FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Safee Sali

View previous topic View next topic Go down

Safee Sali

Post by Info Bola Sepak on Tue 10 Jan 2012, 7:42 pm

Safee penyerang kedua terbaik rantau Asia


MUHAMMAD NAQI ABU BAKAR
January 10, 2012











PENYERANG sensasi negara, Safee Sali mendapat tempat kedua di dalam
undian orang ramai sebagai penyerang terbaik rantau Asia di laman web
goal.com, hari ini.

Beliau tewas kepada pemain Thailand, Teerasil Dangda yang mendapat
undian sebanyak 54.93% manakala Safee mendapat undian sebanyak 38.37%.

Antara penyerang rantau Asia lain yang dicalonkan adalah pemain paling
berharga K-League, Lee Dong-Gook, pemenang kasut emas J-League, Joshua
Kennedy, pemain Arsenal, Park Chu-Young, Mike Havenaar (Jepun), Firas Al
Khatib (Syria), Younis Mahmoud (Iraq), Ismail Abdul-Latif (Bahrain) dan
Bader Al Mutwa (Kuwait).

Undian tersebut bermula pada hari Ahad, 8 Januari lepas dan berakhir semalam.


SUMBER : SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Safee Sali

Post by Info Bola Sepak on Tue 31 Jan 2012, 9:58 pm

Safee tak mahu ulas

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAFEE belum mahu membuat sebarang spekulasi berhubung masa depannya dengan kelab Pelita Jaya.



"SUDAH hendak sampai masa dah (masa depan bersama Pelita
Jaya), dan bila segalanya sudah selesai saya akan membuat pengumuman
rasmi dengan segera."

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd.
Safee Sali bagi menjawab teka-teki yang bermain di kotak hati peminat
berhubung masa depannya bersama Pelita Jaya selepas ini.

Sebelum ini, pemerhati bola sepak tempatan tertanya-tanya mengenai
masa depan penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu bersama Pelita Jaya
apabila kontraknya dengan kelab tersebut secara rasminya bakal tamat
hari ini.

Spekulasi Safee bakal berhij- rah ke kelab lain juga tersebar luas
baru-baru ini lantaran Liga Super Indonesia (ISL) dan Persatuan Sepak
Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikhabarkan 'diharamkan' oleh Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain dikaitkan dengan juara liga Thailand 2010, Muang Thong United;
tiga buah kelab ternama Eropah - Galatasaray (Turki), Panathinaikos FC
(Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain - yang baru sahaja
mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru
ini juga dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Safee.

Seakan-akan mahu kekal berahsia mengenai keputusannya, Safee
begitupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil
memberitahu, perbincangan dengan pengurusan Pelita Jaya masih berjalan
lancar.

Menurut Safee, pengurus peribadinya iaitu Zakaria Ab. Rahim telah pun tiba di Indonesia semalam bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai lanjutan kontrak tersebut.

"Saya tidak berani kata kepu- tusan (kekal di Pelita Jaya) 50-50 ataupun tidak, senang cerita masanya sudah hampir tiba dan pengumuman rasmi dijangka dibuat segera sebaik segala- galanya selesai.

"Ia dijangka mengambil masa dua-tiga hari, mungkin juga lebih. Kita tengok dahulu macam mana," katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di Indonesia semalam.

Safee yang memulakan kariernya bersama kelab Telekom Melaka ketika baru berusia 19 tahun, berhijrah ke Pelita Jaya dari pasukan terakhirnyadalam Liga Malaysia (Liga-M), Selangor pada 14 Februari tahun lepas.

Dia juga muncul sebagai satu- satunya pemain Asia Tenggara yang berada dalam senarai penjaring gol terbanyak ISL musim ini apabila berjaya meledak enam gol, kurang satu gol sepanjang mewakili Pelita Jaya pada musim lepas.

Dalam pada itu, Safee turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan ucapan selamat hari jadi ke-28 buat dirinya yang jatuh kelmarin di laman rasmi Facebooknya.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan, sokongan dan doa anda semua selama ini. Hanya Allah yang akan membalas semua niat baik anda semua," katanya

SUMBER : KOSMO


Last edited by Info Bola Sepak on Wed 01 Feb 2012, 10:01 am; edited 1 time in total
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Safee Sali

Post by Info Bola Sepak on Wed 01 Feb 2012, 9:37 am

Safee pisah sementara
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

SATU keputusan sudah dimuktamadkan kapten Pelita Jaya FC (PJFC), Safee Sali berhubung kontraknya yang berakhir semalam bagi memastikan kesinambungan karier bola sepak di luar negara dan khidmatnya kepada skuad negara dapat berterusan.

Bagaimanapun, sekiranya terus bersama PJFC, peluang berusia penyerang berusia 28 tahun itu dilihat tergugat selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya mengiktiraf Liga Premier Indonesia (IPL) berbanding Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai PJFC.

Namun ‘pengharaman’ terbabit masih belum jelas sama ada membabitkan liga atau turut membabitkan pemain selain pemilik kelab terbabit, keluarga Bakrie yang juga memiliki kelab Belgium, CS Vise dan Brisbane Roar yang bersaing dalam Liga-A di Australia untuk membuka peluang kepada Safee bagi ‘berpisah sementara’ daripada PJFC.

“Safee sebenarnya seronok bermain di PJFC. Kami (dan PJFC) sudah mencapai kata sepakat untuk membolehkan kedua-dua pihak berada dalam situasi menang-menang. “Kedudukan sebenar Safee akan diketahui pada sidang media di Jakarta Selatan, hari ini,” kata pengurusnya, Zakaria Abd Rahim ketika dihubungi petang semalam.

Selain beberapa pasukan Liga Malaysia, Zakaria menegaskan hanya kelab Thailand, Muang Thong United dan sebuah kelab Indonesia yang membuat tawaran serius kepada Safee manakala beberapa kelab lain tidak mengemukakan tawaran konkrit. Beliau turut menafikan berita yang mengaitkan Safee dengan beberapa kelab dari Eropah.

Bekas penyerang Selangor itu mendapat perhatian selepas mempamerkan ketajaman ketika membantu skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal meraih kejuaraan sulung Piala AFF 2010 selain dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan.

Bermula detik itu, kelibat Safee diintai dan dipikat PJFC pada jendela perpindahan kedua ISL pada Februari 2011.

Safee membuktikan ketajamannya apabila menyelamatkan kelabnya itu daripada tersingkir ke liga bawahan dengan meledak sejumlah jaringan penting pada pusingan kedua ISL itu selain sudah menjaringkan enam gol dalam saingan musim ini.

SUMBER : HARIAN METRO
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Safee Sali

Post by Info Bola Sepak on Wed 01 Feb 2012, 9:59 am

Pelita Jaya tawar Safee gaji RM118,000

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Safee Sali



JAKARTA - Seandainya Safee Sali memilih untuk kekal bersama kelab
Pelita Jaya, pemain berkenaan bakal menerima gaji bulanan berjumlah
Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan.

Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.

Spekulasi mengenai mengenai ganjaran berkenaan serta persetujuan
pemain berusia 27 tahun itu untuk terus bersama Pelita Jaya bagi tempoh
dua tahun akan datang dilaporkan oleh akhbar tempatan, Warta Kota.

Atas kertas, kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).

Menjawab spekulasi itu, pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, segala
tanda tanya mengenai kedudukan penyerang sensasi negara akan diumumkan
kepada media hari ini.

Menurut Zakaria, persoalan mengenai sama ada Safee berminat menyambung kontrak dengan Pelita Jaya serta tawaran lumayan itu akan dijelaskan pada sidang media itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan atau mengiakan bahawa jumlah gaji lumayan itu telah ditawarkan oleh Pelita Jaya buat Safee.

"Saya serahkan kepada media untuk membuat spekulasi Safee bakal dibayar Rupiah 350 juta jika bersama Pelita Jaya.

"Kalau sekalipun dibayar dengan gaji sedemikian, saya fikir itu merupakan satu penghormatan buat Safee kerana ia seiring dengan kualiti beliau sebagai pemain bola sepak asing di Indonesia," kata Zakaria kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, semalam.

Selain Pelita Jaya yang mahu mengekalkan khidmat Safee, pemain itu juga dipancing empat pasukan Liga Malaysia iaitu dua dari selatan tanah air, satu dari pantai Timur dan satu lagi di Lembah Klang.

Tidak ketinggalan, Safee turut diintai kelab dari Thailand, Muangthong United FC.

Pelita Jaya difahamkan sangat berminat untuk mengekalkan Safee berikutan potensi penyerang itu boleh membantu memperkukuhkan kedudukan kelab berkenaan dalam Liga Super Indonesia.

Menurut Zakaria lagi, bukan mudah untuk Safee membuat keputusan mengenai masa depannya itu kerana banyak pertimbangan yang harus dilakukan terlebih dahulu.

Safee bagaimanapun, jelas Zakaria, sudah begitu selesa dengan kedudukannya di Pelita Jaya selain semakin gembira dengan kehidupan di Jakarta.

Kata Zakaria, Safee juga sudah memiliki hubungan yang baik dengan pemain-pemain sepasukan serta sangat disenangi di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta.

Sementara itu, Safee ketika dihubungi pula berkata, beliau akan menjawab semua tanda tanya itu hari ini.

"Jemput datang ke sidang media hari ini. Saya akan jawab semua soalan yang selama ini menjadi tanya tanya ramai," jelas pemain kebangsaan itu lagi. - Utusan


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Safee Sali sertai Johor?

Post by Info Bola Sepak on Wed 01 Feb 2012, 10:17 am

Safee Sali sertai Johor?

HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR & NORASHIKIN LEMAN

1 Februari 2012



ITU teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor. Malah lebih hebat lagi Safee juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.

Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya," katanya.

Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.

Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.

Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.

Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.

Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.


Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.

SUMBER : SINAR HARIAN
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Sertai Johor Demi 'Selamatkan' Karier - Safee Sali

Post by Info Bola Sepak on Thu 06 Dec 2012, 2:41 pm


PETALING JAYA, 5 Dis (Bernama) -- Penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata keputusannya menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak.

Safee berkata kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya, juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan 'Harimau Selatan' itu.

"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara...saya terima dan hormati cara mereka.

"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini.

Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad kebangsaan dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di sini, Ahad ini dan di Bangkok pada 13 Dis.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4194

View user profile

Back to top Go down

Re: Safee Sali

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum