FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Honda City 2012 i-VTEC | Harga RM85, 980 - RM90, 980

View previous topic View next topic Go down

Honda City 2012 i-VTEC | Harga RM85, 980 - RM90, 980

Post by Info Bola Sepak on Sat 21 Jul 2012, 10:01 am

Simbol kebangkitan Honda

Oleh SHAWKATH AZDE





SEWAKTU menghadiri majlis pelancaran model naik taraf Honda City 2012 di ibu negara baru-baru ini, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) membuat satu kejutan yang disifatkan tepat pada masanya.

Pengumuman yang dimaksudkan adalah jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan untuk model Honda City baharu. Tidak cukup dengan itu, Honda Malaysia juga memberikan khidmat servis percuma sebanyak enam kali.

Langkah tersebut pastinya melegakan para pemilik model sedan kompak berwajah baharu itu. Namun begitu, mungkin kurang adil jika segala pujian hanya diberikan kepada pengeluar dari negara matahari terbit itu.

Inisiatif jaminan lima tahun sebenarnya lahir daripada pengeluar kenderaan Korea Selatan, apa lagi jika bukan produk jenama Kia dan Hyundai.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pengeluar kenderaan Korea Selatan sudah mula memainkan peranan aktif dalam mengubah landskap industri automotif global.

Malah ada penganalisis yang berpendapat, Korea Selatan ialah Jepun yang baharu (South Korea is the new Japan). Sejauh mana pandangan itu boleh diterima atau tidak, itu hak masing-masing.

Kembali semula kepada Honda City 2012, ia merupakan produk pemasangan tempatan (CKD) pertama kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka bagi tahun ini.

Sebelum ini, kilang yang mengeluarkan model City, Civic, CR-V dan Accord untuk pasaran tempatan terpaksa digantung operasi ekoran masalah bekalan komponen dari Jepun dan Thailand yang dilanda bencana alam tahun lalu.
CKD Pertama 2012






Ueno, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie dan Naib Presiden Honda Malaysia, Katsunori Ishii pada majlis pelancaran Honda City baharu di ibu negara baru-baru ini.




Operasi bagaimanapun disambung semula pada April lalu dan dua bulan kemudian, Honda City 2012 kembali menerjah pasaran tempatan. Kali ini, dua varian ditawarkan iaitu Grade S dan E.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno memberitahu, Honda City merupakan model CKD jualan terbaik keluaran Honda Malaysia.

“City ialah kereta ideal untuk rakyat Malaysia yang menghargai rekaan bentuk menarik pada sebuah sedan kompak. Pada masa yang sama mengekalkan praktikaliti, keselesaan dan pemanduan ekonomikal,” katanya pada majlis pelancaran model tersebut.

Honda City generasi ketiga berwajah baharu masih mengekalkan enjin i-VTEC bersesaran 1.5 liter. Begitu juga transmisi jenis automatik lima kelajuannya. Transmisi itu diadun bersama teknologi BDW (Drive-By-Wire).

Transformasi rekaan luaran membabitkan penukaran komponen standard seperti bampar hadapan dan belakang, gril krom hadapan, set lampu belakang baharu dan rim aloi 15 inci.

Perubahan ruang kabin pula membabitkan pengemaskinian papan pemuka dan konsol tengah dengan tema warna baharu. Lampu pencahayaan latar belakang meter kini berwarna biru.

Satu pembaharuan yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah ciri ECO. Ia akan menyala sekiranya anda memandu secara efisien.

Tambahan lain termasuklah perehat kepala dan kerusi tengah barisan belakang yang dilengkapi tali pinggang keledar tiga pin ELR.

Teknologi keselamatan yang ada pada City ialah beg udara SRS berkembar, ISOFIX, sistem brek antikunci (ABS) dengan Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Untuk varian Grade E, ia memiliki beberapa komponen tambahan. Antaranya ialah paddle shift bersama alat kawalan audio pada stereng yang dibalut material kulit, lampu kabus dan enam unit pembesar suara.




INSTRUMEN meter dengan latar belakang pencahayaan biru mengurangkan kelesuan mata.




Teknologi VSA



Turut diberikan ialah perehat tangan untuk tempat duduk belakang dengan pemegang cawan, cermin pandang sisi bersama isyarat membelok yang boleh dilipat dengan menekan butang dan rim aloi 16 inci.

Apa yang perlu diberi perhatian ialah aplikasi Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) pada varian Grade E. Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memasang teknologi sistem keselamatan aktif itu ke dalam model asasnya.

VSA berfungsi membantu menstabilkan semula kenderaan sekiranya berlaku masalah pembelokan kurang (understeer) atau belok lebih (oversteer).

Untuk itu, pujian harus diberikan kepada Honda Malaysia kerana menyuntik teknologi sedemikian ke dalam kenderaan asas, sedangkan masih banyak kenderaan dalam segmen C dan D yang tidak memiliki ciri berkenaan.




KAWALAN atau tetapan radio boleh dibuat menerusi butang kawalan pada stereng Honda City Grade E.





City 2012 didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu coklat, putih, hitam kelabu dan perak. Harga jualan termasuk insurans bagi varian Grade S adalah RM85,980 seunit dan RM90,980 untuk Grade E. Bagi mereka yang ingin memasang pakej bodykit Modulo, anda hanya perlu menambah sebanyak RM2,950.

Ueno mengunjurkan jualan sebanyak 2,000 unit Honda City 2012 setiap bulan.

Walaupun berada dalam segmen B yang amat sengit persaingannya, Honda City masih memiliki kekuatan dari segi kebolehpercayaan produk.

Bagi saya, itulah antara kelebihan penting yang ada pada jenama Honda jika dibandingkan pesaing-pesaing terdekatnya.

Namun, Honda tidak boleh bergantung kepada kekuatan itu selama-lamanya. Jika tiada pembaharuan atau penambahan ciri seperti para pesaingnya, sisi kompetitif Honda pasti tidak mampu untuk kekal lama.

--- KOSMO
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4215

View user profile

Back to top Go down

Re: Honda City 2012 i-VTEC | Harga RM85, 980 - RM90, 980

Post by Palladium on Mon 23 Jul 2012, 3:49 pm

city mmg cntik.... lol!
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3773

View user profile

Back to top Go down

Re: Honda City 2012 i-VTEC | Harga RM85, 980 - RM90, 980

Post by Palladium on Thu 09 Aug 2012, 9:36 am

City Facelift lebih segar

NURHAZAH IBRAHIM

28 Jun 2012


Rekaan papan pemuka yang lebih anggun


City Facelift


Sejak generasi pertama Honda City dilancarkan pada 2001, model itu mendapat sambutan baik oleh pasaran.

Sehingga April lalu, Honda Malaysia Sdn Bhd telah menjual 113,005 unit Honda City dan menjadikan ia sebagai model pemasangan tempatan (CKD) Honda paling laris di Malaysia.

Bagaimanapun, akibat banjir teruk melanda Thailand September lalu, Honda Malaysia terpaksa menghentikan produksi seketika di Pagoh, Melaka dan Honda Malaysia telah pun memulakan semula produksinya April lalu.

Justeru mengembalikan semula penguasaannya di pasaran, Honda mengeluarkan City baharu dan menyelesaikan semua tempahan tertunggak sebanyak 3,000 unit sebelum ini.

Pengenalan model Honda City baharu tersebut memperlihatkan beberapa peningkatan yang ketara di bahagian luaran dan kabin dengan sentuhan lebih segar mengikut keinginan semasa.

Sedan kompak yang sering kali dipadankan dengan pesaing terdekatnya, Toyota Vios itu menerima perubahan di bahagian bampar dan gril hadapan krom, termasuk kehadiran rekaan lampu belakang baharu serta bentuk bampar belakang yang berbeza.

Walaupun perubahan baru yang didatangkan tampak ringkas tetapi Honda memberikan sentuhan dinamik pada rekaan berkenaan.

Selain bahagian luaran, bahagian kabin City turut menerima perubahan untuk keselesaan.

Warna baharu papan pemuka yang kemas nyata sepadan dengan rekaan meter berwarna metalik yang sporty. Dinyalakan oleh lampu berwarna biru, ia menawarkan tahap penglihatan lebih jelas.

Paparan pada meter laju turut memaparkan pelbagai maklumat termasuklah odometer, meter perjalanan, penggunaan bahan api dan jangkaan jarak.

Konsol tengahnya kini semakin menarik dengan warna baharu dan dial yang bergaya untuk mengawal suhu pendingin hawa dan sistem aliran udara.

Sistem audio di dalam City baharu ditingkatkan melalui sistem audio bersepadu bersama sambungan USB dan port auxiliary.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata City dikuasakan unit enjin signatur Honda iaitu i-VTEC 1.5 liter yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara prestasi dan penjimatan bahan api tanpa mengkompromikan janaan kuasa enjin.

“Pemanduan efisien juga dapat dilakukan dengan lebih mudah menerusi lampu indikator ECO baharu yang akan menyala apabila kenderaan dipandu secara efisien.

“Transmisi automatik lima kelajuan dengan Paddle Shift meningkatkan keseronokan pemanduan sporty apabila kawalan penukaran gear boleh dilakukan dengan jari pada stereng,” katanya.

Sebagai tambahan, sistem transmisi turut digabungkan dengan Teknologi Drive-By-Wire (DBW) yang berfungsi mengawal enjin bagi menawarkan proses penukaran gear lebih lancar untuk memecut serta prestasi pemanduan linear pada julat kelajuan biasa.

City baharu kini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan yang meliputi sistem beg udara SRS berkembar, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ISOFIX, sistem brek antikunci (ABS) dengan Agihan Kuasa Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA).

City baharu boleh didapati dalam lima warna pilihan: coklat, perak, kelabu, hitam dan putih. Harga yang ditawarkan bagi Honda City tersebut adalah RM85, 980 bagi varian S dan RM90, 980 untuk varian E.

Sewaktu pelancaran, Ueno turut memperkenalkan pakej servis Honda Malaysia yang baru dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan kepada pelanggan Honda City baharu yang menyelenggarakan kenderaan mereka mengikut jadual.

Tawaran baru ini membolehkan pelanggan menikmati servis buruh percuma sebanyak enam kali sehingga 100,000 kilometer

-sinar harian online
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3773

View user profile

Back to top Go down

Re: Honda City 2012 i-VTEC | Harga RM85, 980 - RM90, 980

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum