FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Wanita Perlu Lengkapkan Diri Dengan Teknik CPR - Rosmah

View previous topic View next topic Go down

Wanita Perlu Lengkapkan Diri Dengan Teknik CPR - Rosmah

Post by Info Bola Sepak on Sun 20 Jan 2013, 4:28 am




KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Golongan wanita di negara ini
disaran melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai bantuan kecemasan
seperti bantuan pemulihan pernafasan kardiopulmonari (CPR) sebagai
persediaan jika berdepan insiden kecemasan membabitkan keluarga
masing-masing, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata dengan adanya ilmu dan kemahiran mengenai CPR, wanita
khususnya para isteri dapat mengambil tindakan segera, jika berlaku
kecemasan, tanpa perlu menunggu kehadiran jururawat atau ambulans sekali
gus mengurangkan risiko kematian.

"Bila belajar CPR ini wanita akan tahu bagaimana nak selamatkan nyawa
suami atau anak-anak mereka terutama jika bayi mereka tercekik susu.

"Tapi pada masa yang sama, kaum lelaki juga khususnya suami mesti
mempelajari teknik CPR supaya dapat membantu isteri dan anak-anak
mereka," katanya ketika berucap melancarkan program senamrobik Perdana
Felda dan Persatuan Wanita Felda (Wada) di sini, hari ini.

Program senamrobik itu dihadiri lebih seribu peserta terdiri daripada petugas Felda serta anggota keluarga mereka.

Rosmah, yang merupakan Penaung Wada berkata hakikatnya kaum wanita
memainkan peranan penting di dalam institusi rumah tangga selain lambang
kekuatan bagi sesebuah keluarga yang sihat.

Menyedari hakikat itu, Rosmah berkata wanita perlu melakukan senaman
kerana melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan, ia
dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal, psikologi dan emosi.

"Dari zaman remaja ke fasa kehamilan, menjadi seorang ibu hinggalah ke
fasa warga emas, ia menuntut kaum wanita agar sentiasa sihat dan cerdas
supaya dapat melalui setiap fasa kehidupan dengan penuh keceriaan,"
katanya.

Rosmah berkata adalah lebih baik aktiviti senaman dilakukan bersama
keluarga kerana ia bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengukuhkan
lagi ikatan kekeluargaan.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4132

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum