FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Perodua Alza | Harga RM56,000 - RM70,000

View previous topic View next topic Go down

Perodua Alza | Harga RM56,000 - RM70,000

Post by Palladium on Tue 31 Jul 2012, 10:14 am

Alza, MPV pertama Perodua dilancar


Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin bersama
Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar (dua dari kiri), Asmat Kamaludin (dua
dari kanan) dan Teruyuki Minoura (kiri) pada majlis pelancaran kenderaan
pelbagai guna pertama Perodua, Alza di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 23 Nov. – Selepas 15 tahun beroperasi, Perusahaan
Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mencatat sejarah tersendiri hari ini
apabila melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya – Alza.

Alza yang bermaksud kebangkitan dalam bahasa Sepanyol itu dilancarkan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dalam ucapannya berkata, Alza merupakan satu pencapaian bermakna kepada Perodua dan vendornya
kerana dibina menggunakan 90 peratus komponen tempatan.

Katanya, kadar itu adalah yang paling tinggi berbanding model-model dikeluarkan sebelum ini.

“Alza menggambarkan kematangan vendor automotif Malaysia dalam menghasilkan kelengkapan bermutu tinggi.

“Keseluruhannya kita mempunyai 100 vendor dalam projek Alza dan daripada jumlah itu, sebanyak 94 adalah syarikat tempatan,” katanya.


Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Presiden Daihatsu Motor Co. Ltd, Teruyuki Minoura, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar dan bakal pengganti beliau, Aminar Rashid Salleh.

Sementara itu, Asmat berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk menjual antara 3,500 hingga 4,000 unit MPV berkenaan setiap bulan.

Beliau percaya reka bentuk, ciri-ciri serbaguna dan harga berpatutan akan menjana minat yang tinggi di kalangan masyarakat.

“Saya telah mendapat reaksi balas yang amat baik daripada pihak yang telah memandu uji Alza dan dimaklumkan bahawa tempahan awalnya amat menggalakkan.

“Kita telah menerima 3,500 pesanan dalam masa 10 hari ia dibuka untuk tempahan, saya diberitahu tempoh menunggu pula adalah tiga bulan,” katanya.

Alza yang membabitkan pelaburan RM300 juta untuk direalisasikan, ditawarkan dalam enam jenis iaitu masing-masing dua standard, dua premium dan dua versi yang dipertingkatkan (advance).

Jenis standard dan premium dijual pada harga di antara RM56,000 dan RM64,000 seunit, manakala jenis advance yang akan memasuki pasaran bermula Mac 2010 dijual pada harga antara RM67,000 hingga RM70,000.

Alza didatangkan dalam enam pilihan warna yang menarik iaitu Classy Purple, Ebony Black, Ivory White, Pearl White, Medallion Grey dan Glittering Silver. - UTUSAN MALAYSIA
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3719

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum