Hantu Penanggal
Page 1 of 1 • Share •
Hantu Penanggal

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.
Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.
Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.
Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.
Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Puteri Kayangan- SUPER SENIOR

- Negeri:

Jawatan : Orang Kesihatan
Gender:
Jumlah Post: 171
Umur: 21
Tarikh Register: 05/06/2011
Reputation: 2
Points: 1070

Similar topics» Mimpi hantu
» Hantu mak cik tong gas
» Cerita Hantu dari Kuantan...
» Cerita hantu siri Genting
» hantu kuntilanak
» Hantu mak cik tong gas
» Cerita Hantu dari Kuantan...
» Cerita hantu siri Genting
» hantu kuntilanak
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum









» SCIENTIST SAYS CURRY COMPUND KILLS CANSER CELLS
» info tntng braces
» Usah Beli Pendakap Gigi Secara Online - Liow Tiong Lai
» info utk yg berminat mnjadi Pembantu Pembedahan Pergigian
» Piala AFC: Bojan Hodak Jangka Kelantan Hadapi Tentangan Sengit
» Pergabungan Juruteknologi Makmal Perubatan dengan Pegawai Sains di Kementerian Kesihatan Malaysia jadi Pegawai Patologi Makmal Perubatan
» Sempena Hari Jururawat Dunia | Kefahaman Perlu Terhadap Isteri Bekerja Sebagai Jururawat
» Selangor Kekal Di Tangga Ketiga Liga Super
» Harimau Malaya Naik Dua Anak Tangga Dalam Ranking Terbaharu FIFA
» Persatuan Sukan Perlu Amal Sikap Terbuka Terima Kritikan - Annuar Musa
» Pertukaran suka sama suka
» Pertukaran suka sama suka
» KERJA MAKMAL NIE RILEX KER?????
» Ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 12 Mei 2013
» pengajar program diploma pembantu farmasi
» KALAU TAK JADI MLT, KORANG NAK JADI APA???
» Lions XII FC Kekal Di Tangga Teratas Liga Super
» PERSIDANGAN PPF ON LINE 2009
» AIR MATA MALAM PERTAMA...