FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Thu 08 Nov 2012, 10:41 pm

Jentera The Red Giants lengkap

NORASHIKIN LEMAN

8 November 2012




Khidmat Balaban (tengah) tidak lagi diperlukan FAS pada kempen Liga M 2013.


DIBERI kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk terus mengendali pasukan Selangor, Irfan Bakti optimis untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Mengakhiri musim 2012 tanpa sebarang piala apabila sekadar menduduki tangga ketiga Liga Super dan separuh akhir bagi Piala Malaysia, Irfan kini menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala menjadi milik skuad Merah Kuning.

"Berada di tangga kedua dan ketiga sudah sinonim dengan Selangor. Jadi kita mahu mengubah 'laluan' untuk menjadi yang pertama," katanya.

Dalam masa sama, meskipun sudah mempunyai senarai lengkap pemain untuk menghadapi saingan musim depan, Irfan bagaimanapun masih belum lagi memutuskan siapa yang bakal mengetuai jentera The Red Giants.

Bakal memulakan latihan penuh pra musim pada 15 November, pengendali berusia 61 tahun yang pernah menjulang Terengganu muncul juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super pada musim 2011 berkata, tidak kira pemain baru ataupun lama, dia mahu mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan melipatgandakan usaha untuk Selangor.

Mengekalkan 12 pemain lama dan membawa masuk 11 pemain baru; bekas import Terengganu, Francis Forkey Doe yang menggantikan tempat Bosko Balaban akan digandingkan dengan Afiq Azmi (Kuala Lumpur) dan juga Amri Yahyah untuk menggalas tanggungjawab di bahagian serangan.

Selain itu, Mahali Jasuli (Harimau Muda A), Mohd Fairuz Abdul Aziz (Sime Darby), Abdul Shukur Jusoh (Terengganu) dan Ramzul Zahini dari Kelantan pula dipilih untuk membarisi jentera pertahanan skuad Merah Kuning.

Di bahagian tengah pula Selangor menagih khidmat dari S Kunalan yang berhijrah dari Negeri Sembilan serta V Kavichelvan dari Harimau Muda.

Sharbinee Allawee yang dilepaskan oleh Terengganu pula akan mengisi posisi penjaga gol Selangor.


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Wed 14 Nov 2012, 9:18 am

Isu Mat Yo: PBNJ tunggu surat Kafa

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

14 November 2012




Norsharul Idlan Talaha


PERSATUAN Bola Sepak Johor (PBNJ) belum menerima surat hitam putih daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenai persetujuan melepaskan Norsharul Idlan Talaha menerusi "perpindahan biasa."

Menurut sumber, selagi belum menerima sebarang surat daripada Kafa, PBNJ tidak boleh mengulas mengenai isu tersebut.

"Buat masa ini, PBNJ masih belum menerima surat daripada Kafa.

"Lagipun, hari ini Johor cuti, jadi sama ada surat itu sudah sampai ataupun tidak belum pasti. Kita lihat macam mana nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang memberi masa tujuh hari kepada Johor membalas dan menerima tawaran perpindahan tersebut.

Semalam, Sinar Harian Online melaporkan bahawa Annuar bersetuju untuk melepaskan tonggak utama Harimau Malaya ke Johor menerusi "perpindahan biasa."

Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.

Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya, Annuar berkata, pihak PBNJ mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran Kafa dan andai Johor menerimanya maka Mat Yo akan sah menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu.


-Sinar Harian


Last edited by Info Bola Sepak on Wed 14 Nov 2012, 9:25 am; edited 1 time in total
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Wed 14 Nov 2012, 9:20 am

Mat Yo enggan komen

Wartawan Sinar Harian

14 November 2012




Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo


PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo enggan mengulas lanjut berita terkini mengenai pelepasannya ke Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), musim depan.


Semalam, media melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa sedia melepaskan tonggak utama Harimau Malaya ke Johor, namun bersyarat.


“Tiada komen buat masa ini. Saya serahkan segala keputusan ini kepada Kafa,” katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Dalam pada itu, kelibat Mat Yo tidak kelihatan di padang Wisma FAM, semalam, menjelang aksi persahabatan berdepan Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam ini.

-Sinar Harian


Last edited by Info Bola Sepak on Wed 14 Nov 2012, 9:23 am; edited 1 time in total
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Wed 14 Nov 2012, 9:21 am

Azman Lepas Jawatan Pengurus Kelantan, Mat Yo Dibenar Ke Johor Dengan Bersyarat

KOTA BAHARU, 13 Nov (Bernama) -- Desas-desus mengatakan Azman Ibrahim akan berundur sebagai pengurus pasukan The Red Warriors pada musim hadapan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan peletakan jawatannya itu.

Azman yang menjadi pengurus pasukan bola sepak Kelantan sejak 2005 berkata, ia masa yang tepat untuk beliau berundur selepas Kelantan berjaya menggondol kejayaan treble dengan menyapu bersih ketiga-tiga piala dalam saingan Liga Super, FA dan Piala Malaysia musim ini walaupun Kelantan pada suatu ketika dahulu pernah bermain di Liga FAM.

"Saya bersyukur dapat bersama Kelantan dalam saat kegemilangan dan harap The Red Warriors lebih berjaya pada masa hadapan. Saya percaya Bojan (Hodak) boleh lakukan tugas sebagai pengurus walaupun pada masa yang sama menjadi jurulatih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan perarakan tiga piala itu, di sini, Selasa.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya dipetik sebagai berkata Kafa membuat keputusan untuk melantik Bojan Hodak sebagai Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan selepas Azman yang juga Setiausaha Agung persatuan tersebut memohon untuk tidak menjadi pengurus pasukan pada musim 2013.

Bagaimanapun Azman masih kekal sebagai Setiausaha Agung KAFA.

Sementara itu, Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail berkata penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dilepaskan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) jika persatuan itu bersetuju dengan syarat-syarat KAFA.



-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Wed 14 Nov 2012, 9:39 am

Rozaimi dilamar Harimau Muda A

KUALA LUMPUR - Penjaring 10 gol dalam Kelayakan Kejohanan Bawah 22 Tahun Asia di Myanmar, Jun lalu, Rozaimi Abd. Rahman merupakan antara sembilan muka baru yang ditawarkan menyertai Harimau Muda A.

Nama penyerang muda Sabah itu disenaraikan ke skuad bawah 23 tahun ini khususnya bagi mempertahankan pingat emas Malaysia pada Sukan SEA XVII di Nay Pyi Taw, Myanmar, tahun depan.

Kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam menyebut, turut ditawarkan menyertai skuad bimbing Ong Kim Swee ialah bek kanan Kelantan - Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim.

Pemain pertahanan yang membantu Wira Merah menjulang Piala Malaysia, bulan lalu itu kini turut disenaraikan ke kem latihan skuad negara bagi menghadapi Piala Suzuki AFF mulai 25 November ini.

Turut ditawarkan ke Harimau Muda A ialah bek kiri negara dari Terengganu yang turut beraksi menentang Thailand dalam persahabatan antarabangsa di Bangkok, Rabu lalu, Muhammad Zubir Mohd. Azmi.

Dua pemain Perak, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan D. Kenny Pallraj di samping Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS), Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM) dan Adam Nor Azlan (SSBJ) turut dipanggil.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121110/su_07/Rozaimi-dilamar-Harimau-Muda-A#ixzz2C9n7qd9t
© Utusan Melayu (M) Bhd

avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Thu 15 Nov 2012, 3:26 pm

Mat Yo Mungkin Kekal Bersama Kelantan Jika Johor Tidak Terima Syarat KAFA

KOTA BAHARU, 14 Nov (Bernama) -- Penyerang sensasi Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mungkin kekal bersama Kelantan pada Liga Super musim depan jika Johor tidak bersetuju dengan syarat dan terma perpindahan yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA terpaksa menanggung kos berjumlah hampir RM1 juta termasuk pemberian insentif ketika mengikat kontrak selama dua tahun dengan pemain itu pada tahun ini.

Mat Yo, yang dipilih sebagai 'Pemain Paling Bernilai' dalam anugerah bola sepak kebangsaan 2012 baru-baru ini, masih mempunyai kontrak selama 13 bulan dengan persatuan itu.

Annuar berkata nilai pakej gaji Mat Yo untuk dua tahun berjumlah RM800,000 tidak termasuk bonus antara RM70,000 dan RM80,000 setahun.

"Kita kena hitung kos untuk menanggung Mat Yo bukan sahaja gaji tetapi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemberian khusus setiap kali menang anugerah selain pemberian gratuiti.

"Mat Yo kahwin kita bagi hampir RM100,000. Itu semua kos yang kita terpaksa kira," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perarakan tiga piala di pejabat Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, di sini, Rabu.



-- BERNAMA

avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Thu 15 Nov 2012, 3:45 pm

Ramzul tekad julang Selangor

Wartawan Sinar Harian

10 November 2012




Penyerang baru The Red Giants, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (kiri) mahu membuktikanpenghijrahannya ke Selangor tidak sia-sia. Foto: FAM


PENYERANG baru The Red Giants, Muhammad Ramzul Zahini Adenan tekad membuktikan penghijrahannya ke pasukan itu tidak sia-sia.

Ramzul mengubah haluannya dari Kelantan berazam mencari pengalaman baru di bawah bimbingan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

“Memang berat ketika membuat keputusan meninggalkan Kelantan, kerana di sini tempat saya membesar. Tetapi tidak salah jika penghijrahan itu baik untuk kerjaya saya.

“Tidak semestinya berada luar Kelantan saya tidak boleh berjaya. Ini peluang saya dan saya akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya tekad membantu Selangor menjuarai trofi musim depan.

Tidak menafikan kurangnya penampilan ketika bersama The Red Warriors menjadi antara faktor mengapa beliau mahu mengubah angin ke Selangor.

Sementara itu, beliau yang menandatangani kontrak selama dua tahun bersama The Red Giants menyifatkan senarai 23 pemain baru pasukan itu mampu membuka peluang Selangor untuk menamatkan kemarau trofi kejuaraan.

“Musim depan Selangor dibarisi ramai pemain muda dan beberapa pemain lama. Dengan gabungan ini, saya yakin Selangor mampu melangkah lebih jauh dan sekurang-kurangnya merangkul satu piala,” katanya.


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Thu 15 Nov 2012, 3:47 pm

Sabah dapat khidmat bekas pemain Arsenal

Wartawan Sinar Harian

10 November 2012




Bekas pemain remaja Arsenal, Rhys Weston


BEKAS pemain remaja Arsenal, Rhys Weston dikatakan bakal menyarung jersi Sabah dengan kontrak selama setahun dalam tempoh terdekat bagi saingan Liga Perdana, musim depan.

Sabah yang kini menggunakan khidmat jurulatih baru, Brit David McCreery, turut menyambung kontrak dua pemain import mereka, iaitu Brendan Gan dari Australia dan Hendrik Helmke dari Jerman setahun lagi.

Weston memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama Arsenal sejak 1999 sebelum beraksi dalam liga bola sepak di Wales, Norway, Iceland dan Scotland.

Kali terakhir pertahanan berusia 32 tahun itu beraksi adalah bersama kelab KR Reykjavik yang berpangkalan di Iceland, selain beraksi sebanyak 7 cap bersama skuad kebangsaan (Wales).


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Thu 15 Nov 2012, 4:01 pm

Zairo, Faiz dalam radar Kelantan

Wartawan Sinar Harian

11 November 2012




Orang lama T-Team, Zairo kini jadi pemain buruan terbaru The Red Warriors.


BEBERAPA nama besar dikaitkan bakal memperkuatkan The Red Warriors bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim depan jika usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu menjadi kenyataan.

Dua pemain T-Team iaitu Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta pemain sayap Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri merupakan tiga pemain yang berada dalam radar Kelantan sekarang.

Menurut sumber dalaman Kafa, rundingan sedang dijalankan untuk membawa masuk dua pemain pasukan berstatus kelab Pantai Timur itu dan Mohd Khyril bagi menyarung jersi The Red Warriors musim depan.

“Ia sebagai usaha untuk menampung kekosongan ditinggalkan beberapa pemain yang mengambil keputusan berhijrah mewakili pasukan lain dalam Liga Malaysia musim depan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

“Memang nama Zairo Annuar (Zailani) dan Mohd Faiz (Subri) berada dalam perhatian Kafa sebelum kempen Piala Malaysia berakhir baru-baru ini. Jika menjadi kenyataan, kehadiran mereka pasti memperkukuhkan jentera serangan pasukan ini.

Menurut sumber itu lagi, pihak Kafa ketika ini sedang meneliti status ketiga-tiga pemain tersebut sebelum mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pasukan asal masing-masing.

Juara treble itu kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Mohd Nurul Azwan Roya yang berhijrah ke Johor, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak), selain Norshahrul Idlan Talaha yang juga dikhabarkan berminat mewakili Johor pada musim depan.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut mengesahkan pihak Kafa juga sedang berusaha untuk memancing Mohd Khyril Muhymeen, yang mana kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berakhir hujung bulan ini.

“Memang Presiden Kafa (Tan Sri Annuar Musa) ada menghubungi bapa Mohd Khyril Muhymeen, baru-baru ini untuk bertanya khabar mengenai kedudukan pemain tersebut dengan Kedah.

“Namun, ia masih dalam proses rundingan awal memandangkan pemain tersebut sibuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki, penghujung bulan ini.

“Begitu pun setakat ini, rundingan tersebut menampakkan perkembangan positif. Kalau Mohd Khyril Muhymeen bersetuju dengan tawaran dikemukakan, Insya-ALLAH, mungkin dia bersama Kelantan pada musim depan,” katanya.


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Fri 16 Nov 2012, 9:42 am

Badd terus membisu

Wartawan Sinar Harian
15 November 2012




Penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar


PENYERANG Kedah, Baddrol Bakhtiar masih menutup mulut mengenai soal perpindahannya yang kini dikaitkan menyertai skuad Kelantan bagi kancah Liga Malaysia 2013.

Pemain pasukan Harimau Malaya itu jadi perhatian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) selepas bakal kehilangan Norshahrul Idlan Talaha yang dikatakan bakal berhijrah ke Johor musim depan.

"Saya pun tahu nak cakap bagaimana. Berikanlah saya masa untuk fokus pada Piala AFF Suzuki 2012 terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara ini," katanya.

Baddrol yang juga kapten Kedah pernah diintai kelab Indonesia, Pelita Jaya FC namun memilih kekal setia di Alor Setar pada saingan musim ini.

Kebanyakan peminat Hijau Kuning masih berharap Baddrol sudi menyambung kontrak baru bersama Kedah dalam usaha mengembalikan semula maruah pasukan itu yang terpaksa bersaing dalam saingan Liga Perdana tahun depan.


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Fri 16 Nov 2012, 9:43 am

Duo Croatia perkuat Sime Darby

Wartawan Sinar Harian

15 November 2012




Karlo Primorac permata baru Sime Darby bagi musim baru Liga Perdana 2013. - Foto Subkhi Sudarji


TERLEPAS peluang bersaing dalam Liga Super musim depan, pasukan kelab Sime Darby FC bagaimanapun tetap positif untuk meneruskan saingan Liga Perdana 2013 yang dijangka bermula Januari nanti.

Meskipun kehilangan beberapa pemain yang pulang ke negeri masing-masing, pengendalinya, Ismail Zakaria berkata, keadaan tersebut sedikitpun tidak menjejaskan perancangan awal beliau.

“Kita masih ada beberapa pemain tonggak yang masih kekal termasuk dua pemain import baru dari Croatia, pemain tengah, Goran Perak (26 tahun) dan penyerang, Karlo Primorac (28 tahun).

"Kedua-duanya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh dan Santos Pinto. Malah, memandangkan mereka berasal dari negara yang sama, kita berharap mereka mudah untuk mencapai keserasian di atas padang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam masa sama, Ismail berkata, senarai penuh skuad Sime Darby 2013 hanya akan diketahui selepas latihan pemilihan bersama tiga penyerang tempatan, Mohd Fadzli Saari (T-Team), Juzaili Sameon (Felda United) dan Shafiq Jamal (Perak) dan beberapa pemain baru diadakan.


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Info Bola Sepak on Fri 23 Nov 2012, 9:12 am

Liga Malaysia: Senarai barisan pemain, pegawai Kelantan 2013

Wartawan Sinar Harian
21 November 2012

Berikut ialah senarai barisan pemain dan pegawai Liga Malaysia Kelantan musin depan, yang dikeluarkan malam tadi.

Pegawai

Bojan Hodak

Wan Badri Wan Omar

Kamarudin Muhammad

Zahasmi Ismail

Ismail Chawalit

Mohamad Naim

Zainudin Fisio

Harun Ismail

Md Zuki Deraman

Pemain

Penjaga gol

Khairul Fahmi Che Mat

Mohd Shahrizan Ismail

Norhadi Ubaidillah

Pertahanan

Mohd Daudsu Jamaludin

Obinna Nwaneri

S Subramaniam

Mohd Farisham Ismail

Azizi Matt Rose

Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim

Zairul Fitree Ishak

Mohamad Ab Aziz Ismail

Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin

Tengah

Mohd Badhri Radzi

Mohd Shakir Shaari

Indra Putra Mahayuddin

Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid

Mohamad Izuan Salahuddin

Mohd Zamri Ramli

Khairul Izuan Rosli

Penyerang


Keita Mandjou

Mohd Norfarhan Muhammad

Mohd Aris Zaidi

Baru

K Nanthakumar (Perak)

Mohd Haris Safwan Md Kamal (Johor FC)

Zairo Annuar Zailani (T-Team)

Mohd Faiz Subri (T-Team)


-Sinar Harian
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum