FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Rakyat Gembira Dengan Perkhidmatan Sektor Kesihatan Awam - Najib

View previous topic View next topic Go down

Rakyat Gembira Dengan Perkhidmatan Sektor Kesihatan Awam - Najib

Post by Info Bola Sepak on Sat 15 Dec 2012, 7:52 pm



KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Analisis awal Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat gembira dengan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan, yang bermutu tinggi dan mampu bayar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata mereka menyuarakan kebimbangan tentang masa menunggu yang lama, staf tidak mencukupi, fasiliti sesak serta masalah akses.

"Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan jelajah untuk mendapatkan maklum balas rakyat mengenai sistem penjagaan kesihatan sekarang dan idea serta cadangan mereka untuk menambah baik sistem sedia ada.

"Setakat ini, jelajah itu sudah diadakan di 10 negeri. Berdasarkan maklum balas, kita tahu kita perlu tangani tiga bidang penting, contohnya yang pertama mengukuhkan sistem kesihatan awam dan ini kita sedang usahakan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam tahunan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di sini Jumaat.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Najib berkata kerajaan sedang membina lebih banyak fasiliti, menyediakan peralatan yang lebih baik, melatih modal insan berkualiti tinggi, meningkatkan kelayakan petugas serta melaksanakan sistem Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti.

"Sebagai contoh, kita meningkatkan bilangan lulusan perubatan daripada institusi tempatan dan juga luar negara bagi meningkatkan ratio doktor-populasi kita daripada 1:791 pada 2011 kepada 1:400 menjelang 2020.

"Kita juga melanjutkan moratorium sekolah perubatan baharu bagi membolehkan institusi sedia ada mempertingkatkan program mereka dan menghasilkan lulusan yang lebih berkualiti," katanya.

Menurutnya kerajaan juga memberi penekanan kepada pengukuran prestasi dan penambahbaikan dengan memantau petunjuk prestasi klinikal dan lain-lain.

"Kita juga perlu memanfaatkan sepenuhnya apa yang ada dalam sistem penjagaan kesihatan kita seperti membangunkan sinergi antara sektor awam dan swasta," katanya.

Najib juga mencadangkan kerjasama antara kementerian dan pengamal perubatan am swasta dalam meningkatkan pengurusan penyakit kronik.

"Keputusan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan kira-kira 80 peratus pesakit diabetes dan hipertensi kerap mendapatkan rawatan di 985 klinik kesihatan kerajaan dan 141 hospital.

"Ini bukan sekadar mempreskripsi ubatan tetapi yang lebih penting memperkasa pesakit agar membuat perubahan positif dalam gaya hidup mereka untuk menguruskan keadaan kesihatan secara proaktif," katanya.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4195

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum