :

Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

Pembantu Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .

2. LATAR BELAKANG MASAALAH :

Setelah SSB diperkenalkan pada 1992, Pembantu Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II iaitu gaji permulaan U29 P1T1 . Lain-lain paramedic yang mempunyai kelayakan diploma diletakkan pada matagaji U29 P1T6

Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) telah mengiktiraf Diploma Farmasi KKM adalah setaraf dengan Diploma bagi tujuan perlantikan dalam Perkhidmatan Awam melalui surat bil. JPA ( L )S.130 / 1 Jld.2 ( 63 )
bertarikh 28 Ogos 1998

Program Diploma Pembantu Farmasi di KKM bermula Julai 2000 sebagaimana surat bahagian Latihan KKM bil ( 112 ) dlm.KKM-74 / INF / 91 Jld.2 bertarikh 23 Jun 2000

Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah dipinda mulai I Julai 2000 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2001 bertarikh 20 Disember 2001.

3. PERMOHONAN PPF :

Kesatuan / Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia memohon agar Skim Diploma tersebut berkuatkuasa mulai 5 November 1993 sebagaimana perubahan Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini adalah kerana terdapat Ahli kesatuan / Persatuan iaitu batch latihan no 28 yang merasakan diri mereka terinaya kerana mereka tidak mendapat gaji diploma sedangkan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun seperti yang diperlukan. Berbeza dengan lain-lain paramedic, mereka terus ke gaji diploma iaitu U29 P1T6.

4. LATARBELAKANG MASAALAH :

Pembantu Farmasi latihan batch no 28 telah mengisi borang permohonan latihan separa perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 dan menghadiri temuduga pada tahun yang sama. Pada tahun 1997 mereka ditawarkan tempat latihan di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya dan mula melapor diri pada 1 Julai 1997. Setelah menamatkan latihan selama 3 tahun dan lulus semua peperiksaan, mereka telah mula ditawarkan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1991. tetapi apabila SSB diumumkan, pada tahun 1992 gaji mereka hanyalah pada matagaji U29 P1T1, sedangkan lain-lain paramedik di KKM terus ke mata gaji P1T6.

Masaalah yang sama juga timbul kepada Pembantu Farmasi Kanan sebelum SSB iaitu telah diletakkan ke Gred U29, tetapi masalah ini telah selesai apabila dirujuk kepada pihak Tribunal Perkhidmatan Awam

Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam surat tersebut amat jelas dimaklumkan bahawa Jawatan Pembantu Makmal Kimia Ubat telah di assimilasikan dan tugasnya diambil alih oleh Pembantu Farmasi.

5. ALASAN PERMOHONAN :

Pembantu Farmasi yang terlibat merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , menjalani latihan yang sama iaitu tiga tahun, lulus semua peperiksaan tetapi apabila bertugas hanya diberi gaji sijil sahaja. Jururawat, Pembantu Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Inspektor Kesihatan, Juru X Ray semuanya diberikan taraf Diploma pada masa itu.

Ditambah lagi pada awal 2008 ni, banyak paramedik di berikan Skim Bersepadu dan semua mereka mendapat dua kenaikan mata gaji. Pembantu Farmasi terus menjadi paramedik kelas kedua.


6. LAIN-LAIN ALASAN :


6.1 PENGAJAR SEKOLAH LATIHAN ADALAH PEMEGANG IJAZAH:

Semua Pembantu Farmasi di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya adalah di ajar oleh, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana pengajar mereka bukanlah pemegang ijazah dalam bidang mereka.

6.2 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PEMBANTU FARMASI

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Pembantu Farmasi, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri.

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

6.3 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah terlepas pandang.


6.4 SEKOLAH LATIHAN PEMBANTU FARMASI KKM

Sekolah Latihan Pembantu Farmasi KKM Petaling Jaya pada masa dahulu adalah di bawah pengurusan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan mereka memang tiada kemahiran tentang latihan dan ianya amat berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana mereka di letakkan di bawah Bahagian Latihan KKM.

Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Pembantu Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 Ė 11 September 1993, adalah mesyuarat yang julong kali di adakan dan hasilnya ialah keperluan perubahan yang terkini perlu dilakukan mengikut kehendak semasa, tetapi perubahan yang hendak dilakukan perlulah setimpal dengan ganjaran yanag akan diterima oleh semua Pembantu Farmasi.

Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi.

Semasa Mesyuarat Pengarah Perkhidmatan Farmasi dengan Pengarah Makmal Ubat dan Stor / Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pegawai-pegawai farmasi Negeri Bil. 1/93 pada 21 Ė 22 Oktober 1993, perkara ini telah di bincangkan dan di persetujui.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.


6.5 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU FARMASI :

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan Pembantu Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah
86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Pembantu Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan adalah amat berat dan dengan pemberian taraf diploma ini di kebelakangkan, bebanan tersebut dapat dikurangkan.

6.6 KEPUTUSAN TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM :

Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam amat jelas menyatakan Pembantu Farmasi Sebelum SSB dan selepas SSB adalah sama sahaja, maka wajarlah semua Pembantu Farmasi di bayar gaji diploma selepas SSB iaitu sama seperti lain-lain paramedik.

PENUTUP :

Kesatuan / Persatuan kami berasa kecewa kerana lain-lain paramedik mempunyai syarat kemasukan yang sama iaitu lulus SPM dan tiga kepujian , bekerja dalam organisasi yang sama , menjalani latihan yang sama iaitu selama tiga tahun, mendapat biasiswa yang sama semasa menjalani latihan, tetapi apabila bertugas di KKM, Pembantu Farmasi hanya di berikan gaji bertaraf sijil sahaja sedangkan lain-lain paramedik bertaraf Diploma.

Pembantu Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.

Pada 5 November 1993, kerajaan telah mengeluarkan satu senarai tugas yang baru bagi semua Pembantu Farmasi.Ini adalah selaras dengan assilimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Pembantu Farmasi.
Sehubungan dengan itu, persatuan kami berasa, gaji bertaraf Diploma sepatutnya di bayar mulai tarikh surat itu.

Perbicaraan kes Pambantu Farmasi Kanan di Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam, juga telah memihak kepada kami.


Sekian.

31.12.2010

Kepada semua PPF yang mempunyai kemahiran dan kelayakan, sila up date kan kertas kerja ini dan majukan kepada YAB PM melalui saluran tertentu. ( boleh di copy and paste .) Sebab ianya masih belum pernah di bawa ke pengetahuan pihak atasan. Beza gaji PPF dan lain-lain paramedic pada masa itu ialah RM 220 sebulan. PPF jangan berfikiran negative iaitu, ianya tidak akan berjaya. Biar YAB PM yang buat kepurusan, selaku Menteri Kewangan.

Pada waktu lalu pun banyak gov staff membawa berbagai isu melalui Tribunal JPA. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Apa salahnya PPF juga mencuba nasib, dan belajar dari kesilapan masa lalu agar ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang.
AGM persatuan PPF pada Jun 2011, masih ada masa lagi dan AGM kesatuan pada Julai. Selepas julai, semua PPF perlu lupakan isu ini.

Kerajan pernah meluluskan tunggakan elaun pingat gagah berani, tunggakan elaun johan tilawah antarabangsa, dll. Dan mungkin juga tunggakan gaji PPF juga berjaya.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

Tamat : 4 Mei 2011
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Sun 06 May 2012, 6:31 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Dan pada bulan Mei banyak perkara telah berlaku pada masa lampau.

Hari Pekerja
Hari Bulan Sabit Merah
Hari Bidan dan jururwat
Hari Guru
Dll


Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Kadar Gaji Minimum Kebangsaan
RM 900 sebulan di semenanjung, lebih kurang RM 4.33 sejam
RM 800 sebulan di Sabah, Sarawak, Labuan, lenih kurang RM 3.85 sejam


Segalanya adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.

Selamat Maju Jaya PPF.



Tamat : 7 Mei 2012.
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Fri 29 Mar 2013, 7:37 am

Selamat Bertugas Kepada Semua PPF

Salam Satu Malaysia

Segalanya dilihat dari sudut Akademik / Ilmiah

Teknologi baru akan di gunakan setiap hari dan semua PPF perlu menggunakan segala kemudahan yang di perolehi dengan memberikan penghasilan yang baik untuk negara. Belajar, Berilmu dan Beramal. 2020 cuma lagi 6 tahun 9 bulan sahaja.

Kita percaya ramai di antara penjawat awam yang sudah tidak sabar menantikan pengumuman Pekeliling Saraan Baru mengenaik gaji, elaun dll. Disertakan intipati faedah pelaksanaan nya.

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan 2.
5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan 3.
12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Ada antara intipati tersebut telah tidak di persetujui oleh sebahagian daripada kakitangan awam, maka penambahbaikannya sedang dilakukan. Bagi PPF yang hanya seramai 4000 staff, penangguhan tersebut telah membuka ruang dan peluang bagi PPF memperbaiki diri dengan menyumbang lebih kepada negara. Negara akan mengiktiraf peranan dan tugasan PPF jika ianya bersesuaian dengan harapan dan inspirasi negara. Kesatuan PPF dan Persatuan PPF ada Biro Biro bagi menjaga kebajikan dan kesejasteraan PPF. Tugasan lain-lain PPF ialah memberi input yang berguna kepada biro tersebut dan hasilnya akan melahirkan outcome yang bermunafaat bagi semua.

Penambahbaikan yang baik telah di nikmati oleh guru, polis, tentera, dll sedangkan bagi PPF ianya hanya mengikut sahaja arus perdana tampa mendapat sesuatu yang di luar jangkaan.

Segalanya di lihat dari perspektif akademik / Ilmiah.

Tamat

29 Mac 2013
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Thu 22 Aug 2013, 5:39 am

Salam Satu Malaysia,
 Selamat bertugas dan mencurahkan bakti kepada Negara kepada semua PPF
 Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)

YAB PM telah membuka ruang bagi PPF menyalurkan apa bagi persediaan pembentangan Budget 2014 nanti.

Pada masa ini hal-hal PPF ialah :
Tuntutan Elaun Kritikal
Memasukkan PPF dalam Skim Bersepadu
Norma Perjawatan PPF dan Penduduk Malaysia
DLL
PPF juga boleh membantu negara dalam menghadapi segala kekurangan dan mengecapi kejayaan.
Pertama, terdapat 114 projek perumahan terbengkalai di seluruh Negara
Kedua, terdapat banyak kes tembak menembak di Negara ini
Ketiga, ramai lulusan IPTA/IPTS terlupa membayar semula PTPTN
Keempat, Kos Pembelian ubat semakin meningkat, pesakit semakin ramai, terdapat juga rakyat yang sengaja mencari penyakit
Kelima, Kos Kehidupan semakin tinggi dan dahulu elaun RM345 sebulan dah cukup, tetapi kini 2013 RM1100 baru cukup.
Dan akhir sekali pastikan pencen PPF adalah mencukupi bagi PPF berehat selepas bersara dan tidak perlu menjadi security guard bagi menampong kehidupan.
Segalanya cadangan, saranan, pemerhatian, usol dan coretan, boleh dihantar secara individu kerana NGO iaitu PPFM dan Kesatuan telah di jemput oleh Kem Kewangan pada pertemuan yang lalu. Dan selepas ini jika PPF masih kekurangan, jangan salahkan sesiapa pun. Hanya salahkan takdir sahaja. Sebab usaha Tangga Kejayaan. Banyak usaha, banyaklah kejayaan.

Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)


Tamat
22 Ogos 2013


Nota Bagi Mempertingkatkan IQ PPF :

 

Pada hari Selasa yang lalu, terdapat rungutan dalam akhbar Harian Metro mengenai bayaran  upah jahit di Hospital Serdang. Jumlah yang diluluskan adalah kurang daripada yang sepatutnya. Semua PPF juga perlu maklum bahawa edaran surat khabar tersebut adalah seluruh negara. Bagi diri PPF jika bayaran tersebut kurang daripada yang diluluskan oleh JPA, maka PPF U40 seramai 12 orang di seluruh negara perlu mengambil tindakan. Ini termasuk ketua profesyen. Dan apabila ianya masih juga berlaku, semua PPF perlu di persalahkan kerana tiada kesinambungan di dalam perjuangan. 


 Semasa Mesyarat MBJ pada tahun 2005 pengerusi telah memaklumkan bahawa bayaran upah jahit perlu di bayar pada bulan April. Semua minit MBJ tesebut tersimpan di JPA. Jika PPF prihatin, sila dapatkan salinan tersebut daripada wakil MBJ PPF. Antara perkara yang menyumbang kepada masaalah tersebut ialah, kontrak bekalan kain tamat bulan Jun, dan PTJ beli apabila kontrak baru di keluarkan. Kerani yag buat kerja telah tidak menjalankan tugasnya dan takkan lah PPF pula nak buat kerja kerani. Jika kerani dah serender, sila datang ke farmasi dan beri ubat. selepas itu bolehlah PPF buat kerja kerani di pejabat. Pengerusi MBJ juga selalu bertukar kerana bersara dan naik pangkat dan pengerusi yang baru memang tidak tahu. Prosedur MBJ juga tidak lancar sebab masih ada PTJ yang tiada mengadakan mesyuarat Pre Council. Sebab itulah semua PPF senior kena bimbing junior agar perkara yang sama tidak berlaku pada masa hadapan. Dan sebab itulah PPF perlu kekalkan kepimpinan Persatuan dan kepimpinan Kesatuan kerana mereka ada banyak pengalaman, lainlah jika mereka sendiri menarik diri. Itu belum dikira perancangan masa hadapan PPF. PPF telah tewas pada hari ini dan jika tiada perancangan yang teliti dan rapi, PPF akan tewas sepanjang masa. Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa. 


AGM Kesatuan dan Persatuan PPF tahun 2013 akan di adakan dalam masa terdekat, tetapi mengapa mesyuarat peringkat negeri masih belum di adakan dan jika terdesak, adakan mesyuarat peringkat negeri dan kebangsaan pada tarikh yang sama cuma, berbeza waktu sahaja. Mesyuarat adalah bertujuan membawa masaalah ahli akar umbi ke peringkat tertinggi dan jika tiada masaalah untuk di bawa, bermaksud PPF adalah Tip Top.


Apa pun PPF U40, PPF U38, PPF U36 dan PPF U32 lebih maklum kerana meraka mendapat tempat yang tinggi di pihak PTJ. Ini brbeza dengan PPF U29 yang selalu bekerja tampa mengira waktu dan ketika. Dan perancangan masa hadapan ialah pastikan semua PPF akan merasai gred U40 sebelum bersara sebab dah bekerja selama 30 tahun, dan pada usia 60 tahun takkan masih U32 KUP sahaja. Jika perancangan pada tahun 2020 telah tertinggal, usulkan perkara ini dalam perancangan 2070 iaitu 50 tahun selepas 2020.


 
AGM Persatuan PPF akan di adakan pada September 2013 di Hotel Grand Continental, Langkawi Kedah.
Terdapat Pemilihan Ahli Majilis baru pada AGM Kali Ini.
Surat Pencalonan Ahli Majlis Baru Sessi 2013 / 2015 telah di edarkan oleh SU PPFM pada Jun 2013 
Dan perlu dihantar sebelun  tarikh tutup pada 25 Julai 2013 ( Lagi Dua Hari )
Jika ada Ahli yang berminat , sila isi borang pencalonan dan jika tiada pencalonan, semua Ahli Majlis akan menang tampa bertanding.
Bagus juga sebab tak perlu AJK Pengira Undi di wujudkan dan semua PPF boleh menumpukan kepada persidangan tersebut.
AGM pada tahun ini perlulah di beri nama Persidangan sebab perbelanjaan ahli hadir  boleh di tuntut daripada jabatan
Jika AGM sahaja, JPA tak luluskan tuntutan perjalanan bagi ahli yang hadir.
Permohonan Elaun Kritikal oleh PPF sepatutnya telah di muktamatkan sebab Budget 2014 telah siap di Kem Kewangan. 
Pada masa ini hanya penambahbaikan sahaja yang dilakukan oleh Kem Kewangan sebelum ianya di umumkan oleh PM pada Sept 2013.
Dan jika PPF masih berhasrat untk menikmati elaun kritikal pada 2015, ianya perlulah di kemukakan kepada JPA pada 2013, sebab JPA akan megnkajinya. 
Mungkin pada pembentngan Budget akan datang nama PPF akan tercatat.
Kenaikan gaji PDRM dan ATM telah diumumkan dalam Budget
Tetapi kenaikan gaji APMM telah tertinggal
Maka pada Budget tahun hadapannya, nama APMM telah di masukkan
PDRM ialah Polis, ATM ialah tentera dan APMM ialah Agensi Penguatkusa Maritim Malaysia.
Begitu Juga permohonan jawata baru 
Anggaran Belanja Mengurus (ABM) perlu di pohon dua tahun lebih awal
Jika Elaun Kritikal ialah 10 % dari pada gaji pokok
Maka Staff PPF perlu bertambah 10% jika elaun tersebut tidak di luluskan.
Tepuk dada, tanya selera.

Sebenarnya PPF terdapat 3 golongan iaitu, MUSPJ, KSKB dan IPTA/IPTS latihan secara ad hock dan semua PPF tersebut akan menyambut ulangtahun dan pertemuan semasa AGM Persatuan dan Kesatuan. Oleh sebab itulah, semua PPF perlu mengasingkan sedikit budget untuk bertemu sesama PPF iaitu AGM kesatuan setiap tahun dan AGM persatuan setiap dua tahun. Semua BATCH boleh berjumpa dan bertemu dan lihat perbezaan dan peningkatan sesama PPF. Bermula PPF U29 hinggalah PPF U40 dan yang telah bersara.

Pembayaran elaun jahit PPF bagi tahun 2013 terdapat sedikit masaalah
Ianya juga telah keluar dalam Harian Metro
Sepatutnya semua PPF telah ambil maklum
Pada masa dahulu, seorang Ketua PTJ ambil perhatian apa sahaja yang keluar di surat khabar
Ia fotostat dan edarkan kepada semua Staff yang terlibat
Tetapi pada tahun 2013 fotostat tersebut masih belum di terima
Mungkin semua PPF U40 hingga U29 terlalu sebok.
Tetapi apa yang pasti ialah pastikan ianya di bawa ke mesyuarat MBJ
Pihak JPA akan dapat satu salinan minit mesyuarat MBJ tersebut
Setahun wajib terdapat 4 minit mesyuarat MBJ
Iaitu setiap 3 bulan ( Mac, Jun, Sept, Dis )
Pada tahu 2013 banyak PTJ hanya luluskan RM150 je sepasang dan RM 450 bagi 3 pasang
Sebagai warga KKM yang positif, PPF perlu memohon RM 460 bagi dua pasang
Dan jika ada lebihan budget tahun 2013, PPF boleh mohon lagi sepasang.
Ianya haya lebih RM 10 sahaja daripada yang PTJ luluskan iaitu RM 450 bagi 3 pasang
Wakil MBJ sila pastikan ianya di patuhi
MBJ adalah wakil pekerja dalam pengurusan jabatan
Wakil MBJ dari kalangan PPF ialah ahli kesatuan
Pastikan wakil tersebut ada nombor ahli kesatuan dan tiada yuran tertunggak
Masaalah besar jika wakil MBJ tersebut bukan ahli kesatuan
Sebab hanya kesatuan yang prihatin nasib dan masa depan PPF
Persatuan juga mempunyai reputasi tinggi dalam menjaga kebajikan PPF
Lebih elok jika wakil MBJ tersebut ahli bagi kesatuan dan persatuan.
Senarai ahli mudah je untuk di semak
Hubungi setiausaha kesatuan dan kesatuan
Masaalah lagi besar ialah majoriti PPF tidak menjadi ahli kesatuan dan persatuan
Tetapi revolusi pada tahun 1991 yang telah dipersetujui ialah
Kesatuan PPF dan Kesatuan PPF tetap akan berdiri kukuh
Walaupun ahlinya hanya 10 orang PPF sahaja iaitu Ahli Majlis dan Exco
Tahun 2013 adalah tahun pemilihan AGM kesatuan di Kelantan
AGM Persatuan pula akan di adakan di Langkawi
Tarikh, Masa, Tempat masih belum muktamad
Sebab masih belum ada surat pekeliling yang di terima

Kerajaan Malaysia perlu mengucapkan terima kasih kepada PPF
Sebab dengan melambatkan gaji Diploma pada tahun 2003, kerajaan telah berjimat sebanyak 9 juta
Lain-lain paramedik mendapat gaji Diploma pada tahun 1993
PPF mula dapat gaji Diploma pada tahun 2003
Beza gaji antara pemegang Diploma dan Sijil KKM ialah RM 220 sebulan
Elaun kritikal juga bagi lain-lain paramedik ialah minima 10% dari gaji pokok
Bilangan Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan ialah 80,000 orang
Bilangan PPF di Malaysia hanya 3500 orang
Tetapi PPF masih beruntung kerana penambahan jawatan PF telah meningkat
Beban tugas dan tanggungjawab PPF semakin mengecil
Tetapi jika Kerajaan Malaysia murah hati
Bolehlah pemberian elaun BIPK ( Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ) di panjangkan kepada PPF
Ianya akan di kaji setiap 5 tahun sekali
Dan jika pada tahun 2013 PPF tidak berjaya, pada tahun 2018 boleh memohon sekali lagi.
Dan semua PPF perlu menyokong usaha ini dengan menjadi ahli persatuan dan kesatuan.
Pada masa dahulu, yuran ahli kesatuan dan persatuan ialah 0.5 % dari gaji pokok PPF
Tetapi pada tahun 2013 yuran tersebut hanya 0.25 % sahaja dari gaji pokokPPF
Dan jika masih ramai PPF belum menjadi ahli, itu tandanya taraf kehidupan PPF semakin menurun
Persatuan dan Kesatuan ialah pertubuhan berdaftar
Dan jika hanya 60 % sahaja PPF menjadi ahli persatuan dan kesatuan
Ianya bermaksud hanya 60% sahaja harapan dan cita-cita PPF akan berjaya.
Untuk itu, kesatuan dan Persatuan perlu merancang 166% dan barulah hasilnya 100%
 
Banyak perkara yang berlaku setiap hari yang melibatkan PPF. Banyak juga PPF yang telah di anugerahkan perkhidmatan cemerlang dan kenaikan pangkat. Dan perkhidmatan PPF kepada negara ini pun terus meningkat. Tetapi perubahan yang besar masih belum berlaku lagi dan semua PPF sedang menunggu dengan penuh yakin. Topik ini melibatkan usaha menambah ilmu di kalangan PPF dan jika semua PPF sudah bersedia, marilah kita beramai-ramai jumudkan PPF dan semua PPF yang ada adalah berkhidmat secara KUP sahaja. JPA pernah menjumudkan jawatan bidan tetapi tugasan perbidanan masih di lakukan sehingga hari ini. Jika berjaya, pada masa akan datang semua PF bertugas di farmasi dan selepas berkhidmat selama 12 tahun, semuanya akan dapat gred gaji PFU54. Pada masa hadapan hanya PF dan PRA sahaja bertugas di farmasi. PRA ini bernasib baik kerana mendapat gaji PPF sebab PRA farmasi pada masa akan datang perlu mempunyai Dip in Pharmacy dan jika ada peluang sila sambung pelajaran dan jadi PF. PPF yang ada pada masa ini sila tumpukan kepada usaha agar semua PPF mendapat elaun jahitan RM690 bagi tiga pasang kerana terdapat PTJ yang membayar hanya RM450 bagi tiga pasang dan sepatutnya ianya adalah seragam di seluruh negara. Dan jika tidak berjaya pada tahun 2013, tuntut tunggakan pada tahun 2014. Dari segi akademik, mungkin PPF terbabit amat murah hati, berkorban dan terkorban.
 
Persidangan PPF di Rosa Pasedena Cameron Highland akan berlangsung sedikit hari lagi, jika masih ada ruang dan peluang, jemputah YB Menteri Kesihatan / YB Timbalan Menteri Kesihatan untuk hadir bagi membuka ataupun menutupnya. Ini adalah kerana mereka masih baru dalam KKM dan masih belum menyelami citarasa dan perasaan PPF. Dengan kehadiran tersebut, peluang PPF bagi menyampaikan sesuatu secara terus amatlah di harapkan. Jika tiada kesempatan, semua Ahli Majlis PPFM dan Exco Kesatuan PPF bolehlah mencari satu hari yang sesuai bagi bertemu YB Menteri dan YB Timbalan Menteri. Perkara ini telah lama di praktikkan oleh lain-lain organisasi. Eg. Ketua Polis Negara KPN yang baru telah mengadap DYMM Agong dan DYMM Sultan-Sultan di setiap negeri. Ianya bertujuan bagi memperkenalkan semua pengurusan tertinggi PDRM dan lain-lain isu. Dong Zong juga telah mengunjungi YAB PM sebanyak beberapa kali bagi menyatakan hasrat mereka. PPF juga boleh mencontohi mereka-mereka tersebut. Dan jika masih tiada kesempatan dan ada banyak halangan, setiap persidangan perlulah mempunyai, ringkasan dan natijahnya bagi di majukan kepada pihak pengurusan tertinggi. Dan sesalinan ringkasan tersebut perlulah dimaklumkan kepada semua PPF. Jika tiada rumusan, cadangan dan perlaksanaan, maka ianya akan mengambil masa yang teramat lama bagi PPF mencapai kemajuan seperti yang telah lama di nikmati oleh lain-lain paramedik. Ianya juga bermaksud hanya biro sosial PPF sahaja yang bergerak aktif sedangkan biro pendidikan PPF masih sedang mencari-cari.

Kekosongan jawatan klinikal instruktor PPF terdapat di KSKB dan sepatutnya semua PPF yang memegang Ijazah Sarjana Muda dalam berbagai bidang, perlulah memohon jawatan ini dan sekaligus boleh mempraktikkan apa yang telah di pelajari di IPT pada masa lalu. Seterusnya menurunkan ilmu tersebut kepada pelatih PPF dan pada masa akan datang semua PPF lulusan KSKB mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan dugaan, sebab pada masa ini, PPF lulusan MUSPJ lah yang mendominasi perjuangan dan kemajuan PPF melalui PPFM dan kesatuan. PPF junior mempunyai iq yang tinggi tetapi ianya hilang di telan kesebokkan bekerja, urusan keluarga dan urusan RM yang terhad. Sebab itulah PF menonjolkan diri pada hari ini, walaupun pada masa dahulu PPF lah golongan majoriti di perkhidmatan farmasi. Ruang dan peluang masih terbuka luas. Jangan salahkan PPFM dan kesatuan jika sesuatu yang tidak diundang berlaku kepada profesyen PPF. Salahkan diri kita sendiri sebab kita yang memohon jawatan ini.

Persidangan PPF di Cameron Highland akan berlangsung dan pakar-pakar ICT dikalangan PPF perlu hadir kesana bagi mengaplikasikan persidangan tersebut secara maya dan hasilnya semua PPF boleh mengikutinya secara on line, facebook, dll, Tonjolkan kebolehan PPF dan pastikan semua PPF boleh mengikutinya secara maya. Teknologi secara maya memudahkan urusan PPF seharian. PF memang sebok sebab perkhidmatan farmasi mereka yang reka dan semestinya ianya akan memihak kepada mereka. PPF hanya mengikut arahan dari pihak atasan sahaja. Dan terpaksa korbankan hujung minggu bagi menbuat OT sedangkan PF memang tak boleh buat OT. Tuntutlah ilmu sepanjang hayat. Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa dan Menuntut Ilmu Bila-Bila Sahaja.

Persidangan Tahunan PPF Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2013 telah berlangsong dengan jayanya dan ramai PPF telah hadir. Tahniah juga kepada YDP Persatuan PPF dan Presiden Kesatuan PPF kerana telah dapat meluangkan masa dan turut hadir. Secara ringkasnya banyak perkara telah di susun dan atur kembali bagi kemudahan semua PPF.Semua PPF U40 juga telah di naikkan taraf sebagai ketua profesyen peringkat negeri dan TPKNF telah memberi ruang selama 8 jam bagi urusan pentabiran PPF iaitu setiap hari Selasa, mulai jam 8.00 am hingga jam 5.00 pm, PPF U40 dikehendaki hadir ke Pej TPKNF bagi urusan pentadbiran dan peningkatan mutu perkhidmatan serta perkembangan kejaya PPF di negeri tersebut. Tetapi antara halangannya ialah PPF U40 tersebut tersangat sebok ataupun tiada PPF U40 di negeri berkenaan. Jika pada tahun 2013 perkara tersebut telah berlaku, maka ianya bermaksud sejak tahun 1998 lagi ianya telah di sedari oleh PF sedangkan PPF pada masa tesebut masih enak dan nyenyak di buai mimpi indah. 
 
Pada tahun 1998, terdapat cadangan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF di hospital kerajaan dan kesihatan awam. Di dalam kertas cadangan tersebut amat jelas di nyatakan strategi perlaksanaannya iaitu, jangka pendek (2000-2005), jangka sederhana (2005-2010) dan jangka panjang (selepas 2010), dan pada hai ini 15 Mei 2013 adalah waktu bagi menikmati segala kejayaan dan kemajuan perancangan tersebut. Tetapi lihatlah kejayaan PPF sendiri, masih ada antara PPF U40 yang 12 orang itu pun belum melihat buku tersebut, walaupun ianya telah 15 tahun berlalu. Masaalah ini timbul kerana memang PPF U40 terlalu amat sebok dan sepatutnya ialah semua PPF U38 turut membantu. PPF U36 juga perlu membantu PPF U38 dan jika perlukan pertolongan, bantuan dari PPF U32, perlulah di pohon. Secara ringkasnya ialah PPF U29 krna tolong U32, U32 kena  tolong U36, U36 kena tolong U38 dan U38 mesti tolong U40. Jika salah satu rantaian ini putus, maka CPR diperlukan bagi meneruskan kehidupan PPF.
 
Pengisian borang Anggaran Belanja Mengurus (ABM8) telah di kembalikan kepada PTJ dan selepas ini PPF jangan merungut pada tahun 2015 sebab tiada jawatan tambahan kerana pemohonan perlu dimajukan pada tahun 2013, iaitu dua tahun lebih awal.
Memandangkan PPF adalah kumpulan pelaksana, maka setiap PPF mempunyai tugasan dan peranan bagi menyediakan borang ABM 8 tersebut. Dan selepas dua tahun, PPF sama-sama lihatlah kejayaannya. Permohonan jawatan baru adalah sepatutnya menjadi aktiviti tahunan PPF, dan jika telah bekerja selama 20 tahun, bermaksud dah 20 kali mengisi boring tersebut. Jika tiada perubahan pada boring ABM 8 tersebut, ianya hanya perlu di ubah tarikh sahaja. Tetapi terdapat PTJ yang membawa isu yang sama selama 10 tahun iaitu, secara carry forward. Ini menunjukkan bahawa tiada penambahan jawatan PPF di PTJ tersebut dan bermaksud  tiada peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya.
 
Tetapi masih belum terlewat, terus isi borang ABM 8 dan hantar ke PTJ dan dalam masa dua tahun PPF baru akan melapor diri. Untuk makluman semua PPF, Budget 2014 telah siap di Kem Kewangan dan mereka sedang bincang dan akan di umum kan oleh YAB PM pada Oktober 2013.  Bayaran Elaun Kritikal PPF mungkin termasuk, dan jika tiada pada 2018 masih ada peluang.
 
Dalam buku perancangan perkhidmatan farmasi hospital dan kesihatan awam tahun 2002, amat jelas di sertakan bilangan staff PF dan PPF pada masa tersebut dan jika PPF ada masa, sila semak bilangan staff PF dan PPF pada tahun 2013 dan di sana boleh di lihat berapa peratuskan peningkatan bilangan PF dan berapa peratuskah peningkatan bilangan PPF. Apa yang pasti ialah PF lebih ramai dari PPF. Sepatutnya Penolong Pegawai perlulah lebih ramai dari pegawai tetapi ianya telah terbalik di Bhg Farmasi KKM. PPF juga pernah memohon untuk bertugas di unit penguatkuasaan dan jawapan yang di terima pada masa itu ialah tugasan PPF lebih di perlukan di kesihatan awam dan hospital berbanding dengan permintaan di unit penguatkuasaan. Tetapi setelah 15 tahun berlalu, keadaan ini masih sama, iaitu tiada PPF di unit penguatkuasaan. Keadaan ini perlulah di pikul oleh PF yang membuat penambahan bilangan jawatan yang tidak tepat dan PPF juga turut terlibat sama kerana tidak mengisi borang ABM 8 setiap tahun. Dan kesalahan yang paling utama ialah Kem Kewangan kerana gagal menyediakan peruntukan bagi membayar gaji PPF untuk bertugas di unit penguatkuasaan.
 
Sebagaimana yang semua PPF tahu, setiap soalan pastinya akan mempunyai beberapa jawapan, iaitu A, B, C dan D. Tetapi di era zaman milinium ni, setiap soalan akan mempnyai 5 jawapan iaitu A, B, C, D dan E. Semasa pesidangan di KK yang lalu, PPF telah di berikan jawapan yang pasti bagi setiap soalan. Setiap soalan akan mendapat jawapan dari, JPA, KKM, Bhg Farmasi KKM dan Politik. Dan oleh sebab itulah setiap PPF perlulah terus berusaha bagi mencapai sesuatu dan jangan mudah berputus asa.
 
Bagi isu pembayaran elaun pos basic, PPF boleh teruskan khidmat dan ambil OFF bagi mengantikan elaun tersebut. Tetapi jika PTJ tidak setuju berkhidmatlah untuk Negara, sebab gaji PPF adalah amat tinggi jika dibandingkan dengan gaji PRA.  Disertakan di sini senarai nama-nama PPF yang pernah, sedang dan terus mencurahkan bakti kepada PPF. Nama mereka adalah seperti berikut:
 
Encik Rohin bin Daud 
Encik Razalle bin Dollah 
Encik Zamri bin Ariffin
Pn Norhayati binti Mohamad
Tuan Haji Zulfakhar bin Abd Malek
Encik Bakeri bin Songep 
Haji Mohamad Nor bin Haji Adam 
Puan Maisom binti Hamat 
Tn Hj Harun bin Hussin 
YM Ku Ngah bin Ku Long
En Velayuzam a/l Muniandy
En Gunasegaran a/l Maruthammuthoo
Pn Marzimah bt Ramli
Pn Ng Bee Wah
En Mohd Zaki bin Mutalib
Tn Hj Jamhari bin Warmat
Pn Rosmah bt Mahmud
Tn Hj Mohd Dali bin Mastan
Tn Hj Rosli bin Napiah
Tn Hj Rahmat bin Amin
En Abdul Rahim bin Abdullah
En Fauzi bin Omar
En Zakaria bin Ahmad
Pn Sh Roshadah bt Sd Mustaffa Endruss
Pn Hjh Che Su bt Mohd Yusof
Pn Yam Chow Yit
Encik Ganesan A/L G.Narayanan
Puan Khamsiah bt Brahim
Haji Ab. Manan Kechik
En. Mohamad Nazri b Mohd Esa
Haji Sulaiman b Harun
Puan Samidah Binti Rahmat
Puan Hjh. Rohana bt Musa
Puan Siti Hanisah bt Md.Said
En. Asrul Effendi Bin Jamaludin
En.Suhaimi b Esa
Puan Lau Swee Gim
Puan Hjh. Rahani bt Awang
 
Pasti mereka-mereka tersebut banyak mempunyai idea kerana telah lama mencurahkan bakti.
 
Bagi penempatan PPF secara adhock pula, memang perkara ini ada kebaikan dan kelemahannya. Tetapi sebagai ketua PTJ segalanya perlulah diambil perhatian secara wajarnya. Pernah dahulu Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di wujudkan di setiap JKN dan di ketuai oleh Pegawai Perubatan. Sebagai unit baru memang tiada staff bertugas di situ dan semasa mesyuarat MBJ JKN, pengerusi telah memberi ruang dan peluang kepada unit tersebut untuk mengisi jawatan pembantu dan semua jawatan dapat di isi pada esok harinya. Iaitu di tukarkan dan penempatan secara sementara.
 
Unjuran penambahan jawatan PPF mengikut perancangan mengikut kertas kerja halatuju profesion farmasi hospital yang telah di sediakan pada tahun tahun 2002, dan yang akan diisi dan di perolehi  pada tahun 2010, bagi unit pesakit dalam :
Perjawatan PPF di hospital adalah berkaitan rapat dengan bilangan katil di hospital berkenaan, iaitu seperti berikut :
Melebihi 1500 katil, 
800 ‚Äď 1500 katil :¬†
400 ‚Äď 799 katil:
200 ‚Äď 399 katil:
Kurang dari 200 katil :
 
Dan keperluan bagi PPF pesakit dalam ialah :
PPF U36 60 jawatan
PPF U32 549 jawatan
PPF U29 3081 jawatan
 
 
Norma perjawatan PPF bagi pesakit luar :
1 PPF  : Unit Farmasi Pesakit Luar
1 PPF : Tambahan melebihi 50 pesakit luar sehari
1 PPF : setiap 500 pek di prabungkus sehari
Tugasan Gantian : 1 PPF : 5 PPF
 
Unjuran penambahan jawatan PPF mengikut perancangan mengikut kertas kerja halatuju profesion farmasi hospital yang telah di sediakan pada tahun tahun 2002, dan yang akan diisi dan di perolehi  pada tahun 2010, bagi unit pesakit luar :
 
PPF U38 19 jawatan
PPF U36 37 jawatan
PPF U32 131 jawatan
PPF U29 963 jawatan
 
Kepada semua PPF U40, sila semak berapa peratuskah kejayaannya setelah 11 tahun berlalu.
 
Jenis kursus yang melibatkan PPF mengikut perancangan tersebut adalah seperti berikut :
 
Kursus Pengurusan Farmasi
Kursus Kewangan
Kursus Pengurusan Iventori
Kursus Asas Kaunseling
Kursus Komunikasi
Kursus Teknik Teknik Kaunseling
Kursus Farmasi Klinikal
Kursus Bahasa
Sign Language
Kursus IT
 
Tempat tempat kursus :
Intan
IKU
IPTA
Centre Of Exellence
 
 
Perlantikan Menteri Kesihatan baru pada tahun 2013 akan memberi impak yang maksimun kepada PPF dan lain-lain menteri kabinet juga akan menyumbang sesuatu kepada PPF atas dasar Ahli Parlimen dan wakil rakyat yang di lantik oleh rakyat dan telah menang pada PRU 13 lalu. Nama-nama mereka adalah seperti berikut :
  
TAMAT
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Wed 13 Aug 2014, 1:39 am

Ass’kum, Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
ICT banyak membantu seluruh rakyat malaysia. Cuma perlu cari masa dan ketika yang sesuai.
 
Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highlands Pahang pada 8 September 2014 akan di teruskan. Semua peserta akan singgah sebentar di Rosa Pasedena bagi mengikuti Sessi Dialog PPF bersama PPFM. Antara isu terkini PPF ialah YAB PM akan membentangkan Budget 2015 pada Oktober 2014. Dan beliau amat memerlukan input dari semua penduduk Malaysia bagi di masukkan dalam ucapannya. Dan seterusnya jika PPF ada apa apa yang ingin di masukkan dalam budget, bolehlah mula mengarang sekarang. Budget 2014, Staff Nurse mendapat satu perenggan dalam ucapan YAB PM. Tetapi jika PPF telah bergembira dengan keadaan masa kini, kita g jalan2 je.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 


Tamat:
 
13 Ogos 2014
 
NOTA TAMBAHAN :
 
Persidangan PPF Tahun 2014 tetap akan dilaksanakan pada 5-8 September 2014 di Cameron Highland Pahang. Surat jemputan telah dikeluarkan pada Jun 2014 dan sepatutnya semua PPF telah menerimanya terutama Batch 28 kerana pada tahun 2014 akan di adakan Majlis Re Union PPF Batch 28. Setelah disemak surat jemputan persidangan tersebut, terdapat kekurangan sedikit dari segi kos RM yang perlu di tampong. Ada PTJ yang tidak mahu menghantar PPF dengan alasan kekurangan RM. Tetapi sebagai PPF alaf baru, kreativiti dan inovasi boleh memperjuangkan nasib dan masa depan PPF. Ada PTJ yang menggalakkan PPF hanya hadir pada 8 September iaitu semasa sessi dialog diadakan. Dan seterusnya terdapat PPF dari beberapa PTJ akan menganjurkan program lawatan sambil belajar pada hari tersebut dan seterusnya menghadiri sessi dialog. Batch 28 juga boleh hadir pada sessi dialog tersebut dan selepas itu, bolehlah program Re Union di adakan.

Mesyuarat Sainstifik PPF Batch 28 akan diteruskan. Cadangan ialah pada Nov 2014 di Port Dickson Negeri Sembilan, bersamaan dengan AGM kesatuan PPF.

 
Semua PPF Batch 28 perlu menyediakan satu  kertas kerja 5 muka surat bagi pembentangan pada mesyuarat sainstifik tersebut.
 
Muka Pertama :
Biodata PPF, nama, alamat, pengalaman bekerja, dll
Muka Dua :
Isi pembentangan Kertas Kerja (Pandangan PPF Dari Sudut Sainstifik )
Muka Lima :
Cadangan PPF Batch 28 kepada lain-lain PPF.
 
Ianya akan di cetak dengan harga 3 sen sekeping dan akan diedarkan kepada semua PPF yang hadir.
Ianya juga akan di salurkan ke alam maya secara ICT kepada semua PPF Batch 28.
 
Semasa Mesyuarat sainstifik nanti, kertas kerja dari batch 28 akan di bentangkan dan pada 8 september nanti hanyalah acara pengenalan sahaja. Semua PPF Batch 28 perlu memulakan langkah awal dalam menyediakan kertas kerja sainstifik tersebut dan ianya boleh di bincangkan semasa makan tegahari di Cameron pada 8 september 14 .
 
PPF Batch 28 juga perlu membuat satu kertas kerja dari segi sainstifik tentang perjalanan, kejayaan dan peningkatan fungsi dan skop JK Teknikal PPF, sebab rasanya JK Teknikal ini adalah JK tertinggi yang melibatkan PPF. Dari segi perkiraan sainstifik dan matematik, setiap seorang PPF mempunyai 1 masaalah dan jk ada 78 PPF pasti akan ada 78 masaalah. Dan jika ditambah dengan urusan keluarga masaalah itu akan menjadi berganda. Dan di Malaysia pun ada 30 juta penduduk dan masaalah juga ada 30 juta.
 
Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009 dan komposisinya ialah Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, 4 Wakil Pegawai Farmasi (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro,  Kesihatan, Hospital)
4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF ,1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak.
 
Pengerusi : Dr.Nour Hanah bt Othman
Wakil PPF :
En.Rohin bin Daud,
En.Razalle bin Dollah,
En.Zamri bin Arifin  
Tn.Hj.Mohd Noor bin Adam
En.Ganesan G.Narayanan,
Pn Hjh.Khamsiah bt Brahim,
Tn.Hj.Sulaiman bin Harun
Pn Faridah bt Saidi
Hjh.Norhaini bt Othman
Pn Juriah bt Wakidi
En.Talib bin Tawil
En.James Yiek Hua Kuong
En.Johnson Chin Nyat Min
 
Urusetia
En.Muhammad bin Awang
Tn Hj.Abd Ghani bin Yusof
 
Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan. Sepatutnya, jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, bolehlah  dihubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.
 
Semua Kertas Kerja akan dibentangkan mengikut negeri dan PPF Batch 28 dari negeri tersebut akan membentangkan secara berkumpulan dan akan menjawab segala pertanyaan dari lain-lain PPF.
 
PERLIS:
KEDAH:
PULAU PINANG:
PERAK:
SELANGOR:
WILAYAH PERSEKUTUAN:
NEGERI SEMBILAN:
MELAKA:
JOHOR:
PAHANG:
TERENGGANANU:
KELANTAN:
SABAH:
SARAWAK:
 
Tarikh, Masa, Tempat, DLL, masih belum di putuskan.
 
Seterusnya semua PPF Batch 28 bolehlah merencanakan apa yang ingin disampaikan dan apa yang ingin dicadangkan.
 
Perkembangan PPF tahun 1991 dan tahun 2014 adalah berbeza 100%. PPF juga perlu bersedia menyahut cabaran demi kejayaan Bhg Farmasi KKM. Banyak unit dan jabatan baharu disana.
Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit tersebut adalah seperti berikut :-
‚ÄĘ Pengarah Perkhidmatan Farmasi
‚ÄĘ Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
‚ÄĘ Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
‚ÄĘ Penggunaan Ubat dan IT
‚ÄĘ Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
‚ÄĘ Pengurusan Kualiti
‚ÄĘ Amalan Farmasi Klinikal
‚ÄĘ Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
‚ÄĘ Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
‚ÄĘ Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
‚ÄĘ Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
‚ÄĘ Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
‚ÄĘ Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi


Apa yang pasti ialah semua PPF akan merasai apa yang di putuskan oleh BPF KKM dan wajarlah PPF sendiri memberikan input dalam bahagian / unit tersebut. Oleh kerana segalanya berjalan dengan amat pantas dan tidak dapat di kejar, maka sewajarnya PPF di bahagikan kepada tiga ruang utama iaitu PPF Hospital, PPF Kesihatan Awam dan PPF Biro.
 
Dan PPF perlulah menampilkan diri secara holistik dalam aktiviti KKM  dan antara aktiviti semua PPF pada tahun 2014 ialah :
 
Mesyuarat Teknikal PPF
Ahli JK Teknikal PPF
Penubuhan Konfederasi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Ahli JK Khas Latihan (Bidang PPF)
Majlis Dialog  Bersama Dato KSU KKM
MBJ Peringkat PTJ, 
MBJ Peringkat JKN
Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Mesyuarat Exco Kesatuan PPF

Mesyuarat Ahli Majlis Persatuan PPF
 
Batch 28 bercadang untuk mengadakan RE UNION bersempena AGM Kesatuan tahun ini. 
Ada kebaikan dan keburukannya. 
Tetapi jika di timbang dengan neraca yang adil, kebaikannya akan melebihi keburukannya.
Konvensyen ialah perjumpaan dan dapat 20 mata mycpd
Sciencetific Meeting akan membincang benda-benda baru dari sudut sains dan akan dapat 20 mycpd point.
Jika PTJ murah hati, segala perbelanjaan akan di tanggung.
YAB PM akan bentangkan RMK 11 dan eloklah PPF draffkan kemahuan PPF pada RMK 11
RMK 10 sudah berlalu dan nasib PPF macam biasa-biasa je.

Batch 28 ramai dan menjadi sejarah kerana mereka datang dari berbagai latar belakang
Ada yg dah jd PF eg En Gilbert dan Faridah Loh
Dan ada yg masih sebagai PPF dan akan bersara lagi 10 tahun.
Keserasian dan kematangan perlulah di terokai.
JPA menggalakkan kretiviti dan inovasi.

RE UNION BATCH 28 mempunyai 3 plan
Plan A - Konvensyen
Plan B - Sciencetific Meeting
Plan C - Lawatan Sambil Belajar.

 
Plan A, B dan C mempunyai berbagai kebaikan dan kekurangan dan secara awalnya Kertas Kerja Plan B telah disediakan.

Cadangan tempat : Negeri Sembilan, sempena AGM Kesatuan PPF.

Tepuk dada tanya selera :

 
Pembentangan Kertas Kerja Mesyuarat Sainstifik PPF Batch 28 adalah di cadangkan mengikut negeri, samaada secara individu ataupun secara berkumpulan. Semua PPF Batch 28 perlu menyediakan ketas kerja pembentangan dan ianya akan di cetak dan di edarkan kepada semua PPF yang hadir.

Antara Batch 28 yg boleh di hubungi dan pembentangan mengikut Negeri :

PERLIS:

Shakar Seman
 
KEDAH:
 
PULAU PINANG:
 
PERAK:
Tn Hj Bakeri Songep - 019 3468443
Tn Hj Zainuddin Perak - 017 5198170
Tn Hj Idris Uda Saidi - 012 9680929

 
SELANGOR:
 
WILAYAH PERSEKUTUAN:
 
NEGERI SEMBILAN:
 
MELAKA:
 
JOHOR:
Khir Johari  - 012 6313103
Siti Aishah
Sabariah Alias
Rosli  - 013 7785394
 
PAHANG:
 
TERENGGANANU:
 
KELANTAN:
Azmi Hamid - 019 9878400
Khalid Yaakob - 013 9200599
Tn Hj Razali Dolah - 019 0339760


SABAH:
Gilbert
Ong Say Bee
Justin
 
SARAWAK:
Welfred Sarawak - 019 8163572
Sahlan Johari

Baki lagi 60 PPF hanya boleh jumpa di facebook sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai Diploma in Pharmacy, pastikan segalanya berjalan lancar, teratur, berkesan, terpelihara dan tersusun.


GOOD LUCK TO BATCH 28
 Similar topics
 
DRAFF KERTAS KERJA
CADANGAN MENGADAKAN MESYUARAT SAINTIFIK PPF TAHUN 2014
SEMPENA MAJLIS RE UNION PPF BATCH 28.
 
A. PENDAHULUAN :
 
Mesyuarat Saintifik  ini merupakan penambahan pengisian pengetahuan terhadap Penolong Pegawai Farmasi seluruh negara. Pengisian Mesyuarat Saintifik ini adalah lebih kepada skop pembinaan  motivasi, perubahan kepada sikap yang positif dan tugasan-tugasan klinikal dalam menjalankan tugas-tugas seharian dan cabaran semasa dan segalanya di lihat dari sudut saintifik.
 
B. OBJEKTIF :
 
Memberikan kesedaran kepada semua Penolong Pegawai Farmasi seluruh negara  tentang kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka dalam KKM terutama dalam Jabatan Farmasi di semua tempat bertugas
 
Menyedarkan peserta tentang pentingnya peranan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat dan Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Farmasi.
 
Kearah penyatuan sikap semasa menjalankan tugas harian
 
Menyuntik kepentingan pengetahuan bersifat rohani disamping fizikal
 
Mengulang kaji ilmu-ilmu klinikal agar tugas harian lebih menunjukkan keterampilan , tepat, bertanggung jawab, profesioanal dan jauh dari sebarang kesilapan.
 
Mendedahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang Penguatkuasaan Farmasi serta akta-akta bersangkutan untuk persediaan menjayakan hasrat dan nspirasi Negara.
 
C. TARIKH / MASA / TEMPAT :
 
Anjuran bersama ( CADANGAN) :
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia
Biro Pendidikan Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Biro Pendidikan Kesatuan Penolong  Farmasi Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia .
 
Tarikh: 
Ogos 2014 ( Sabtu  ) - CADANGAN
 
Tempat :
Hotel Seremban.- CADANGAN
 
Jangka Masa / Hari               :
Satu Hari - CADANGAN
 
Tajuk Tajuk Pembentangan Kertas Kerja :
Perkara perkara yang berkaitan dengan Penolong Pegawai Farmasi dalam masa 23 tahun ( 1991- 2014) dari sudut padangan saintifik kerohanian dan kemanusian
 
Peserta :
Penolong Pegawai Farmasi semua katogeri terutananya Batch 28
 
Jumlah Peserta:
76 orang
 
Perasmian :
1. Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM ( Cadangan ) :                 
2. Pengarah JKN Negeri sembilan ( Cadangan )
 
Penutup dan Penyampaian Sijil :
En Rohin Daud ‚Äď Presiden KKPFKMB
 
D. ANGGARAN PERBELANJAAN :
 
Sewa Dewan : RM  8,000.00
Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum     Petang  
Sewa 3 Bilik            ( Penceramah Luar )
 
Cenderahati penceramah : RM 500.00
 
Cenderahati Perasmi : RM 200.00
 
Fail peserta : RM 900.00
 
Pengurusan : RM 200.00
 
Lain-lain perbelanjaan : RM200.00
 
JUMLAH : RM 10,000.00
 
Kesemua perbelanjaan di atas dibiayai oleh peserta  iaitu RM60.00 seorang
Penginapan ( kepada peserta yang berkenaan ) ,Tambang perjalanan, parking, dan lain-lain elaun peserta ditanggung oleh PTJ masing-masing. Malaysia terdapat 500 syarikat GLC, tentu mereka boleh membantu dari sudut Tanggungjawab Sosial Korporat Kepada Komuniti.
 
E. AJK INDUK ( CADANGAN ):
 
Pengerusi                               : En Rohin Daud
Naib Pengerusi                      : Tn Hj Razalee Dolah
Setiausaha                             : En Zamri Ariffin
Pen Setiausaha      :
Bendahari                              :
AJK                                         : Semua Exco KKPFKMB
                                               
F. AJK PENATIA / PELAKSANA ( CADANGAN ):
 
Pengerusi:                              : Tn Hj Razalee Dolah
Naib Pengerusi                      : Tn Hj Bakeri Songep
Setiausaha                             : Tn Hj Idris Uda Saidi
AJK                                         : Lain-Lain PPF
                                                                                                                               
G. KETUA-KETUA SESI ( CADANGAN ):
 
Persiapan Tempat : PPF Seremban
Pendaftaran : PPF Perlis
Penyambut Tetamu                : PPF Kedah
PA System : PPF Pulau Pinang
Jamuan : PPF Perak
Pembentangan Kertas Kerja : PPF Selangor
Sijil : PPF Melaka
Aturcara : PPF Johor
 
H. PENGERUSI MAJLIS
1. PPF Sabah
2. PPF Sarawak
 
I. BACAAN DOA :
PPF Kelantan
 
J. ATURCARA MAJLIS ( CADANGAN)
 
( Sabtu  )
 
8.00 am
Pendaftaran  Peserta
Ucapan Perasmian
Minum Pagi
Pembentangan Kertas Kerja Sessi I
 
1.00 pm - 2.00 pm  :
Makan Tengahari / Rehat / Solat
 
2.00 pm:
Pembentangan kertas Kerja Sessi II
 
5.00 pm :
Ucapan Penutup
Penyampaian Sijil
BERSURAI
 
K. PAKAIAN :
 
Tidak perlu memakai pakai seragam. Pakaian menutup aurat/tidak menjolok mata.
 
L. LAIN-LAIN :
 
1. Memohon kepada KKPFKMB mengeluarkan surat lantikan kepada semua AJK persidangan melalui jabatan AJK masing-masing.
2. Memohon agar semua ketua unit atau jabatan para peserta dan AJK persidangan memberikan cuti gantian/ kelepasan.
3. Semua surat jemputan resmi peserta, penceramah dan perasmi dikeluarkan olih KKPFKMB    
4. Semua penceramah hendaklah menyediakan teks ucapan / kertas kerja untuk di masukkan dalam fail  kepada setiap peserta.
5. Peruntukan perbelanjaan Mesyuarat Saintifik adalah dari yuran peserta, sumbangan kesatuan, persatuan, orang perseorangan dan syarikat.
6. Mata mycpd sebanyak 20 mata point akan diberikan kepada semua peserta.
7.Pengangkutan, penginapan peserta adalah daripada PTJ masing-masing.
8. Lagi 20 hari semua umat Islam akan berpuasa dan segalanya perlulah disetkan sebelum Awal Ramadhan.
10. Surat tawaran mengikuti Mesyuarat Sainstifik ini kepada semua PPF Batch 28 perlulah di keluarkan awal agar segalanya berjalan dengan teratur dan lancar.
 
Disediakan Oleh
Biro Pendidikan

Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
  
 
TAMAT
13 OGOS 2014
 

 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Thu 30 Oct 2014, 12:08 pm

Ass’kum, Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
PPF juga perlu rilex banyak kerana segala kerja yang dilaksanakan memerlukan komitment yang tinggi. Ini adalah termasuk farmasi 24jam, klinik methadone pada hari cuti, pilot projek penempatan PPF di KSM, program inovasi dan kreativiti dll. Dan apabila ada masa yang terluang , bolehlah pergi melancong. Tempat yang pasti ialah Port Dicksons Negeri Sembilan pada 14 November 2014 hingga 16 November 2014. Sebagai penjawat awam yang berkelulusan Diploma in Pharmacy, pastinya perbelanjaan ke sana ada termasuk dalam perancangan tahunan.
 
Perkembangan AGM Kesatuan PPF berjalan dengan begitu significant sekali, kemas, tersusun, lancar, berketerampilan, teratur, sistemetik, berkesinambungan dan di harap semua PPF boleh meluangkan masa. Terdapat banyak maklumat tentangnya dalam wassap, twitter, emel, dll, dan tidak semua PPF mempunyai teknologi tersebut. Dalam keghairahan semua PPF ke AGM tersebut, terdapat satu program iaitu dialog bersama KSU KKM dan sudah pastinya segala permohonan perlulah di dokumenkan. Sejak PPF bertapak di bumi Malaysia  ini pada tahun 1957, sudah banyak permohonan di majukan, tetapi hasilnya masih dalam pertimbangan pihak atasan. Pada tahun 2014 PPF perlu mengorak langkah  baru. Buang semua langkah-langkah  lama yang  tiada kesudahan itu. Ini bermaksud satu pembaharuan pemikiran dan tahap IQ PPF perlu di jana. Pada masa lalu banyak ativiti dan program di aturkan oleh PPF, dan hasinya ialah apa yang kita miliki pada hari ini. Oleh kerana PPF memerlukan banyak penambahbaikanm maka ianya perlulah bermula dari asas yang kukuh. Kesatuan PPF menghadapi kekangan RM dan begitu juga Persatuan PPF dalam mengaturkan aktiviti-aktiviti PPF. Dan bagi mezahirkan segala permohonan PPF segalanya perlulah di persembahkan kepada kerajaan melalui KKM. Dan segala perbelanjaan bagi penambahbaikan tersebut, perlulah di tanggung oleh kerajaan. PPF bertemu KSU KKM setiap tahun, tetapi kejayaan perlaksanaannya amatlah memakan masa yang amat panjang. PPF perlu sedar, KSU KKM perlu menjaga semua warga KKM, dan sudah pastinya persoalaan PPF akan menduduki tangga yang paling bawah sekali. Langkah drastic yang perlu semua PPF ambil ialah menghantar satu usol sahaja kepada KSU KKM iaitu memartabatkan JK Teknikal PPF dan segala persoalan PPF perlulah di serahkan kepada JK Teknikal PPF. Seterusnya JK Teknikal PPF perlulah melantik seratus JK Kecik bagi menyelesaikan 100 persoalan PPF. Dan pada tahun 2015, segalanya akan menjadi lebih mudah jika 100 JK Kecil ini menjalankan tugas mereka sebaiknya. Satu JK Kecl di anggotai oleh 10 PPF dan 100 JK Kecil melibatkan 1000 PPF. Dengan idea seramai 1000 orang PPF, pastinya 100 persoalan PPF akan terungkai dengan aman dan jayanya. Dan selepas itu, PPF akan bertugas selaras dengan Malaysia Negara Maju . Tugasan PPF 6 tahun lebih awal dari  Malaysia Maju 2020. Dan jika masih belum ada perubahan, semua PPF boleh menggunakan tangan mereka semasa memangkah dalam PRU14 nanti. Dan jika masih belum Berjaya, PRU akan di adakan setiap 5 tahun dan apa yang perlu ialah semua PPF mengemaskan kinikan alamat pengundi. Tepuk Dada Tanya Selera.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
  

TAMAT
 
30 Oktober 2014


avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Sat 10 Jan 2015, 6:53 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
Jika lapang, semua PPF di jemput hadir ke Kursus Latihan Kesiapsiagaan Awalan Menghadapi Bencana Bagi Modul CPR, yang akan diadakan pada 11 Januari 2015 (Ahad) bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Perak Tengah, 32610 Seri Iskandar, ¬†Perak, ¬†bermula jam 9.00 pagi ‚Äď 1.00 tengahari .
Urusetia : Hj Idris Uda 012 9680929

Sidiq, Amanah, Tabliq, Fatanah, Salam Maulidul Rasul 
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Tue 13 Jan 2015, 2:04 pm

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia

Jika LAPANG, semua PPF di jemput hadir ke Kursus Latihan Kesiapsiagaan Awalam Menghadapi Bencana Bagi Modul ( ¬†CPR, Basic Life Support, Basic Trauma & Life Support, First Aider In Every Home ) yang akan di adakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu), 25 Januari 2015 (Ahad), 1 Februari 2015 (Ahad) bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Perak Tengah, 32610 Seri Iskandar, Perak, bermula jam 9.00 pagi ‚Äď 1.00 tengahari. Keutamaan kehadiran ¬†ialah kepada PPF yang masih baru bertugas dan masih belum di sahkan dalam jawatan oleh JPA. Urusetia : Hj Idris Uda 012 9680929
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by nori on Sun 18 Jan 2015, 4:49 pm

Selamat Bertugas Kepada Semua PPF
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
YAB PM dalam usaha menyediakan Plan Rancangan Malaysia K 11 (RMK11). Semua PPF boleh memberi input sebelum 31 Jan 2015 agar PPF tidak terus kekurangan sepanjang masa. ICT memudahkan segalanya. Mungkin PPF memerlukan 11 buah kolej lagi basic/pos basik bagi menampung kepesatan perkembangan perkhidmatan PPF. Tetapi jika PPF rasa segalanya pada waktu kini telah mencapai segalanya sejajar dengan perkembangan semasa, maka tak perlulah buat apa-apa. Tunggu sahaja apabila berumur 60 tahun dan bersara wajib. Sebagai permulaan RMK 11, PPF perlulah di bahagikan kepada tiga bidang utama iaitu, PPF Kesihatan Awam, PPF Hospital dan PPF Biro. Setiap cabang juga dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 29, 32, 36, 38 dan 40 kerana perancangan dan perlaksanaan 29, 36 dan 38 masih belum mempunyai jawapan yang pasti. Percambahan permikiran mengenai kretiviti dan inovasi PPF akan berjalan sebanyak 12 kali setahun iaitu sebulan sekali dan apabila telah berkhidmat selama 25 tahun, pastinya ianya telah melalui 300 sessi percambahan intelek.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
Tamat
18 Januari 2015
avatar
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 52
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 3152

View user profile

Back to top Go down

Re: What should I be saying to teenagers about video game software?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum