FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Nissan Grand Livina AUTECH | Harga dari RM105,800.00

View previous topic View next topic Go down

Nissan Grand Livina AUTECH | Harga dari RM105,800.00

Post by Palladium on Thu 09 Aug 2012, 4:55 am

Livina AUTECH untuk balik kampung



GRAND LIVINA AUTECH


KUALA LUMPUR 9 Julai - Kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional paling laris di Malaysia, Nissan Grand Livina menawarkan penambahbaikan luaran daripada syarikat penalaan profesional bagi kereta Nissan dari Jepun, AUTECH.

Grand Livina AUTECH yang serba baru itu mengekalkan enjin 1.8-liter MR18DEm, kini didatangkan dengan jeriji depan krom yang besar disusuli bamper depan baru juga dengan kemasan krom.

Nissan Grand Livina AUTECH wajah baru itu tampil dengan rim roda aloi AUTECH 15-inci 6-mata. Penampilannya lebih mantap dengan kemasan intan, dengan tekstur berwarna logam pada setiap mata.

Model dipertingkatkan itu juga menampilkan warna baru Bronze Gold dan tapisan filem tingkap V-Kool Solargard Armorcoat.

Kabin dalaman juga dihias mewah dengan sarung kulit berwarna perang atau hitam beserta sistem bersepadu multimedia dan navigasi iaitu paparan sentuh 7-inci petunjuk GPS dengan kamera mengundur, pemain DVD, USB dan sambungan Bluetooth.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, pelancaran Nissan Grand Livina AUTECH baru itu seiring dengan musim 'balik kampung.'

"Dikenali kerana pemanduan ala-sedan, perjalanan yang lancar dan pengendalian semasa menempatkan tujuh penumpang dengan selesa; ia adalah kenderaan yang tepat untuk diguna pulang ke kampung pada musim cuti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harga atas jalan bagi Nissan Grand Livina AUTECH baru ini bermula daripada RM105,800.00 (Semenanjung Malaysia) dan kini terdapat di semua bilik pameran Edaran Tan Chong Motor di seluruh negara.

-utusan malaysia
avatar
Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 307
Umur : 38
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3663

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum