FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Klinik 1Malaysia Tawar Perkhidmatan Dan Rawatan Terbaik

View previous topic View next topic Go down

Klinik 1Malaysia Tawar Perkhidmatan Dan Rawatan Terbaik

Post by Info Bola Sepak on Thu 27 Dec 2012, 3:06 pm


KOTA KINABALU, 22 Dis (Bernama) -- Klinik 1Malaysia yang beroperasi di Sabah menawarkan kualiti perkhidmatan dan rawatan terbaik kerana diselia dan dipantau rapi di bawah Jabatan Kesihatan Negeri.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata klinik itu dikendalikan oleh barisan pegawai kesihatan kawasan selain pegawai perubatan, ketua penolong pegawai perubatan, ketua jururawat dan penyelia jururawat yang mampu memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada penduduk setempat.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata sebanyak 20 Klinik 1Malaysia yang diwujudkan di seluruh negeri pada tahun ini terus mendapat sambutan positif daripada masyarakat di negeri ini termasuk klinik di Putatan Jaya.

"Saya percaya Klinik 1Malaysia menerima sambutan baik yang menunjukkan penubuhannya mampu memberi perkhidmatan dan kepuasan kepada semua pelanggan sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya ketika berucap merasmikan Klinik 1Malaysia Putatan Jaya di sini hari ini.

Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Petagas berkata Sabah akan menerima tujuh lagi klinik itu pada tahun depan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan selain mengikut keperluan semasa.

Dalam pada itu, katanya sebanyak dua Klinik 1Malaysia dinaik taraf kepada klinik kesihatan iaitu di Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu dan Bandar Leila, Sandakan berikutan kehadiran pesakit yang meningkat sehingga melebihi 100 orang sehari.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi dalam ucapan yang diwakili Pegawai Kesihatan Kawasan Dr Rosila Yahaya berkata seramai 1,551 pesakit menerima rawatan di Klinik 1Malaysia Putatan Jaya sejak mula beroperasi pada 28 September lepas.

Christina berkata selain memberi perkhidmatan rawatan ringan, klinik itu juga berfungsi dikembangkan sebagai Rawatan Dua penyakit TB bagi membolehkan pesakit memilih untuk mengambil ubat harian di klinik setelah disahkan mengalami penyakit itu tanpa perlu ke klinik kesihatan lain.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4132

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum