FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

20,000 Pelatih Di Institusi Latihan Kem. Kesihatan Nikmati Kenaikan Elaun | Peringkat Diploma RM1,166.58 & Peringkat Sijil RM835

View previous topic View next topic Go down

20,000 Pelatih Di Institusi Latihan Kem. Kesihatan Nikmati Kenaikan Elaun | Peringkat Diploma RM1,166.58 & Peringkat Sijil RM835

Post by MaStErMiNd on Tue 16 Oct 2012, 9:06 am


IPOH, 15 Okt (Bernama) -- Kira- kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.

Kenaikan kadar elaun itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan beban kos sara hidup yang ditanggung pelatih, katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan, di sini hari ini.

Selain itu kata Liow, kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.

Katanya sebanyak 60,000 jururawat sedang berkhidmat dengan kementerian itu sekarang.

Beliau berkata kementerian juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan kaum bukan bumiputera dalam perkhidmatan kejururawatan sektor awam.

"Kita berharap jumlah itu akan terus meningkat supaya kadar ideal jururawat kepada penduduk di negara dapat dicapai. Ada program khusus di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menarik minat golongan bukan bumiputera sertai sektor awam," katanya.

Liow berkata pada masa sekarang hanya kira-kira 20 peratus bukan bumiputera berkhidmat sebagai jururawat dalam Kementerian Kesihatan dan kadar ideal ialah seorang jururawat bagi 200 penduduk, berbanding 300 orang sekarang.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan buku mewah Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang memuatkan sejarah 50 tahun perjalanannya dalam melahirkan ribuan anggota Sains Kesihatan Bersekutu, sejak penubuhan Kolej Latihan Jururawat yang pertama pada 1947 di Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Sebanyak 9,361 penuntut dari 33 intitusi latihan kementerian itu menerima sijil dan diploma masing-masing pada konvokesyen yang berlangsung selama empat hari sejak Sabtu lepas.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/
avatar
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 391
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 11551

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum