FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Sukar hamil

View previous topic View next topic Go down

Sukar hamil

Post by azrunia on Sat 07 Aug 2010, 5:22 am

HASRAT pengantin baru untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin
adalah persoalan yang sering dibangkitkan, terutama di kalangan
pasangan berusia 30 tahun ke atas.










Pelbagai cara diusahakan, termasuk kerap melakukan hubungan
kelamin, mengambil makanan tambahan atau mengamalkan petua tradisional.
Kita ambil satu contoh kes seorang wanita berusia 31 tahun yang baru berkahwin dan mempunyai suami berusia 34 tahun.
Dalam permasalahan yang diajukan, mereka berhasrat menimang cahaya mata
dan sedaya upaya mencari masa untuk bersama bagi tujuan itu serta akan
bersama antara dua hingga tiga kali sehari.
Namun, dia
mendakwa terus mendapat haid dan putaran haidnya adalah tetap setiap
bulan selama tiga atau empat hari dengan selang masa 28 hari hingga
sebulan.
Dia mengakui ada mengambil asid folik sebanyak 500
miligram selama tiga bulan sebelum kahwin. Dia runsing mengapa masih
tidak hamil walaupun kerap mencuba.
Jawapan pada persoalan
ini ialah tahap kesuburan wanita menurun apabila mencecah umur 30 dan
kemungkinan kehamilan lebih mencabar apabila masuk lingkungan umur 40
tahun.
Oleh itu, melakukan hubungan seksual sekerap mungkin,
terutama bagi pasangan baru berkahwin dan usia semakin meningkat,
adalah tepat sekali.
Pastikan anda tidak menggunakan bahan pelicin seperti jeli kerana ini menjejaskan kesihatan sperma.
Anda perlu memastikan air mani suami tidak melimpah keluar setelah
selesai hubungan seks. Caranya ialah jangan kemut serta jangan bangun
dan mencuci anggota sulit kerana ini juga menjejaskan kedudukan air
mani.
Anda boleh lakukan posisi sesuai yang mana air mani
suami kekal dalam alat sulit itu dan posisi belakang, dengan anda dalam
keadaan menyujud dengan punggung anda naik, adalah sesuai sekali.
Kajian menunjukkan wanita yang mempunyai rahim ‘retroverted’ atau terbalik ke belakang mudah hamil dengan posisi itu.
Jangan berputus asa. Teruskan usaha anda untuk mencapai kehamilan dan
jika tiada hasil dalam tempoh setahun, anda dan pasangan perlulah
berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Kini
masalah kesuburan bukan lagi ditanggung wanita kerana lelaki juga
mengalaminya, lebih-lebih lagi jika dia perokok, minum minuman keras,
obesiti, pakai seluar dan seluar dalam ketat.
Selain itu,
terdedah pada persekitaran tidak sihat juga boleh menjejaskan kesuburan
seperti kepanasan, terdedah kepada kimia dioksida, pemusnah rumpai,
serangga serta beberapa ubat seperti ubat gastrik ‘cimetidine’,
steroid, pembunuh kulat seperti ketokenazole dan bermacam lagi.
Dengan ujian air mani, kedudukan sperma dapat dikenal pasti sama ada mencukupi, aktif dan berbentuk normal.
Kesuburan adalah tanggungjawab bersama dan urusan bersama dengan
pasangan anda. Jika anda saja yang berusaha tapi suami tidak mahu
bekerjasama, memang susah untuk dapat anak.






-dr. ismail thamby-
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4141

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum