FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

View previous topic View next topic Go down

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Post by Puteri Kayangan on Thu 14 Jul 2011, 6:12 am





1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki

Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan
adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak
sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa
saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja
sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih.
Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada
banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan
sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.

Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana
dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh
terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama.
Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia
belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga
dengan kawan. Anda terus percaya.

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan
menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau
diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana
baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah
tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang
lain?

Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan
simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan
yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda
dalam bahaya.






2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin

Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan
risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih
ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun
majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum
mempunyai pasangan hidup.

Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu
bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang
untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin
lambat.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh `terlepas pandang’
mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya
berkerjaya, secara tidak langsung bermakna mereka mempunyai tahap
kewangan yang stabil. Ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa
`buaya profesional’, yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil
kesempatan ke atas wanita seperti ini.

Kalau anda wanita seperti ini, ingat...biar lambat, asal selamat!






3. Wanita `sosial’

Wanita yang sosial, suka pada hiburan malam, berparti, disko, pergaulan
bebas dan berpegang pada falsafah `masa muda inilah nak berseronok dan
rasa macam-macam’, mereka sebenarnya `mengiklankan’ diri kepada
spesies lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah antara resipi utama yang menyebabkan
ramai wanita dan gadis remaja ditipu (dalam pelbagai aspek) oleh lelaki
tidak bertanggungjawab.






4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan
memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah
berjela-jela dari universiti terkenal.

Wanita berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu
dirinya supaya tidak `terpilih’ lelaki penipu dan berbahaya. Jika dia
`terjebak’ sekali pun dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang
perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang
sewajarnya.

Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita
dan isteri. Wanita yang berilmu berani `membetulkan’ keadaan dan
mempertahankan haknya apabila perhubungan atau perkahwinannya terganggu
atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.






5. Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya

Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak, comel atau macho serta mempunyai susuk tubuh yang menggoda?

Wanita perlu ingat, semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu,
semakin usaha perlu digandakan meningkatkan `sistem pertahanan diri’.

Perlu diingat, paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri
utama lelaki idaman wanita. Ia seharusnya hanya menjadi ciri bonus
yang ada pada lelaki.






6. Wanita yang sabar tidak bertempat

Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai jenis yang selalu `makan
hati berulam jantung’ atau mungkin juga `makan tangan berulam kaki’.
Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan, tidak dihargai,
sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan atau suaminya, tetapi masih
tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar, dia terseksa dan tertekan.


Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa
nanti. Tidak salah bersabar tetapi jika kesabaran itu akhirnya membawa
mudarat kepada diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan
seolah-olah memberi `lesen’ kepada pasangan untuk terus mendera,
menipu dan menghina maruah wanita. Ingat kata orang dulu-dulu, 'sabar
biarlah bertempat’.

sumber: berita harian
avatar
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 182
Umur : 25
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 2688

View user profile http://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Re: 6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Post by Red Warriors on Fri 12 Aug 2011, 2:43 am

memang menarik........ Smile
avatar
Red Warriors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 61
Umur : 33
Tarikh Register : 24/04/2009
Reputation : 0
Points : 3236

View user profile

Back to top Go down

Re: 6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Post by Info Bola Sepak on Thu 03 Dec 2015, 3:49 am

tak tahu nak cakap apa.....
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4137

View user profile

Back to top Go down

Re: 6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum