FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Romeo ‘warak’

View previous topic View next topic Go down

Romeo ‘warak’

Post by azrunia on Sat 07 Aug 2010, 5:18 am

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya
menjadi mangsa tipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan himpunan
kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa
supaya menyerahkan wang.



Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak
lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah
jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai.
Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged
hanya menyedari niat sebenar suspek ‘romeo Internet’ itu selepas wang
dalam akaun mereka ‘disedut’ sedikit demi sedikit.
Mangsa
hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan
dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor
akaun bank kepada lelaki berkenaan. Katanya, dia mengenali lelaki itu
melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang
kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan
tazkirah berhubung masalah hidup. “Buah fikiran bernas diselangi doa
menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan
benar-benar mahu membantu wanita bermasalah,” katanya.
Katanya,
lelaki itu dikenali sebagai Abdullah, 30-an, menawarkan diri membantu
menyelesaikan masalah dihadapinya terutama membabitkan ansuran
tertunggak rumah dan kereta. “Saya bersetuju menemuinya di kawasan
rawat dan rehat Sungai Buloh buat kali pertama selepas saling berbalas
e-mel dan SMS sejak beberapa bulan lalu. “Pertemuan kali pertama itu
menyebabkan hati saya berdegup kencang apatah lagi dengan penampilannya
berjubah selain wajahnya yang agak kacak. Lebih memeranjatkan apabila
dia tanpa segan silu meluahkan perasaan kononnya jatuh cinta terhadap
saya pada pandang pertama. “Dia kemudian merayu dan meminta saya
menerima cintanya sambil menyatakan hasrat mengahwini saya dalam tempoh
terdekat,” kata mangsa ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.
Katanya, dia benar-benar terkejut dengan lamaran mendadak itu apatah
lagi menyedari mereka masih di peringkat awal perkenalan dan baru
bersua muka.
“Ini menyebabkan saya dibuai perasaan, ditambah
dengan kesungguhannya mahu melangsaikan semua hutang rumah saya di
Bukit Beruntung, Hulu Selangor, yang mencecah RM50,000. “Kebaikan
ditunjukkannya menyebabkan saya tambah jatuh hati apatah lagi selepas
kerap diberi tazkirah agama berikutan dia mengaku pernah menjadi guru
agama. “Malah, dia kerap bertanya saya sama ada solat lima waktu saya
cukup atau sebaliknya,” katanya. Menurutnya, pada masa sama ‘teman
lelakinya’ itu memintanya menyerahkan nombor akaun bank dan angka
laluan rahsia sistem perbankan dalam talian miliknya.
“Dia
memberi alasan bahawa itu untuk bagi memastikan perbelanjaan kewangan
saya dapat diselaraskan selain dipantau bagi mengelak pembaziran.
“Namun, dakwaan asalnya untuk menguruskan kewangan saya menjadi
sebaliknya apabila wang dalam akaun bank saya ‘disedut’ sedikit demi
sedikit. Malah, surat gadaian barang kemas saya turut diambil dan
ditebus tanpa pengetahuan saya,” katanya.
Menurutnya, dia
turut rugi apabila RM3,000 tunai yang diberikan untuk upah haji turut
dikebas lelaki berkenaan selain wang simpanannya mencecah RM20,000.
“Saya pernah bertanya berhubung kehilangan wang itu namun dia memberi
pelbagai alasan tidak munasabah. Malah, janjinya untuk berkahwin dalam
tempoh terdekat hanya omong kosong,” katanya yang membuat laporan polis
di Balai Polis Sungai Besi, di sini.
Lin berkata, dia terkejut apabila beberapa mangsa lain di laman sembang sosial di Internet juga mendakwa ditipu lelaki sama.




renung2kanlah.....

azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1045
Umur : 1937
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 3895

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Re: Romeo ‘warak’

Post by Palladium on Wed 22 Oct 2014, 5:22 am

ish..ish.... Mad Mad

Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 312
Umur : 38
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3406

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum