FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Perkhidmatan Perubatan Bergerak Perlu Diperluaskan Bantu Jururawat Menganggur

View previous topic View next topic Go down

Perkhidmatan Perubatan Bergerak Perlu Diperluaskan Bantu Jururawat Menganggur

Post by MaStErMiNd on Sat 03 Nov 2012, 9:20 am


KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta memperluaskan perkhidmatan perubatan bergerak terutamanya di luar bandar dalam usaha membantu menempatkan jururawat siswazah yang mengganggur ke dalam sektor pekerjaan.

Pengarah Eksekutif Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad berkata perkhidmatan itu bukan sahaja dapat menangani isu pengangguran malah memastikan masyarakat mendapat manfaat perubatan selain mendekatkan kerajaan dengan masyarakat.

"Lawatan dan rawatan perubatan dari rumah ke rumah terutamanya kepada mereka yang tidak mampu bergerak dan terlantar sakit seperti lumpuh serta tenat dan wanita sarat mengandung seharusnya diperluaskan dan dikembangkan lagi.

"Malah bilangan perjawatan juga boleh ditambah dengan memperluaskan skop penjagaan dan perubatan di pusat asuhan kanak-kanak, pusat jagaan orang tua, pejabat kesihatan dan pusat hemodialisis," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Beliau mengulas mengenai langkah yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu lambakan kira-kira 8,000 siswazah kejururawatan lepasan diploma institusi pengajian swasta yang dihadapi negara sekarang.

Beliau berkata meskipun masih terdapat kekosongan di hospital swasta, namun ia tidak akan dapat menampung keseluruhan siswazah yang menganggur termasuk bakal siswazah kejururawatan yang masih dalam pengajian.

"Hospital swasta tidak mempunyai kemampuan untuk menempatkan kesemua mereka malah hospital swasta tentunya akan memberi keutamaan kepada pelajar dari kolej mereka sendiri, justeru akan wujud kekangan untuk mengambil siswazah dari kolej lain dalam jumlah yang besar," katanya.

Justeru, beliau menyambut baik keputusan kerajaan untuk menyerapkan sekurang-kurangnya 6,700 siswazah kejururawatan secara berperingkat menjelang 2015 iaitu seramai 1,681 orang bagi tahun ini.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/
avatar
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 391
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 11557

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum