FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Awas lelaki 'hidung belang'

View previous topic View next topic Go down

Awas lelaki 'hidung belang'

Post by Puteri Kayangan on Wed 07 Mar 2012, 5:54 am

Awas lelaki 'hidung belang'

Oleh ANGELINA SINYANG
dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Lelaki berhidung belang yang gemar melanggan pelacur untuk memuaskan nafsu perlu berfikir banyak kali untuk meneruskan kegiatan tersebut.

Ini kerana, polis kini menggunakan pendekatan baru iaitu memanggil ahli keluarga terdekat iaitu isteri kepada lelaki berkahwin dan ibu bapa kepada yang bujang untuk menjamin mereka jika ditangkap dalam operasi cegah maksiat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, masalah pelacuran sukar dibendung kerana terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan dan kelonggaran kemasukan rakyat asing ke negara ini.

Beliau berkata, faktor permintaan tinggi menyebabkan pelacur asing terutama dari China, Vietnam dan Indonesia tertarik datang ke negara ini kerana mampu meraih pendapatan lumayan iaitu untung bersih mencecah RM20,000 sebulan.

Disebabkan itu, katanya, ada pusat pelacuran masih beroperasi walaupun sudah diserbu lima hingga enam kali oleh pihak berkuasa.

"Keadaan ini amat membimbangkan kerana seorang pelacur yang biasanya bekerja mulai pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam, mampu melakukan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya 10 pelanggan.

"Apabila sudah layan ramai pelanggan, mesti ada dalam kalangan pelacur ini menjadi 'ayam sakit' iaitu dijangkiti penyakit berbahaya seperti HIV," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Jalil, penyakit yang dipindahkan melalui hubungan seks dengan pelacur itu pula akan membahayakan pelanggan dan ahli keluarga lain seperti isteri dan anak-anak, seterusnya mencetuskan masalah kesihatan kepada rakyat.

"Apabila memanggil isteri atau ibu bapa, lelaki terbabit menjadi takut dan segan untuk mengulangi perbuatan tidak bermoral itu atau sekurang-kurangnya boleh diawasi isteri agar tidak lagi 'langkah panjang'.

"Pendekatan memanggil ahli keluarga terdekat sudah pun dilakukan ketika ini dan tidak dinafikan memang ada lelaki menjadi pucat lesi dan 'naik angin' dengan polis kerana takut dimarahi oleh isteri apabila rahsia mereka melanggan pelacur bocor," katanya.

Selain itu, Abdul Jalil berkata, pendekatan lain diambil untuk membanteras aktiviti pelacuran ialah menghantar senarai nama wanita warga asing yang pernah ditangkap melacur kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka memasuki semula ke negara ini pada masa akan datang.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen juga diminta menguatkuasakan undang-undang mewajibkan rakyat asing terutama wanita mengisytiharkan jumlah wang dibawa jika masuk ke negara ini sebagai pelawat.

Katanya, pelancong asing juga dikehendaki membeli tiket penerbangan balik bagi memastikan mereka meninggalkan negara ini jika sudah sampai tempoh.


"Peruntukan undang-undang ini memang sudah ada di Malaysia, cuma ia tidak dikuatkuasakan. Namun negara lain seperti Britian, ia sudah dipraktikkan dan terbukti berkesan membendung kegiatan pelacuran membabitkan wanita asing di negara berkenaan," katanya.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/
avatar
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 182
Umur : 25
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 2625

View user profile http://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum