FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Norshahrul Idlan Talaha

Go down

Norshahrul Idlan Talaha

Post by Red Warriors on Sun 23 Jan 2011, 5:11 pm



First name : Norshahrul Idlan

Last name : Talaha

Nationality : Malaysia (Terengganu)

Date of birth : 8 June 1986

Country of birth : Malaysia

Position : Attacking Midfielder, Striker

Pencapaian

Tempatan:-

  • Juara Piala Malaysia 2010 (Kelantan FA)
  • Naib Juara Liga Super 2010 (Kelantan FA)
  • Juara Piala Sumbangsih 2011 (Kelantan FA)
  • Juara Liga Super 2011 (Kelantan FA)
  • Naib Juara Fiala FA 2011 (Kelantan FA)
Antarabangsa:-

  • Juara Sukan SEA 2009
  • Juara Piala AFF 2010
Anugerah:-

  • Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia 2010
  • Penyerang Terbaik Liga Malaysia 2010
avatar
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 61
Umur : 34
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 3595

View user profile

Back to top Go down

Re: Norshahrul Idlan Talaha

Post by Info Bola Sepak on Tue 31 Jan 2012, 10:08 pm

Mat Yo mahu ‘ratah’ Kijang

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

DEMI negara, pemain bola sepak paling bernilai 2011, Norshahrul
Idlan Talaha bersedia ‘bermusuh’ dengan Kelantan seketika apabila skuad
kebangsaan bakal diuji pasukan elit Pantai Timur itu pada aksi
persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Norshahrul yang dipanggil pengendali kebangsaan, Datuk K Rajagobal
untuk menyertai latihan pusat bersama 26 lagi pemain bakal menjadi
pertaruhan terbaik untuk menggempur pasukan majikannya itu.

Namun
bagi penyerang berusia 25 tahun itu, dia sedia memberi sepenuh komitmen
kepada pasukan kebangsaan dan melupakan seketika cintanya terhadap
skuad The Red Warriors.

“Tidak ada masalah bagi saya apabila menentang Kelantan, memang saya
nak menang. Kalau boleh saya mahu menjaringkan gol untuk pasukan
kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad
kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Norshahrul
atau turut dikenali sebagai Mat Yo sudah meledak empat gol untuk
membantu Kelantan menghuni tangga teratas Liga Super musim ini.

Walaupun tanpa gandingan terbaiknya, Mohd Safee Sali yang tidak disenaraikan
dalam skuad kali ini, Norshahrul tetap yakin dengan kemampuan pemain
lain bagi persiapan menghadapi dua lagi aksi persahabatan antarabangsa
menentang Arab Saudi di Melbourne pada 24 Februari dan Filipina di
Manila pada 29 Februari.

“Tanpa Safee skuad ini masih ada penyerang lain seperti Abdul Hadi
(Yahaya) yang mempunyai pengalaman. Atas kertas memang Arab Saudi
pasukan gergasi Asia tapi saya yakin kami mampu memberikan tentangan
sengit,” katanya yang turut beraksi ketika Malaysia tewas 2-1 kepada
Arab Saudi pada 2009.

Sementara itu, Rajagobal menjelaskan
pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Arab Saudi mengenai
kesediaan mereka mengadakan perlawanan persahabatan.

“Setakat ini belum ada keputusan rasmi tapi kita akan tunggu hingga
minggu ini. Sebelum ini Arab Saudi sudah menunjukkan tanda positif untuk
mengadakan perlawanan ini,” katanya.

Perlawanan persahabatan
yang diatur ini antara persiapan skuad kebangsaan bagi misi
mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada 24 November hingga 22
Disember ini.


SUMBER: HARIAN METRO
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Mat Yo Belum Bayar Harga Tebus Kontrak - Annuar Musa

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Jan 2013, 11:13 pm


KOTA BAHARU, 3 Jan (Bernama) -- Bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Norshahrul atau Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.

"Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga KAFA terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan barangan rasmi 'The Red Warriors' serta pengumuman penaja musim 2013 di sini, Khamis.

Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama KAFA.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Re: Norshahrul Idlan Talaha

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum