FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pengorbanan besar tidak dihargai - berita harian

View previous topic View next topic Go down

Pengorbanan besar tidak dihargai - berita harian

Post by Fieza on Wed 18 May 2011, 6:00 pm

Kasih jururawat
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2011/05/12

Pengorbanan besar tidak dihargai

KERJAYA jururawat mungkin tidak glamor seperti bidang lain, malah sering dilepas pandang bermula daripada ketika ingin memilih bidang melanjutkan pengajian, mahu pun pemberian pengiktirafan.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan jasa dan pengorbanan jururawat amat besar. Peranan mereka cukup penting terutama membantu merawat dan menjaga orang sakit.
Demi tugas, jururawat menyuapkan makan dan ubat pesakit tidak berupaya, menjadi penenang kepada ibu mengandung yang gelisah, memujuk serta mententeramkan si anak kecil menderita sakit, bahkan membantu menyucikan kumuhan pesakit yang tidak terdaya dan semua itu dilakukan tanpa sedikit pun rasa jijik juga keluhan.

Ketika melakukan tugas berkenaan sudah pasti jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan kerenah manusia. Ada yang diherdik, dimarah, apatah lagi pengorbanan tidak dihargai. Sememangnya kerjaya sebagai jururawat memerlukan pengorbanan selain kesabaran tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pesakit dan mungkin juga keluarga mereka.

Tanggungjawab dan bebanan kerja jururawat tidak terhad di hospital, pusat kesihatan atau klinik tetapi di serata tempat seperti di kawasan banjir dan tanah runtuh serta kawasan hutan pedalaman dan sebagainya bagi memastikan kesihatan orang ramai terus terpelihara.

Malah, bebanan kerja mereka menjadi bertambah berlipat kali ganda apabila adanya wabak atau penyakit berjangkit yang menular seperti denggi dan Influenza A (H1N1).
Begitulah cabaran dan mulia kerjaya jururawat. Justeru, sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia yang disambut setiap 12 Mei, RATU berkongsi pengalaman dan harapan beberapa jururawat yang sempat ditemui, baru-baru ini.

Halijah Midin, 57
Ketua Jururawat, Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Gombak

Pengalaman 35 tahun dalam bidang kejururawatan sudah semestinya mencoretkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup Halijah Midin. Namun, wanita yang berwajah tenang ini tidak pernah jemu dan kenal erti penat lelah untuk terus berbakti melalui kerjayanya.

Halijah berkata, kerjaya jururawat pada masa kini sudah banyak melalui perubahan berbanding pembabitan awalnya dalam bidang itu. Jika dulu, jumlah bilangan jururawat terlalu kecil, sekali gus bebanan tugas begitu banyak, kini semakin ramai yang menyertai bidang itu dan membuatkan kerjaya itu juga semakin berkembang.

Komunikasi antara doktor dan jururawat satu ketika dulu menjadi antara masalah utama kerana kebanyakan doktor dari negara luar dan tidak fasih berbahasa Malaysia.

“Saya memilih kerjaya jururawat kerana dulu tidak banyak pilihan kerjaya untuk wanita. Selepas menceburinya, saya semakin mencintai kerjaya ini dan sepanjang bekerja sebagai jururawat, saya sudah bertugas di lima hospital, termasuk di Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur hinggalah yang terakhir di hospital ini. Banyak suka-duka yang ditempuhi sepanjang bertugas,” katanya.

Seiring dengan pengalaman dilalui, Halijah amat berharap kerjaya jururawat dimartabatkan dan tidak lagi dipandang sebelah mata. Pada masa yang sama, ibu empat anak itu menggesa generasi muda jururawat supaya tidak jemu menimba pengalaman dan berusaha melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat paling tinggi supaya kerjaya jururawat mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Faridah Hanim Solihin, 42,
Jururawat, Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Gombak

Bagi Faridah Hanim Solihin, kerjaya jururawat adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu orang ramai. Sudah bekerja selama 16 tahun sebagai jururawat, akuinya saat paling menggembirakan dan mengujakan ialah apabila dapat membantu menyelamatkan pesakit yang sudah kritikal meneruskan kelangsungan hidup.

Berpengalaman beberapa tahun bertugas di Unit Penjagaan Kritikal (CCU) dan kini di wad medikal tibi/kusta, Faridah berpendapat sesiapa saja yang memilih kerjaya itu perlulah sentiasa ikhlas membantu pesakit.

Tegasnya, pengalaman sedih sememangnya banyak ditempuhi tetapi seboleh-bolehnya tidak mahu menyimpan dalam hati dan fikiran kerana tidak mahu episod sedih itu terbawa-bawa dalam diri sehingga menjejaskan kerjaya.

“Jangan pilih kerjaya jururawat hanya kerana tiada kerja lain kerana dibimbangi tugas dan tanggungjawab dipikul tidak dibuat dengan sepenuh hati. Jururawat juga perlu ingat bidang kerja utama kerjaya ini adalah membantu orang, jadi bantulah selagi terdaya dan seramai yang mungkin,” katanya.

Tan Chiu Lee, 32
Pengurus Jururawat Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Tugas jururawat bukan saja menuntut kesabaran tinggi tetapi juga perlu mengetahui cara untuk menangani setiap masalah yang timbul, lebih-lebih lagi setiap pesakit dan keluarga mereka mempunyai karektor masing-masing.

Tan Chiu Lee yang sudah 11 tahun berkecimpung dalam bidang kejururawatan berkata, kepuasan bekerja akan dapat dirasakan apabila dapat menolong pesakit dan memberikan khabar gembira kepada keluarga mereka.

“Setiap jururawat perlu melakukan tugas sebaik yang mungkin untuk membantu orang lain dan jangan mengeluh kerana pada akhirnya, itulah kepuasan bekerja yang akan kita kecapi,” katanya.

Antara pengalaman tidak boleh dilupakan Chiu Lee ialah ketika masih menjalani latihan praktikal dan merawat wanita muda yang menghidapi penyakit barah serta berdepan dengan maut. Lebih malang, dalam kesedihan dan kesengsaraan melawan penyakit, wanita berkenaan berjauhan dan suami serta anak-anak.

Hampir setiap hari, ceritanya, wanita itu berkongsi perasaan rindu dan kesedihannya terhadap suami dan anak, malah sehingga menghembuskan nafas terakhir dia tidak berkesempatan menemui mereka.

“Mungkin masa itu saya masih muda dan ia adalah antara pengalaman awal sebagai jururawat sebab itulah hati mudah tersentuh. Tetapi kini saya sudah biasa dengan keadaan seumpama itu dan sebagai jururawat, saya berasa perlu memberikan pesakit semangat untuk melawan penyakit dihadapi,” katanya.

Norhanizah Ani, 39
Jururawat Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Pernah bertugas di luar negara dan membantu merawat mangsa tsunami di Acheh adalah antara kisah menarik dilalui Norhanizah Ani sepanjang 14 tahun bergelar jururawat.

Lebih menarik, Norhanizah sebelum itu pernah bekerja sebagai guru tetapi akhirnya beralih arah memilih kerjaya jururawat selepas mendapati jiwanya lebih senang untuk membantu orang lain.

“Saya menjadi guru hanya setahun. Walaupun tugasnya mulia mendidik anak bangsa, hati saya lebih tertarik memilih kerjaya jururawat kerana ia lebih memberikan kepuasan kepada saya,” katanya.

Mengenai cabaran sebagai jururawat, Norhanizah yang bekerja di jabatan pengawalan jangkitan berkata, apa yang dilihatnya masih ada jurang ketara yang wujud antara jururawat dan masyarakat sehingga masih ada yang takut-takut untuk mendapatkan rawatan apabila sakit.

Katanya, perspektif seperti itu perlu diubah kerana dalam usaha membanteras dan mengawal penyakit berjangkit, hubungan antara jururawat dan masyarakat perlu erat terutama dalam mendidik serta memberikan kefahaman mengenai perkara sepatutnya supaya kesihatan dapat dijaga dengan baik.

INFO:

Setakat ini, ada lebih kurang 90 kolej kejururawatan di seluruh negara dan 17 daripadanya milik kerajaan.

Kolej kejururawatan di negara ini mampu melahirkan 8,000 jururawat bertauliah setahun.

Setakat ini, ada 80,000 jururawat di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 75 peratus berkhidmat dengan kerajaan.

Menjelang 2015, kerajaan mensasarkan nisbah jururawat kepada pesakit ialah 1:200 (seorang jururawat untuk 200 pesakit) berbanding sekarang, 1:329.

Kebanyakan jururawat bekerja secara syif menyebabkan ada kalanya mereka pulang malam atau pun ‘bermalam’ di hospital.

INFO: Sejarah Hari Jururawat Sedunia

Hari Jururawat Sedunia dipilih sempena hari kelahiran Florence Nightingale pada 12 Mei 1820.

Florence dilahirkan di Firenze, Itali dan dibesarkan dalam keluarga yang berada adalah pelopor jururawat moden.

Florence berminat dengan kerja kemanusiaan dan ingin merawat orang sakit. Tetapi keinginan merawat pesakit ditentang keras oleh ibu dan kakaknya kerana pada masa itu merawat adalah pekerjaan hina dan rumah sakit adalah tempat paling teruk. Banyak orang memanggil doktor untuk datang ke rumah dan dirawat di rumah.

Tugas merawat orang ketika itu turut dianggap tidak berapa elok kerana banyak berdepan langsung dengan tubuh dalam keadaan terbuka, sehingga dilihat bukan kerjaya sopan wanita baik-baik.

Pada 1846, Florence mengunjungi Kaiserswerth, Jerman dan mengenal lebih jauh mengenai rumah sakit moden yang dipelopori oleh Pendeta Theodor Fliedner dan isterinya serta dikelola biarawati Lutheran (Katholik).

Ketika di sana, Florence terpesona dengan komitmen yang dipraktikkan oleh biarawati kepada pesakit dan mula jatuh cinta pada pekerjaan sosial kejururawatan.

Pada zaman perang Crimean pada 1854, Florence selalu melawat pesakit pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat askar perang yang cedera dan memerlukan bantuan. Kesungguhannya ini menyebabkannya lebih dikenali sebagai “The Lady With The Lamp” .

Sumbangan Florence dalam bidang kejururawatan:
- Memperkenalkan jururawat wanita dalam perang ketika perang Crimean di Turki.
- Pada tahun 1860, Florence menubuhkan sekolah jururawat di Hospital St Thomas di London.
- Florence menulis buku bertajuk “Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan 136 muka surat mengenai kejururawatan.
- Florence juga berpengetahuan tinggi dan pakar dalam bidang statistik. Beliau menjalankan beberapa kajian dan menerbitkan lebih 200 laporan dan risalah mengenai pelbagai isu kebersihan, pengurusan hospital dan kesihatan.

Florence meninggal dunia di bilik tidurnya di 10 South Street, Dauk Lan, London pada 13 Ogos 1910 ketika berusia 90 tahun.

Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : Mici U29
Gender: Female
Jumlah Post: 1520
Umur: 30
Tarikh Register: 12/10/2006
Reputation: 36
Points: 4473

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Re: Pengorbanan besar tidak dihargai - berita harian

Post by Jururawat on Tue 14 Jun 2011, 2:58 pm

kdg2 org xphm kje kite...

Jururawat
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Jururawat Terlatih U29
Gender: Female
Jumlah Post: 8
Umur: 31
Tarikh Register: 25/01/2007
Reputation: 0
Points: 2839

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum