FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Khairul Fahmi Che Mat

Go down

Khairul Fahmi Che Mat

Post by Red Warriors on Tue 04 Jan 2011, 10:05 am

Gomo Kelate GOmo........
tahniah Khairul fahmi, wira negara... memang khairul fahmi ni best la.... ada sape2 nk komen sama tak?

tak lupa juga muslim mohamad, fadzi shas, norshahrul idlan talaha, safee sali, amirul hadi dll.....

so kat topik ni ape kata forumer kita smbang2 la skit pasal khairul fahmi?
avatar
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 61
Umur : 34
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 3595

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Red Warriors on Tue 04 Jan 2011, 11:02 am

[Only admins are allowed to see this link]

penalti yg diselamatkan Khairul Fahmi menaikkan semangat skuad Harimau Malaya
avatar
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 61
Umur : 34
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 3595

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by fifie on Wed 05 Jan 2011, 2:00 pm

fahmi the best.... cium
avatar
fifie
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 109
Umur : 33
Tarikh Register : 19/10/2006
Reputation : 8
Points : 4454

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Red Giant on Wed 05 Jan 2011, 3:18 pm

aku pun turut tumbang bangga dg Khairul Fahmi ni.. ank muda yg mmpunyai potensi yg bsr utk jd pnjaga gol trbaik.
avatar
Red Giant
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Peminat Bola
Gender : Male
Jumlah Post : 16
Umur : 33
Tarikh Register : 05/01/2011
Reputation : 0
Points : 2838

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Red Giant on Wed 05 Jan 2011, 3:20 pm

Khairul 'Apex' mula cipta nama

Oleh KHAIRI MOHAMAD
[Only admins are allowed to see this link]

[Only admins are allowed to see this image]
KHAIRUL atau 'Apex' kini makin memperlihatkan kematangan dalam permainannya meskipun baru berusia 21 tahun.

MUNGKIN sebelum ini tidak ramai yang mengenalinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan peminat bola sepak tempatan cukup sangsi terhadap kemampuan pemain ini ketika jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyenaraikan namanya ke Piala Millenium di Vietnam baru-baru ini.

Namun, itulah hakikatnya – tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Segalanya bermula dengan kesungguhan, keazaman serta sema- ngat untuk sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan akhirnya telah membuahkan hasil.

Sosok yang bergelar Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini tidak begitu dikenali seantero negara seperti hari ini, malah peminat Kelantan juga seperti ‘enggan’ mengenalinya terutama ketika dia dibayangi kehebatan beberapa lagi penjaga gol utama pasukan The Red Warriors itu.

Berada di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail, cukup membuatkan anak muda yang baru me- nginjak ke umur 22 tahun itu ‘lemas’ sehingga pernah memasang hajat untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya.

Khairul Fahmi atau dikenali sebagai ‘Apex’, tidak pernah menyangka bahawa musim 2010 adalah musim paling bermakna buatnya.

Sebaik pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah bersama pemain-pemain The Red

Warriors, ia membuka lembaran baru buat karier bola sepaknya.

Bagaimanapun, sebelum itu ‘Apex’ terpaksa melalui ranjau yang terlalu beronak selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih, B. Sathia- nathan membuat keputusan untuk mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin.

Kehadiran penjaga gol tinggi lampai itu bermakna ‘Apex’ bukan lagi menjadi penjaga gol ketiga tetapi turun satu tahap lagi kepada pilihan keempat yang tentu- nya membuatkan masa depan yang lebih kelam.

Namanya terus disisihkan sehingga dia tidak mempunyai pili- han selain beraksi bersama skuad Piala Presiden semata-mata untuk mengekalkan prestasi dalam saingan liga kompetitif.

Kosmo! memetik ayat yang ditulis di dalam blog jejariruncing. blogspot milik Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, buah hati penjaga gol kebangsaan itu sebagai berkata: “Saya teringat masa tu sering kali mendengar keluhan My Incik Apex (Khairul Fahmi), “Nak buat macam mana yunk, I tak bagus, tak main la.”

Luahan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan betapa ‘Apex’ berperang dengan perasaan untuk membuktikan bakat yang terpendam serta semangat cintakan pasukan kelahirannya menyebabkan dia memilih untuk terus bersabar.

Sejarah penglibatan ‘Apex’ dalam dunia bola sepak cukup sempurna apabila menerima asuhan di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) kemudian meneruskan cita-citanya di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Dia kemudiannya menyertai pasukan PKNS pada tahun 2007 dan seterusnya dipanggil menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008 sebelum memilih untuk pulang menyertai pasukan negeri kelahirannya, ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.

Pulang ke pangkuan pasukan negeri bermakna cabaran besar perlu dihadapi olehnya, sementelah ketika itu satu reformasi besar- besaran dilakukan oleh KAFA yang diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa membentuk sebuah pasukan negeri yang cukup mantap dengan membariskan beberapa pemain yang lebih berpenga- laman dan berkaliber.

Kembalinya Shahrizan Ismail yang bekelana ke Terengganu sebelum ini serta penampilan semula Halim Napi sudah pasti menipiskan lagi peluang ‘Apex’ beraksi dalam skuad utama dan musim 2008 kelibat pemain yang mengenakan jersi nombor 30 ini langsung tidak kelihatan.

Musim 2009 sekali lagi menyaksikan ‘Apex’ terus tersisih apabila kekebalan Halim dengan sosok tubuh yang tegak dan ketinggiannya menyebabakan pemain vateran itu sentiasa menjadi pilihan jurulatih Peter James Butler manakala Shahrizan pula sentiasa mengintai peluang.

Turun menjalani latihan dengan status sebagai rakan sparring, ‘Apex’ tahu peluangnya juga makin tertutup selepas KAFA sekali lagi membuat kejutan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney.

[Only admins are allowed to see this image]
KHAIRUL 'Apex' melayan permintaan peminat yang mahu merakamkan gambar bersamanya.

Segala-galanya bermula pada 6 Mac tahun lalu apabila dia disenaraikan oleh B. Sathianathan ketika Kelantan terpaksa berkunjung ke Terengganu untuk aksi Liga Super menentang T-Team.

Ketika itu Sathia seperti tiada pilihan lain kerana Syed Adney mengalami kecederaan selain keyakinan pengurusan dan penonton terhadap pemain tersebut juga sedikit berkurangan ekoran bebe- rapa kesilapan mudah yang dilakukan.

Selain itu, Shahrizan juga mengalami kecederaan manakala Halim yang baru pulih daripada kecederaan, belum cergas sepenuhnya menyebabkan ‘Apex’ terpaksa disenaraikan memikul tanggungjawab di gawang Kelantan.

Sama ada takdir atau kebetulan, bermula dari situ ‘Apex’ enggan menoleh ke belakang lagi apabila aksi demi aksinya amat meyakinkan para penonton dan namanya mula menjadi sebutan puluhan ribu penyokong fanatik The Red

Warriors.

Kemuncak prestasinya apabila Kelantan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila dia berjaya menyela- matkan beberapa percubaan bahaya pasukan lawan selain membantu Kelantan ke peringkat sepa- ruh akhir menewaskan gergasi Lembah Klang.

Kepantasan serta keyakinannya di padang mula memikat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang mula memantau kelibatnya dan mula menaruh minat untuk memanggilnya menyarung jersi kebangsaan.

Impian yang lama dipasang menjadi kenyataan apabila ‘Apex’ dipanggil melaporkan diri ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) untuk menyertai skuad kebangsaan dalam misi kejohanan Piala Millenium di Vietnam awal Oktober lalu.

Pulang dari kejohanan tersebut, namanya semakin memuncak selepas Kelantan buat pertama kali- nya berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas penantian selama lebih 80 tahun dan ‘Apex’ adalah antara pemain utama yang membantu Kelantan.

Tugasnya semakin sibuk. Belum pun sempat meraikan kejayaan tersebut, dia diarahkan melaporkan diri bersama skuad Rajagobal untuk persiapan ke Sukan Asia Guangzhou, namun langkah Malaysia hanya terhenti di pusingan kedua.

Akhirnya sinar kegemilangan anak kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu ini semakin jelas kelihatan apabila bersama skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia setelah menunggu selama 14 tahun.

Ramai yang bersetuju salah satu faktor kejayaan pasukan Malaysia adalah disebabkan kecekapan ‘Apex’ di gawang.

Buktinya, perlawanan menentang Indonesia pada pusingan akhir kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno memperlihatkan bakat sebenarnya.

Mentalnya terlalu kuat untuk ‘diganggu’ para penyokong fanatik sang Garuda walaupun pelbagai cubaan dilakukan dan dia juga de- ngan tenang menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indo- nesia, Firman Utina.

sumber : berita surat khabar kosmo
avatar
Red Giant
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Peminat Bola
Gender : Male
Jumlah Post : 16
Umur : 33
Tarikh Register : 05/01/2011
Reputation : 0
Points : 2838

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Fieza on Mon 10 Jan 2011, 8:41 am

fames budak khairul fahmi ni skrg
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 34
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5844

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Red Giant on Sat 15 Jan 2011, 9:35 am

khairul fahmi on khairul fahmi....... kita tengok 29 januari nanti. khairul fahmi vs safee sali (peledak terbaik ASIA TENGGARA) cheers
avatar
Red Giant
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Peminat Bola
Gender : Male
Jumlah Post : 16
Umur : 33
Tarikh Register : 05/01/2011
Reputation : 0
Points : 2838

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by erin on Sat 15 Jan 2011, 9:44 am

mntap khairul fahmi men bola.. mint sgt2.. tp kena tetap sokong selangor lol!
avatar
erin
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Peragawati
Gender : Female
Jumlah Post : 91
Umur : 33
Tarikh Register : 05/04/2008
Reputation : 3
Points : 3885

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Eva Juliana on Sat 04 Jun 2011, 11:57 pm

like fahmi
avatar
Eva Juliana
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri :
Jawatan : Pelajar
Gender : Female
Jumlah Post : 48
Umur : 26
Tarikh Register : 12/05/2011
Reputation : 0
Points : 2745

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Red Warriors on Tue 07 Jun 2011, 7:35 pm

awek2 nih minat sbb muka apek keee??? wakakakaka
avatar
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 61
Umur : 34
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 3595

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Info Bola Sepak on Tue 10 Jan 2012, 7:44 pm

Apek atasi Al Habsi sebagai penjaga gol terbaik Asia


MUHAMMAD NAQI ABU BAKAR
January 10, 2012






[Only admins are allowed to see this image]


[Only admins are allowed to see this image]

PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat
pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau
Asia di laman web goal.com, hari ini.

Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.

Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.

Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi
(Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).

Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir semalam.


SUMBER: SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Info Bola Sepak on Fri 20 Jan 2012, 9:36 am

Apex ketuai senarai pemilihan


SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
January 19, 2012






[Only admins are allowed to see this image]

PENJAGA gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengetuai senarai 25
pemain negara bagi menjalani latihan dan pemilihan pasukan Olimpik
kebangsaan bagi pertemuan menentang Bahrain, 5 Februari depan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
semalam, setiap pemain perlu melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Ong
Kim Swee pada Rabu depan di Hotel BlueWave, Shah Alam, Selangor.

Latihan pusat akan diadakan dari 25 hingga 28 Januari ini di Wisma FAM dan di Majlis Sukan Negara dari 29 hingga 31 Januari.

Malaysia setakat ini tewas kesemua tiga perlawanan pusingan ketiga, iaitu 2-0 kepada Jepun, Syria (2-0) dan Bahrain (2-3).

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu adalah di
Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

Senarai pemain:

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Zubir Azmi, Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan),
Gary Steven Robbat, Mohd Affize Faisal, Wan Zack Haikal Wan Noor,
Muhammad Syazwan Tajuddin, Nazirul Naim Che Hashim, Mahali Jasuli,
Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham
Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Shahril bin Sa'ari, Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Izuan
Mohd Salahuddin, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda A), Wan Ahmad Amirzafran Wan Madris (Harimau Muda B), Ahmad Fakri Saarani (Felda United), Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS)


SUMBER: SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Khairul Fahmi Kemalangan

Post by Info Bola Sepak on Mon 27 Aug 2012, 4:09 pm

Apek terlibat kemalangan di Bachok


[Only admins are allowed to see this image]

KERETA Audi yang dipandu Apek rosak akibat kemalangan di Kampung Badak, Bachok malam kelmarin.
KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

SUMBER: KOSMO
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Re: Khairul Fahmi Che Mat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum