FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Peringkat Akhir Perbincangan Atasi Masalah Pengangguran Jururawat Kolej Swasta - Liow

View previous topic View next topic Go down

Peringkat Akhir Perbincangan Atasi Masalah Pengangguran Jururawat Kolej Swasta - Liow

Post by MaStErMiNd on Mon 29 Oct 2012, 4:30 pm



CAMERON HIGHLANDS, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sedang dalam peringkat akhir perbincangan dan kajian mengenai usaha bagi memastikan jururawat lulusan kolej swasta yang masih menganggur mendapat pekerjaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perdana Menteri supaya graduan jururawat kolej swasta yang menganggur dapat diserapkan dalam Skim Latihan 1Malaysia agar kemahiran mereka dapat ditingkatkan di samping memberi pendedahan yang lebih luas kepada mereka.

"Saya nak tekankan semua jururawat perlu menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat di mana kualitinya dijamin. Apabila mereka lulus maka mereka memenuhi kualiti. Masalahnya mereka tidak berpengalaman dan tiada pendedahan klinikal yang mencukupi," katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat Cina di Tringkap di sini Sabtu.

Oleh yang demikian katanya, peranan hospital swasta turut diperlukan untuk memberi pendedahan dan peluang serta mengambil mereka bekerja.

Beliau berkata selain itu kajian mengenai cadangan pemberian insentif kepada mana-mana hospital swasta yang menggaji graduan jururawat swasta yang telah lulus dalam peperiksaan Lembaga Jururawat turut dijalankan.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/

MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender: Male
Jumlah Post: 451
Umur: 39
Tarikh Register: 19/09/2006
Reputation: 47
Points: 10306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum