FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Alat sulit kebas

View previous topic View next topic Go down

Alat sulit kebas

Post by azrunia on Sat 07 Aug 2010, 5:40 am

Kedua-dua buah kerandut itu mempunyai saluran darah dan urat saraf
tersendiri serta sistem berkenaan datang dari rangkaian lebih luas di
dalam badan dan turut berkait dengan urat pinggang dan saraf kaki
bahagian sama.
Justeru, tidak hairan jika anda terasa kebas
di bahagian kanan buah kerandut, sambil mengalami perasaan sama di
pinggang atau kaki bahagian sama.
Puncanya mungkin bermula
dari buah kerandut yang boleh merebak ke bahagian lebih luas. Fenomena
ini dikenali sebagai ‘referred pain’ atau kesakitan yang dihala ke
tempat lain.
Fenomena ini boleh berlaku jika pembuluh darah
anggota berkenaan mengembang atau ‘congested’ dan menyebabkan perasaan
kurang selesa di tempat yang kembang dan juga rangkaian urat sarafnya.
Perasaan kurang selesa itu akan reda apabila jalanan darah menjadi
biasa dan radang urat saraf menjadi lega. Jadi tidak hairan jika anda
memang terasa sakit dan tidak selesa, tetapi bahagian yang ‘sakit’ itu
kelihatan biasa.
Perasaan seperti itu boleh berlaku jika
anda duduk untuk tempoh lama tanpa mengubah posisi. Anda akan berasa
seperti anggota itu ‘tiada’. Keadaan yang anda alami itu ada situasi
sebaliknya, iaitu perasaan sakit dan kurang selesa kepada satu anggota
yang sebenarnya tiada.
Ia juga sama seperti kes lelaki tiada
buah kerandut yang dibuang, masih dapat mengalami perasaan sakit dan
kurang selesa. Ini fenomena ‘phantom testicle’.
Biasanya dalam hal ini tidak perlu buat apa-apa, kecuali elak diri daripada duduk terlalu lama.




azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1045
Umur : 1937
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 3895

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum