FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

CRC bukti perubatan negara makin maju (Utusan Malaysia)

View previous topic View next topic Go down

CRC bukti perubatan negara makin maju (Utusan Malaysia)

Post by Fieza on Wed 10 Nov 2010, 9:17 am

CRC bukti perubatan negara makin maju


Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuanku Nur Zahirah dan Liow Tiong Lai mendengar penerangan Ketua Jabatan Hematologi, Datuk Dr. Chang Kian Meng (kanan) ketika melawat Wad Transplantasi Hematologi 7D, selepas merasmikan Hospital Ampang di Ampang, semalam.

AMPANG 9 Nov. - Pembangunan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) pertama di negara ini membuktikan aspek kesihatan dan perubatan di Malaysia semakin maju seiring dengan pembangunan negara serta keperluan rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembangunan pusat penyelidikan itu di Hospital Ampang di sini merupakan salah satu projek permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam sektor kesihatan dan menjadi lambang kejayaan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Katanya, selain memberi manfaat kepada sektor kesihatan dan juga rakyat, pembangunan CRC juga menggalakkan lagi kemajuan ekonomi negara.

"CRC telah lama dipelopori oleh negara-negara maju membuatkan negara-negara seperti di Eropah amat pakar dalam bidang perubatan.

"Pembangunan CRC bakal menjadi titik-tolak kepada pembangunan sektor perubatan negara dan akan memberi banyak faedah kepada rakyat serta negara pada masa akan datang," katanya selepas majlis perasmian Hospital Ampang di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan merasmikan hospital berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5448

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum