FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

polip muncul lagi

View previous topic View next topic Go down

polip muncul lagi

Post by azrunia on Mon 16 Aug 2010, 10:17 pm

MEMANDANGKAN polip dikenal pasti oleh jururawat sewaktu anda
menjalani ujian Pap smear, berkemungkinan ia sudah sedia terjulur
keluar ke pintu rahim dan dapat dilihat. Polip adalah lebihan tisu atau
daging yang tumbuh membonjol dan berupa seperti biji bertangkai ataupun
seperti tangkai saja sama ada bulat memanjang ataupun leper memanjang. Jenis polip bergantung kepada jenis tisu dan asalnya:
> polip yang berasal daripada pintu rahim (serviks) dinamakan polip serviks
> polip yang berasal dari dinding faraj dinamakan polip vagina
> polip yang berasal dari dalam rahim (endometrium) dinamakan polip endometrium
> polip juga boleh berasal daripada fibroid pada lapisan otot rahim dan dinamakan polip fibroid.Mana-mana salah satu di atas mungkin polip yang dilihat oleh jururawat
itu. Jika ia polip endometrium atau polip fibroid, maka ia bermakna
polip terbabit sudah memanjang sehingga turun melalui pintu rahim dan
terjulur keluar. Mungkin doktor terdahulu juga mengenal pasti polip
dengan kaedah yang sama dan melakukan prosedur polipektomi ke atas
polip yang dilihat itu. Lebih menyeluruh lagi adalah menjalani prosedur
pembedahan kecil iaitu histeroskopi di mana alat teropong dimasukkan
menerusi pintu rahim sehingga ke dalam ruang rahim untuk melihat secara
langsung kehadiran, bilangan dan kedudukan polip itu. Pada masa sama,
menggunakan kaedah endoskopi ini, polip ini akan dipotong pada pangkal
tangkainya bagi memastikan ia dibuang lengkap, mungkin juga prosedur
cucian D&C akan dilakukan pada penghujung prosedur pembedahan itu.
Semua tisu ini akan dihantar untuk penilaian histologi di makmal, ia
mengambil masa sekitar satu hingga dua minggu saja.
Ultrabunyi pada waktu menghampiri kesuburan dapat menunjukkan polip di
dalam ruang rahim dengan lebih jelas kerana warnanya yang berbeza
dengan warna endometrium.
Jika keputusan histologi
menunjukkan ia adalah polip, anda tidak perlu bimbang kerana ia tiada
kaitan dengan kanser. Ramai wanita yang mempunyai polip kecil tetapi
tidak mengalami sebarang masalah. Walaupun begitu, polip boleh
memberikan simptom menyerupai kanser iaitu pendarahan tidak menentu dan
disebabkan itu, wanita yang mengalami simptom terbabit dinasihatkan
untuk menjalani prosedur ujian lanjutan. Seseorang boleh mempunyai satu
atau banyak polip pada satu-satu masa, ia juga boleh berulang. Polip
yang besar dijangka boleh menyebabkan keguguran kerana lokasinya di
dalam ruang rahim boleh mengganggu implantasi embrio.
avatar
azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1023
Umur : 1938
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 4255

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum