FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Honda Freed S | MPV | Harga RM 99,800 termasuk insurans

View previous topic View next topic Go down

Honda Freed S | MPV | Harga RM 99,800 termasuk insurans

Post by Palladium on Tue 31 Jul 2012, 10:33 am

Honda lancar Freed S baru









KUALA LUMPUR 8 Julai - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda) telah melancarkan varian terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) mampu milik, Freed S bernilai RM 99,800 termasuk insurans.

Kereta yang diimport sepenuhnya dari Indonesia itu dilengkapi dengan empat tempat duduk dan ruang utiliti yang cukup luas di bahagian belakang yang boleh dilaras menjadi tempat duduk.

Pengarah Urusannya, Yoichiro Ueno berkata, Freed S merupakan MPV mampu milik yang sangat praktikal untuk rakyat Malaysia.

“Freed S menawarkan kabin yang lebih luas terutamanya di bahagian bumbung sehingga membolehkan penumpang bergerak bebas di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Freed S sangat sesuai untuk tujuan kembara terutamanya pada musim perayaan yang membolehkan anda pulang bersama keluarga dan juga barangan keperluan yang banyak.

Turut dilengkapi dengan pelbagai ruang inovatif seperti poket pintu yang besar, tujuh pemegang cawan dan rekaan papan pemuka dua lapisan.

Didatangkan dengan enjin 1.5L i-VTEC, transmisi lima kelajuan automatik mampu menghamburkan kuasa 18PS/6,600 rpm dan kilasan maksimum 146Nm/4,800 selain sistem ‘Drive-by-wire Honda.

Freed S ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu putih mutiara brilliant, polished petal metallic dan hitam mutiara kristal. - UTUSAN MALAYSIA
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3724

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum