FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Tindakan tepat mampu selamatkan nyawa

View previous topic View next topic Go down

Tindakan tepat mampu selamatkan nyawa

Post by Info Bola Sepak on Thu 10 Jan 2013, 10:41 pm

Oleh KHAIRIYAH HANAFI





DARI jauh sudah sayup-sayup kedengaran siren ambulans. Seiring bunyi isyarat kecemasan itu, sebuah kenderaan berwarna putih dilihat laju membelah kesesakan lalu lintas di atas jalan raya.

Sementara itu, di bahagian pintu utama unit kecemasan Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), para jururawat dan doktor bertugas telah bersiap sedia menyambut mangsa kemalangan yang dibawa ambulans tersebut.

Sejurus kenderaan itu berhenti, mangsa kemalangan diusung keluar dengan pantas dari perut ambulans.

Kebiasaannya, pergelangan tangan mangsa telah siap diikat dengan gelang berwarna oleh jururawat yang digegaskan ke tempat kejadian kemalangan.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan Permaustautin HPKL, Dr. Thirunavakarasu Pathmanathan, terdapat empat warna gelang digunakan untuk menunjukkan tahap kecederaan yang dialami mangsa.

“Sistem ini sebenarnya digunakan untuk mempercepatkan proses rawatan mangsa seperti merah untuk mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan rawatan segera manakala gelang kuning pula untuk mangsa yang mengalami kecederaan separa kritikal.

“Sementara itu, bagi yang mengalami kecederaan ringan pula, mereka akan diikat dengan gelang hijau.

“Gelang berwarna hitam pula digunakan untuk mangsa yang telah disahkan mati di tempat kejadian,” katanya.


Pemeriksaan mangsa

Thirunavakarasu menjelaskan, sistem yang digunakan itu dinamakan sebagai sistem Triage.


ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mangsa kemalangan dalam sebuah latihan tindakan kecemasan baru-baru ini.



Menurutnya, mangsa yang memakai gelang berwarna merah akan diutamakan dan diberikan rawatan terlebih dahulu memandangkan keadaan mereka yang lemah dan kritikal.

Doktor serta jururawat yang bertugas kemudiannya akan memeriksa mangsa dengan teliti. Melihatkan kepada tahap kecederaan, penggunaan imbasan sinar elektromagnet atau lebih dikenali dengan x-ray turut membantu mengenal pasti sekiranya terdapat tulang-tulang yang patah atau retak.

Mangsa yang mempunyai kecederaan serius dan masih tidak sedarkan diri akan dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala mangsa yang sudah stabil ditempatkan di wad biasa.

Sementara itu, mangsa yang mengalami kecederaan yang tidak kritikal akan ditempatkan di wad biasa selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor serta jururawat yang bertugas. Lazimnya, mereka memakai gelang berwarna hijau dan kuning.

Walaupun dalam keadaan tegang, wajah doktor dan jururawat yang bertugas kelihatan tenang menjalankan tugas masing-masing.

Menurut Ketua Jururawat HPKL, Datin Punithavathy Navaratnam, situasi menyambut dan memberi rawatan pantas kepada mangsa itu merupakan satu perkara yang normal bagi petugas-petugas hospital.

“Kita akan menempatkan seramai enam orang jururawat bertugas dalam satu masa. Namun jika ia melibatkan kemalangan-kemalangan besar, jururawat di bahagian lain akan dipanggil untuk membantu,” katanya.

Tambah Punithavathy, apabila melibatkan insiden kemalangan, jururawat akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Sebuah kumpulan ditempatkan di hospital dan satu lagi akan bertugas di tempat kejadian.


SINERGI kerjasama pihak polis,
pasukan penyelamat, hospital dan orang awam amat penting demi memberi
harapan hidup kepada mangsa kemalangan.




“Jururawat yang berada di tempat kejadian akan ditugaskan untuk memeriksa keadaan pesakit dan mengikat gelang berwarna mengikut keadaan mangsa,” terangnya.

Membuka mata

Latihan tindakan kecemasan yang diadakan baru-baru ini di ibu negara merupakan lakonan senario kemalangan yang membabitkan sebuah bas, van dan motosikal.

Lakonan yang mengambil masa selama 45 minit itu melibatkan seramai 15 orang mangsa selain mencatatkan sebanyak dua kematian.

Inisiatif HPKL dengan kerjasama Prasarana Berhad Negara (Rapid KL), anggota polis serta bomba itu bertujuan mendidik awam untuk bertindak segera bagi mengurangkan risiko kematian di jalan raya.

Ia juga membuka mata banyak pihak tentang tanggungjawab pihak berkuasa, pasukan penyelamat dan tenaga kerja profesional di hospital dalam menangani kes-kes kemalangan besar.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih ramai yang tidak mengetahui tindakan yang wajar diambil apabila berdepan dengan kemalangan.

“Kalau boleh, kita mahu kurangkan lagi 50 peratus daripada tempoh tersebut agar mangsa kemalangan semuanya dapat diselamatkan,” ujar Thirunavakarasu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1026&pub=kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2HaFlPkkE

Hakcipta terpelihara
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4160

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum