FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Bangun tidur sakit pinggang

View previous topic View next topic Go down

Bangun tidur sakit pinggang

Post by azrunia on Mon 16 Aug 2010, 5:23 pm

Tinjauan rambang mengenai seks dan sakit belakang yang pernah
dijalankan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 60 peratus lelaki dan
40 peratus perempuan yang pernah mengalami sakit belakang atau ‘low
back pain’ mengalami masalah disfungsi seksual.


Jadi masalah anda bukan perkara luar biasa kerana mengikut pakar
yang pernah membicarakan mengenai seks dan sakit belakang, dia
berpendapat kegagalan melakukan persetubuhan yang sering dialami
individu yang mengalami sakit belakang disebabkan beberapa masalah.


Yang utama sekali ialah tekanan perasaan yang berlaku akibat sakit
belakang, tindak balas atau kesan sampingan ubat yang digunakan untuk
menahan sakit yang turut mengganggu fungsi syahwat dan sakit belakang
itu sendiri.

Pakar itu juga menjelaskan, sakit belakang yang kronik mendapat rawatan
sama ada secara pengambilan ubat atau dengan senaman serta fisioterapi
dapat membantu mengubahkan tekanan dialami pesakit supaya mereka dapat
menghayati seks dengan sempurna.


Jika amalan senaman yang anda lakukan itu dapat membantu
mengembalikan keseronokan syahwat dengan pasangan anda, teruskan usaha
untuk mengatasi masalah sakit belakang anda.


Lebih baik jika anda dapat bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan
mengenai sakit belakang anda. Doktor akan jalankan pemeriksaan rapi
untuk mengesan sebab ia berlaku.


Doktor akan periksa tulang belakang anda sama ada posisinya normal
atau sebaliknya. Doktor juga akan meneliti keadaan otot belakang, sama
ada wujud ‘spasm’ atau cengkaman yang menandakan tekanan kepada otot
berkenaan.


Jika anda pernah mengalami kecederaan di bahagian belakang yang
menyebabkan ‘disc’ tulang belakang terjojol keluar dan menekan urat
saraf, masalah itu dikenali sebagai ‘intervertebral disc prolapse’, dan
anda perlu dapat rawatan sewajarnya untuk mengurangkan tekanan itu
kepada urat saraf anda.



azrunia
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri :
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 1045
Umur : 1937
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 3890

View user profile http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum