FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Ujian Imbasan Ultra 3D Kesan Kecacatan Janin

View previous topic View next topic Go down

Ujian Imbasan Ultra 3D Kesan Kecacatan Janin

Post by aidilzone on Fri 08 Jun 2007, 3:37 am

Sihat: Ujian imbasan ultra bunyi 3D kesan kecacatan janin


Pengesanan peringkat awal kehamilan bantu pasangan buat persediaan sebelum anak bermasalah dilahirkan

BAGI kebanyakan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, meskipun jantina anak bukan soal utama dalam menyambut kelahiran bayi, lumrahnya sering tertanya-tanya adakah bayi dikandung itu lelaki atau pun perempuan.















Malah, apabila doktor melakukan ujian imbasan ultra bunyi pada kandungan si isteri, soalan itu jugalah yang sering diajukan oleh pasangan walaupun itu bukan kali pertama mereka menyambut kehadiran seorang bayi.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi (FMGC), Dr Patrick Chia, berkata dorongan ingin tahu jantina anak melalui ujian imbasan ultra bunyi biasanya membuatkan pasangan lupa persoalan lebih penting, iaitu aspek kesihatan anak yang bakal dilahirkan.

Beliau berkata, tidak kira lelaki atau perempuan, kehadiran anak bermakna pasangan berkenaan ada zuriat untuk meneruskan keturunan. Paling penting yang mesti difikirkan ibu bapa ialah bayi dilahirkan sempurna, cukup sifat dan sihat.

Mengenai keperluan dan kepentingan menjalani imbasan ultra bunyi pada kandungan Dr Chia berkata, sebelum berbuat demikian pasangan sewajarnya perlu mengetahui tujuan dan kepentingannya serta bilakah masa yang sesuai dan kekerapan berbuat demikian.

Selain itu, katanya, adalah penting untuk memastikan gelombang bunyi digunakan dalam pemeriksaan ini tidak mengganggu perkembangan janin YANG masih kecil.

“Imbasan ultra bunyi boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang kehamilan. Imbasan pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkan kandungan itu berlaku dalam rahim dan mengira usia kandungan. Selain itu, ia dapat mengesan pergerakan jantung bayi.

“Pada ketika ini juga anda boleh tahu adakah kandungan itu anak kembar. Bagaimanapun, secara umumnya imbasan ultra bunyi boleh dilakukan sebanyak empat kali pada tempoh kehamilan tertentu,” katanya ketika memberi forum kesihatan ibu dan bayi anjuran bersama FMGC dan Wyeth di Bandar Sunway, baru-baru ini.

Dr Chia berkata, imbasan ultra bunyi sebenarnya menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bayi dalam kandungan pada skrin komputer.

Untuk menjalankan imbasan, pakar sakit puan menggunakan alat dipanggil 'transducer' yang menghantar satu jaluran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi ke dalam badan dan mengesan gema terhasil apabila gelombang berkenaan 'berlanggar' dengan struktur dalaman. Bunyi gema ini ditukarkan ke bentuk rangsangan elektrik dan kemudian diproses bagi membentuk imej pada monitor.

Imej imbasan bayi lebih mudah dilihat pada wanita kurus berbanding gemuk. Justeru, wanita hamil disaran mengawal pertambahan berat badan, bukan hanya untuk memudahkan doktor melihat imej bayi melalui imbasan, tetapi penting untuk mengurangkan risiko kesihatan sepanjang sembilan bulan kehamilan.

Beliau berkata, imbasan konvensional pada masa kini yang digunakan secara meluas di kebanyakan hospital dan klinik kehamilan ialah imbasan dua dimensi (2D). Dalam imbasan 2D, imej yang terbentuk adalah hasil daripada beberapa siri imej dan hanya satu imej dapat dilihat pada satu masa.

"Kaedah terbaru ialah menggunakan imbasan ultrasonografi tiga dimensi (3D). Dalam kaedah ini, gema gelombang direkodkan dan disimpan secara digital dan boleh menghasilkan gambar fetus yang kelihatan seolah-olah 'hidup'.

“Antara kelebihan imbasan 3D ialah membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi. Kaedahnya juga lebih baik kerana boleh mengukur diameter atau keratan rentas organ yang hendak diperiksa," katanya.

Dr Chia berkata, imbasan 3D menggunakan teknologi lebih baik berbanding imbasan 2D kerana lebih cepat, mudah dan tepat dalam membantu pakar sakit puan mengenal pasti ketidaknormalan pada bayi. Ini termasuk kecacatan pada muka, dada, kaki, tulang belakang dan sistem saraf tengah.

Pengesanan masalah bibir sumbing turut boleh dibuat dengan mudah dan tepat sehingga 88 peratus berbanding imbasan 2D yang hanya mampu mengesan hanya 21 hingga 30 peratus.

Melalui imbasan 3D juga, doktor boleh melihat struktur tulang belakang, sebarang keganjilan tulang dan mengira bilangan tulang rusuk bayi. Masalah tulang belakang seperti spina bifida boleh dikesan seawal 10 minggu kehamilan. Lebih menarik, ia boleh mengesan masalah pada salur darah yang halus.

"Teknologi ini memudahkan ibu bapa memahami penerangan perubatan jika anak mereka mengalami kecacatan. Mereka tahu apa yang terjadi sebenarnya dan masalah yang bakal dialami apabila anak lahir kelak.

"Secara tidak langsung, ia dapat membantu ibu bapa menerima hakikat sebenar dan membuat persediaan sepatutnya sebelum anak dilahirkan. Ini termasuk menyediakan wang untuk membolehkan anak mereka menjalani rawatan sewajarnya,” katanya.

Dr Chia menegaskan, bukan bermakna imbasan 2D kurang baik, cuma melalui imbasan 3D masalah kecacatan bayi lebih mudah dikesan dan disahkan. Wanita hamil itu mungkin juga tidak perlu menjalani imbasan 3D jika doktor mengesahkan kandungannya tidak bermasalah. Hakikatnya, menjalani imbasan 3D sebenarnya lebih banyak bergantung apa yang anda hendak tahu dan tengok.

“Jika ada keraguan dalam imbasan 2D dan kemungkinan wujudnya keganjilan pada bayi dalam kandungan, pasangan ada pilihan lebih baik untuk mengesahkan keadaan sebenar. Apa yang pasti, perkembangan teknologi ini adalah perkara baik.

“Bagaimanapun pernah kes berlaku ada wanita ingin menggugurkan kandungan kerana mendapati bayi yang dikandungnya cacat selepas membuat imbasan 2D. Selepas membuat imbasan 3D didapati dengan jelas kecacatan dikesan sebelum itu sebenarnya hanyalah ketumbuhan yang boleh dibuang dengan melakukan pembedahan kecil," katanya.

Seiring dengan teknologi semakin canggih, kaedah terbaru yang ada pada masa kini ialah imbasan 4D. Melalui kaedah ini doktor boleh melihat pergerakan bayi dalam kandungan lebih jelas dan lebih baik daripada imbasan 2D dan 3D, tetapi peralatannya sangat mahal.


FAKTA: Imbasan ultra bunyi


<LI>Imbasan ultra bunyi boleh dilakukan seawal kandungan memasuki enam minggu untuk mengesan ada tanda hidup dan memastikan kehamilan berlaku dalam rahim.


<LI>Walaupun secara umumnya wanita hamil boleh menjalani empat imbasan sepanjang kehamilan, dua imbasan sudah memadai iaitu pada minggu ke-12 dan 22.


<LI>Imbasan ketiga lebih baik dilakukan pada minggu ke-30. Apabila semua ukuran bayi dilakukan, doktor mengira kuantiti air ketuban dan kedudukan uri (plasenta). Air ketuban yang terlalu banyak (polihidramial) boleh menjejaskan kesihatan bayi. Antara risikonya ialah air ketuban pecah awal dan menyebabkan wanita bersalin lebih awal dari tarikh dijangkakan.


<LI>Walaupun menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi, imbasan selamat dan tidak mendatangkan kesan buruk atau mengganggu perkembangan janin. Peralatan digunakan di hospital dan pusat perubatan diselenggarakan ke tahap paling selamat.


<LI>Sehingga kini tiada bukti menunjukkan imbasan ultra bunyi boleh membahayakan bayi. Bagaimanapun, imbasan tidak boleh dilakukan dalam tempoh terlalu panjang.


<LI>Untuk kebaikan imbasan perlu dilakukan dengan objektif tertentu seperti melihat keadaan bayi (terutama mengesan keganjilan atau ketidaknormalan).

INFO: Empat tahap imbasan ultra bunyi

1 Imbasan awal kehamilan (kandungan lima hingga 10 minggu)

Imbasan ini memberi kelegaan kepada bakal ibu, terutama yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Kantung kandungan boleh dilihat seawal empat setengah minggu kehamilan. Pada masa sama, imbasan ini dapat mengesan jika berlaku pendarahan dalam uterus.

2 Imbasan nukal atau tengkuk (kandungan 11 hingga 13 minggu)

Pada ketika ini janin ada degupan jantung. Kajian menunjukkan pengukuran gelombang bunyi pada nukal (kawasan di bawah kulit tengkuk) dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan bayi mengalami masalah Sindrom Down.

Dalam tempoh ini adalah masa terbaik untuk mengukur translusen nukal (NT) dan mengesan kehadiran tulang hidung. Pengesahan Sindrom Down selanjutnya boleh dilakukan melalui ujian darah ibu untuk mengukur tahap dua jenis hormon.

Untuk imbasan ini, wanita tidak perlu melakukan persediaan, tetapi disarankan tidak mengosongkan pundi kencing 30 minit sebelum imbasan. Imbasan ini biasanya mengambil masa 20 minit.

3 Imbasan anomali teliti (kandungan 18 hingga 22 minggu)

Ini ialah imbasan untuk melihat kecacatan atau ketidaknormalan pada bayi. Imbasan membabitkan seluruh badan (dari kepala ke kaki) termasuk kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki.

Ketika ini juga kecacatan muka seperti bibir sumbing, spina bifida (masalah pada tulang belakang) dan lubang pada jantung dapat dikesan. Bayi juga 'diperiksa' jika ada menunjukkan petanda tertentu yang biasanya ditemui pada bayi yang mengalami ketidaknormalan akibat kromosom.

Doktor mengukur perkembangan bayi dan kedudukan plasenta. Tiada persediaan diperlukan dan wanita juga tidak perlu memenuhkan pundi kencing. Imbasan ini mengambil masa 20 hingga 30 minit.

4 Imbasan kesihatan bayi secara keseluruhan (kandungan 26 hingga 41 minggu)

Kesejahteraan keseluruhan bayi boleh dikesan apabila kandungan memasuki 26 minggu. Bagaimanapun, masa terbaik untuk menjalankan imbasan ini ialah antara 30 hingga 32 minggu kerana kebanyakan masalah perkembangan bayi berlaku dalam trimester ketiga.

Penilaian dibuat berdasarkan anggaran saiz kepala dan berat bayi serta jumlah air ketuban yang mengelilingi bayi.</LI>


di petik dari Berita Harian Online

aidilzone
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender: Male
Jumlah Post: 116
Umur: 33
Tarikh Register: 13/03/2007
Reputation: 0
Points: 2734

Character sheet
Mutiara Kata saya: "One Ring to rule them all,

View user profile http://aidilzone.multiply.com

Back to top Go down

Re: Ujian Imbasan Ultra 3D Kesan Kecacatan Janin

Post by zamasy20 on Fri 29 Jun 2007, 1:33 am

Untuk pengetahuan aidil & semua pembaca, adalah sukar utk kkm membeli mesin ultrasound 3D utk setiap klinik kesihatan sbb harganya mahal mamadailah mesin ultrasound yang biasa. Lain la jika di klinik2 pakar, ianya amat2 diperlukan bagi melakukan detail scan utk kes yang bermasalah.

Di perak, sudah ramai paramedik (ma & sn) dilatih menjalani kursus ultrasound level 1 & advanced. Ini adalah kerana utk memastikan di klinik2 kesihatan, setiap ibu yang hamil menjalani pemeriksaan ultrasound ini bagi melihat perkembangan & mengesan masalah abnormaliti pada bayi mereka. Bagi kes yang ada masalah, ibu ini akan dirujuk ke klinik pakar di hospital bagi menjalani pemeriksaan detailed scan pula.

Tapi kalaulah kkm dapat beri sebuah mesin scan 3D, di klinik kat tempat den kerja..hai, den la orang pertama yang paling gembira sekali sebab den dapat bantu Dr. buat scan dgn lebih cepat dan secara tak langsung, ibu2 yg dibuat scan pun suka sgt sbb dpt tengok anak dia dari skrin.

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 54
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2884

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: Ujian Imbasan Ultra 3D Kesan Kecacatan Janin

Post by zamasy20 on Fri 18 Jul 2008, 12:47 pm

zamasy20 wrote:Untuk pengetahuan aidil & semua pembaca, adalah sukar utk kkm membeli mesin ultrasound 3D utk setiap klinik kesihatan sbb harganya mahal mamadailah mesin ultrasound yang biasa. Lain la jika di klinik2 pakar, ianya amat2 diperlukan bagi melakukan detail scan utk kes yang bermasalah.

Di perak, sudah ramai paramedik (ma & sn) dilatih menjalani kursus ultrasound level 1 & advanced. Ini adalah kerana utk memastikan di klinik2 kesihatan, setiap ibu yang hamil menjalani pemeriksaan ultrasound ini bagi melihat perkembangan & mengesan masalah abnormaliti pada bayi mereka. Bagi kes yang ada masalah, ibu ini akan dirujuk ke klinik pakar di hospital bagi menjalani pemeriksaan detailed scan pula.

Tapi kalaulah kkm dapat beri sebuah mesin scan 3D, di klinik kat tempat den kerja..hai, den la orang pertama yang paling gembira sekali sebab den dapat bantu Dr. buat scan dgn lebih cepat dan secara tak langsung, ibu2 yg dibuat scan pun suka sgt sbb dpt tengok anak dia dari skrin.

Imej baby (sebelah kanan) semasa dalam kandungan ibu dgn menggunakan mesin Ultrasound 3D... Wink Cool

Imej baby menggunakan mesin ultrasound biasa...
namun begitu...anormalities masih boleh dikesan dgn menggunakan mesin ultrasound biasa dgn melakukan DETAILED SCAN... Wink Cool

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 54
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2884

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: Ujian Imbasan Ultra 3D Kesan Kecacatan Janin

Post by Cik Pah on Tue 19 Aug 2008, 1:54 pm

3D nih sama ngan ct scan ke....

----Forum Paramedik Malaysia-----






KeYakiNaN uBat BaGi PenYaKiT

Cik Pah
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri:
Jawatan : MLT
Gender: Female
Jumlah Post: 1992
Umur: 33
Tarikh Register: 07/11/2006
Reputation: 12
Points: 3364

Character sheet
Mutiara Kata saya: cHaiyoOoOk!!!

View user profile

Back to top Go down

Re: Ujian Imbasan Ultra 3D Kesan Kecacatan Janin

Post by runx33 on Wed 20 Aug 2008, 10:29 pm

What a Face wah baguih ler perak. sn n ppp training scan. kalo bleeding byk abort ker? bila time blh scan

runx33
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 14
Umur: 34
Tarikh Register: 14/08/2008
Reputation: 0
Points: 2229

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum