FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jururawat Kolej Swasta Boleh Memohon Berkhidmat di Hospital Kerajaan

View previous topic View next topic Go down

Jururawat Kolej Swasta Boleh Memohon Berkhidmat di Hospital Kerajaan

Post by MaStErMiNd on Sun 07 Oct 2012, 3:25 pm

1,681 Jururawat Kolej Swasta Akan Berkhidmat Di Hospital Kerajaan - Liow


KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Seramai 1,681 jururawat dari Kolej Kejururawatan swasta akan diambil untuk berkhidmat di hospital kerajaan, akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya sebelum ini bilangan pengambilan itu adalah sedikit sahaja iaitu satu peratus jururawat dari kolej swasta bagi setiap 3,000 pengambilan.

Pengambilan kali ini bertambah bagi menampung kekurangan jururawat di hospital kerajaan selain permohonan yang tinggi dari kolej swasta, katanya.

Liow berkata, menurut rekod Kementerian Sumber Manusia, bilangan pemohon bagi jawatan jururawat meningkat dari 2,500 orang tahun lepas kepada 5,000 permohonan baru-baru ini.

"Setiap tahun kita akan mengambil bilangan ini sehingga pada tahun 2015 kita akan mempunyai lebih kurang 6,726 jururawat daripada kolej swasta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kejururawatan Bencana sempena Persidangan Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-17 Sabtu.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/
avatar
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 391
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 11440

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum