FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pelajar Kejururawatan Perlu Kuasai Bahasa Inggeris - Dr Siti Hasmah

View previous topic View next topic Go down

Pelajar Kejururawatan Perlu Kuasai Bahasa Inggeris - Dr Siti Hasmah

Post by MaStErMiNd on Thu 28 Jun 2012, 8:49 pm



Foto - Wikipedia
PETALING JAYA, 21 Jun (Bernama) -- Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menasihatkan pelajar kejururawatan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik memandangkan banyak terma perubatan dalam subjek sains tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Isteri bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata jururawat perlu menjadi individu yang mempunyai kebolehan berbilang dwibahasa kerana ini dapat membantu semasa berkomunikasi dengan pesakit dan keluarga mereka.

"Bukan semua pesakit dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Apabila seseorang itu boleh menguasai pelbagai bahasa, ia banyak membantu terutama bagi mereka yang bertugas di kawasan atau daerah yang berbeza, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi Reach College di sini, Khamis.

Dr Siti Hasmah, yang juga penaung kolej itu dan bekas pengamal perubatan berkata jururawat perlu meningkatkan pengetahuan mereka memandangkan para pesakit pada masa ini berpelajaran dan amat maklum dengan dunia perubatan.

"Jururawat perlu bersedia menjawab pelbagai soalan daripada pesakit dan mereka perlu meningkatkan kemahiran insaniah dan juga kualiti peribadi," katanya.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/
avatar
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 391
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 11551

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum