FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian

View previous topic View next topic Go down

Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian

Post by Info Bola Sepak on Mon 03 Sep 2012, 3:32 pm

ARKIB : 26/09/2009

Pulau Perhentian Kombinasi laut dan rimba


Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my


PERSEKITARAN resort yang bersih menjadikan suasana percutian seperti di kampung sendiri.



KEHIDUPAN di bandar sememangnya memenatkan. Sebagai ganjaran pada diri sendiri, percutian ke pulau yang banyak terdapat di perairan negara ini kini menjadi trend bagi warga kota untuk menyegarkan fikiran akibat beban kerja.

Memang benar, pemandangan indah dan suasana damai di pulau adalah ‘spa’ terbaik untuk memulihkan semula semangat selepas sekian lama terperangkap dalam kesibukan.

Namun kebebasan tanpa kerenah pejabat dan deringan telefon boleh membuatkan masa begitu pantas berlalu. Sehari dua di pulau sekadar cukup, tetapi tidak pernah memuaskan.

Untuk percutian yang lebih lama, kos pula perlu difikirkan. Tetapi bagi yang lebih mengutamakan masa berbanding keselesaan penginapan (mengikut taraf atau bintang), tempoh percutian pasti dianjak.

Untuk percutian lebih lama, persinggahan ke Panorama Resort & Chalet (Panorama) di Pulau Perhentian, Terengganu mungkin pilihan penginapan yang tepat.

Dari jeti Kuala Besut, bot membawa saya ke pantai Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Dari jauh papan tanda resort jelas terpampang dan tidak sampai lima minit berjalan kaki, penulis sudah berada di kaunter pendaftaran.

Landskap resort yang bersih dan redup dipenuhi pokok-pokok hutan rendang membuatkan hati tidak sabar untuk berehat melepaskan penat dilambung ombak seketika lalu.

Resort bajet


Resort bajet sederhana itu menawarkan pelbagai pakej penginapan selesa pada harga berpatutan serendah RM30 hingga RM200 semalam.

Pemilik Panorama, Masron Mustafa berkata, resort yang diambil alih daripada bapanya sejak 1996 itu kini antara yang paling popular di pulau itu serta mendapat ulasan baik di dalam laman web, Lonely Planet.

“Murah dan selesa. Itulah yang menjadi tarikan terutama di kalangan pelancong ke resort ini.

“Selain itu, tarikan yang terletak berhampiran resort membuatkan ada yang melanjutkan penginapan sehingga berminggu-minggu, terutama pelancong luar negara,” ujarnya.

Keselesaan tinggal di situ juga dilengkapkan dengan pusat selam, Internet, kedai runcit, perkhidmatan dobi, pakej snorkeling dan juga aktiviti rekreasi lain.

Sementara itu, Masron menasihatkan mereka yang datang untuk menyelam skuba supaya membuat tempahan selaman dan penginapan terlebih dahulu kerana pusat selam (Panorama Diver) yang baru dibuka itu sentiasa ‘sibuk’.

“Pakej selam skuba ditawarkan pada harga RM70 untuk satu selaman bot atau pelanggan boleh mendapatkan pakej lima selaman bernilai RM335.

“Selain itu, pakej snorkeling termasuk persinggahan di Kampung Nelayan juga disediakan pada harga RM45 seorang,” tambahnya.

Selepas mencuba tiga selaman di Batu Layar dan Terumbu Tiga yang dikendali oleh ketua selam di pusat itu, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kelengkapan yang disediakan.

Selain pada apa yang dibayar pengunjung, suasana di pantai itu sendiri adalah satu tarikan. Keramahan setiap individu yang ditemui dan juga pantai-pantai yang sentiasa meriah dengan sukan pantai pada setiap
petang.


RESTORAN Panorama yang menyediakan menu enak dan ruang selesa kepada pengunjung.


Restoran Panorama

Pada sebelah malam, Masron menghidangkan Pizza Seafood yang menjadi pilihan utama di restorannya. Sememangnya lazat, selain itu menu-menu istimewa termasuk lazagnia dan masakan Mexico iaitu Beef Tacos.

Sebagai pencuci mulut, pelanggan boleh menikmati milkshake atau mencuba produk terbaru iaitu aiskrim goreng dan buah-buahan campuran.

Masron memberitahu, restoran yang mampu memuatkan sehingga 180 orang pada satu-satu masa itu turut dikunjungi penghuni dari resort-resort berhampiran.

“Makan malam di restoran yang dikelilingi pokok dengan irama desiran ombak memberikan pengalaman yang cukup tenang dan romantik,” ujarnya.




sumber: Utusan Malaysia

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3842

View user profile

Back to top Go down

Percutian bajet di pulau Perhentian

Post by Info Bola Sepak on Mon 03 Sep 2012, 3:37 pm

ARKIB : 09/01/2011
Percutian bajet di pulau Perhentian

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH



PENGUNJUNG tempatan turut menjadikan Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian pilihan mereka.
MOMEN indah bersantai di tepian pantai sambil dihiburkan deruan ombak mengikat kenangan sepanjang bercuti di Pulau Perhentian baru-baru ini.

Bayu berpuput lembut serta keindahan butir-butir pasir yang melandai menambahkan lagi keasyikan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Justeru andai kata anda ingin kembali kepada kenangan manis percutian itu, berkunjung saja ke Fauna Beach Chalet yang terletak di Pulau Perhentian, Terengganu.

Di sana, pemiliknya, Suhaimi Ibrahim jelas bijak menggabungkan mencantumkan satu suasana menarik apabila keindahan alam bersatu dengan kemeriahan muzik dan menu makanan yang menggamit selera.

Ternyata hasil ilham kreatif Suhaimi atau nama panggilan pulaunya, Mie Fauna menjadikan calet itu berbeza daripada destinasi percutian pulau di negara ini.

Fauna Beach Chalet sudah 15 tahun beroperasi. Paling menarik untuk dikongsi, calet itu sering tumpuan pengunjung luar negara selain para penyelam yang obses dengan aktiviti selam.

Kalau begitu, kita lihat apa lagi kemudahan yang disediakan calet itu hingga penuh sepanjang waktu kecuali musim monsun bermula November hingga Februari.

Menjamu selera

Tarikan utama semestinya sajian yang disediakan seperti masakan Western antaranya pasta, spageti, burger, kentang goreng, fish n chip, stik dan ikan panggang.

Bagi pengunjung tempatan, jangan risau kerana pelbagai juadah tempatan menanti anda seperti pelbagai jenis menu tengah hari seperti kari ayam, daging, ikan, masak lemak, masak asam pedas, selain mihun goreng, mee goreng dan nasi goreng.

Mereka yang sukakan makanan panas dan pedas seperti sajian ala Thai juga boleh mendapatkan tom yam, ikan masam manis dan ikan masak stim.

Air minuman pula sedia membasah tekak seperti aiskrim, banana shaked, jus buah-buahan serta minuman panas.

Anda boleh memilih untuk makan di meja makan yang betul-betul berhadapan pantai.

Jelas Suhaimi, ruang menjamu selera itu cukup sesuai buat keluarga mahupun mereka yang datang makan bersama rakan-rakan.

Bagi menambahkan keindahan malam, terdapat kumpulan muzik akan menghiburkan pengunjung dengan koleksi lagu-lagu evergreen dan nostalgia setiap malam.

Bagi pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka juga berpeluang menjelajah hutan mengelilingi pulau selama dua jam untuk melihat secara dekat pelbagai spesies tumbuhan.

Pengunjung juga boleh mencuba kemudahan rekreasi termasuklah bermain bola tampar, bola sepak pantai selain dapat menguji keberanian dengan memancing dan berkenu berhadapan cabaran gelora ombak.

Menurut Suhaimi, calet tersebut merupakan konsep percutian bajet dan santai di mana pengunjung tidak perlu risau dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.

Harga berpatutan

“Fauna Beach Chalet menawarkan harga bilik yang berpatutan serendah RM55 untuk para pengunjung. Malah jika pengunjung memilih pakej tiga hari dua malam di sini, harga yang ditawarkan serendah RM300 seorang.

“Mungkin ramai yang terkejut dengan harga ini kerana ramai sering menyangka percutian di pulau memerlukan kos yang besar walaupun hati meronta untuk ke sini,” katanya tersenyum.

Pihaknya turut mengalu-alukan sesiapa saja untuk mengambil pakej lesen menyelam di calet itu yang boleh menempatkan 80 orang pada satu-satu masa.

Pakej yang ditawarkan adalah RM1,300 meliputi makan, minum, tempat tinggal, BBQ, pengangkutan dari jeti, lesen menyelam dan aktiviti pembelajaran.

“Fauna Beach Chalet menjanjikan percutian berbaloi wang ringgit bagi mereka yang gemarkan keindahan alam semula jadi.

“Apatah lagi kami mempunyai 33 bilik meliputi jenis banglo, calet berhawa dingin dan calet berkipas yang menanti pengunjung,” katanya.

Biarpun dianggap percutian bajet, Suhaimi menegaskan, pihaknya mementingkan tahap perkhidmatan berkualiti dan suasana damai yang eksklusif.

Ini kerana dia mahu pengunjung pulang dengan rasa berpuas hati selepas menikmati suasana rehat yang menyeronokkan.

Paling penting katanya adalah mutu perkhidmatan kakitangannya yang memberi layanan mesra mereka kepada pengunjung sepanjang masa tanpa mengira sama ada tempatan mahu luar negara.


sumber: Utusan Malaysia

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3842

View user profile

Back to top Go down

Flying fox di Pulau Perhentian

Post by Info Bola Sepak on Mon 03 Sep 2012, 3:39 pm

ARKIB : 20/08/2011

Flying fox di Pulau Perhentian

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my



FLYING fox merupakan daya tarikan terbaharu di Pulau Perhentian.
BANYAK aktiviti riadah boleh dilakukan di Pulau Perhentian, Terengganu. Selam skuba, snorkeling, jelajah hutan, bersantai dan melihat penyu antara aktiviti yang sering dilakukan apabila berada di pantai dan pulau.

Yang pasti, apa yang dilakukan di Pulau Perhentian, juga terdapat di pulau-pulau lain seperti Tioman, Redang, Tenggol, Kapas, Mabul dan Lang Tengah.

Namun, jangan terkejut jika anda berkunjung semula ke Pulau Perhentian kerana kini terdapat satu daya tarikan terbaharu iaitu aktiviti ‘flying fox’.

Tarikan terbaharu ini mungkin satu-satunya sahaja yang terdapat di situ berbanding dengan pulau-pulau lain.

Flying fox yang terdapat di penginapan D’Lagoon di Pulau Perhentian Kecil itu sering mendapat perhatian pengunjung sejak ia dipasang lebih sebulan lalu.

Apa yang menarik, pengunjung yang menginap di D’Lagoon tidak dikenakan bayaran apabila mencuba aktiviti berkenaan.

Flying fox itu yang dipasang pada ketinggian 15 meter dengan jarak 120 meter, begitu menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.

Mereka yang melakukan aktiviti flying fox berkenaan pasti berasa kagum kerana dapat merasai suasana yang berbeza.

Apa tidaknya, bermula di kawasan hutan dan berbatu, flying fox tersebut melalui kawasan pesisir pantai dengan pemandangan laut dan bukit dan seterusnya mendarat di atas pasir di tepian pantai berhadapan D’Lagoon.

Anda juga jangan terkejut, kerana cubaan kali pertama melakukan flying fox akan membawa kepada keinginan untuk mencubanya kali kedua.

Inilah antara perasaan mereka yang mencubanya setelah dapat melihat keindahan apabila ‘terbang’ bersama flying fox di D’Lagoon.

Bagi yang ingin mencubanya, kakitangan D’Lagoon terlebih dahulu akan memastikan tali untuk aktiviti flying fox tersebut selamat digunakan sebelum membenarkan pengunjung mencubanya.

Mungkin ada yang tertanya apakah flying fox di D’Lagoon itu selamat?

Yang pasti, pemasangan tali itu mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

Pengusaha D’Lagoon sendiri yang merupakan bekas pegawai tentera selama 10 tahun, menggunakan pengalaman serta kemahirannya untuk memastikan flying fox itu selamat.

Malah, apabila ditanya, pengusaha D’Lagoon itu memberitahu, antara latihan yang dilalui semasa dalam pasukan tentera ialah melakukan flying fox.

Sehubungan itu, beliau menggunakan pengalaman semasa dalam tentera itu untuk mewujudkan aktiviti flying fox bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan aktiviti berkenaan.

Tarikan terbaharu di Pulau Perhentian itu secara tidak langsung berjaya menarik kehadiran pengunjung yang mahukan kelainan apabila berada di pulau berkenaan.

Bagi mereka yang ingin mencuba flying fox selain aktiviti skuba, treking, snorkeling dan bersantai di Pulau Perhentian, boleh menghubungi pengusaha D’Lagoon di talian 012-9850678.


sumber: Utusan Malaysia

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3842

View user profile

Back to top Go down

Re: Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian

Post by Palladium on Wed 22 Oct 2014, 5:17 am

devil

Palladium
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri :
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 312
Umur : 38
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 3405

View user profile

Back to top Go down

Re: Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian

Post by Info Bola Sepak on Mon 10 Aug 2015, 7:14 am

jalan-jalan hujung minggu

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 762
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 3842

View user profile

Back to top Go down

Re: Percutian & Bulan Madu di Pulau Perhentian

Post by Sponsored content Today at 2:59 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum