FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Nissan Latio | Harga RM94,386 - RM105,587.50

View previous topic View next topic Go down

Nissan Latio | Harga RM94,386 - RM105,587.50

Post by Palladium on Thu 09 Aug 2012, 9:50 am

Nissan Latio Impul memikat jiwa muda

Oleh JOHARDY IBRAHIM johardy.ibrahim@utusangroup.com.my


SKIRTING seluruh badan menyerlahkan rupa maskulin Latio.



LAZIMNYA, sesebuah syarikat pembuat kereta akan mula memperkenalkan
model dipertingkatkan (facelift) apabila sesebuah model melewati dua
tahun di pasaran.

Bagaimanapun, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) tidak mahu
menunggu sebegitu lama untuk memperkenalkan varian ditala (tuned-up)
Nissan Latio.

Ditala khas oleh Impul, iaitu syarikat talaan khas yang sering
bekerjasama dengan Nissan Motor Company global, ia disasarkan untuk

golongan muda yang gemarkan kereta bergaya dan bertenaga. Ia juga memberi pilihan aksesori yang bukan sahaja tulen tapi pada harga yang sah. Keseluruhan pakej aksesori Impul bernilai RM10,500.

Latio ini diperagakan dengan rim berjejari yang ringan iaitu rim aloi 17 inci Impul Ns GTII, malah penambahan skirting sisi, hadapan dan belakang menjadikannya lebih garang dan bergaya.

Lain-lain ialah sistem gantungan sport Impul dan peredam bunyi ekzos Impul Blast II.

Teknologi Impul Aerokit menyerlah penampilan dinamik Latio dengan padanan set jeriji depan baru, spoiler dan skirt sisi yang menjadi mercu kecemerlangan Impul dalam mempertingkatkan prestasi kenderaan.

Sistem gantungan berprestasi tinggi Impul pula dipadankan dengan penyerap dan spring rekaan khas bagi pemanduan kenderaan harian selain ketinggiannya direndahkan sehingga 25 mm.

Ini mewujudkan kestabilan maksimum ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, daya aerodinamik unggul di laluan lurus selain kecekapan membrek yang cemerlang.

Kemantapan berkenaan turut dipertingkatkan dengan rim aloi keluaran Impul berwarna emas dan perak seberat 6.48 kg bagi mengoptimumkan pengendaliannya di jalan raya.

Model terbaru yang dipertingkatkan itu dikeluarkan secara terhad dan disasarkan kepada pelanggan yang mahukan jentera lebih berkuasa di jalan raya. Serentak pengenalan model Latio dengan penalaan Impul ini, pembangunan untuk mengeluarkan alat ganti Impul secara tempatan sudah bermula.

Versi 1.6 ST (M) ialah RM94,386, 1.6 ST (A) (RM98,705.50), 1.6 ST-L (A) (103,715.50), 1.8 Ti (A) (RM107,744.30) dan Sport 1.6 ST-L (A) (RM105,587.50).

-utusan online
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3720

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum