FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jururawat tempatan berkualiti

View previous topic View next topic Go down

Jururawat tempatan berkualiti

Post by Puteri Kayangan on Sat 23 Feb 2013, 7:21 am

NORFARHIZA MOHD ATAR

3 Disember 2012








Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai

CAMERON HIGHLANDS - Kualiti jururawat yang dilatih kerajaan di negara
ini berada pada tahap tinggi kerana mereka perlu menduduki ujian yang
dijalankan Lembaga Peperiksaan Jururawat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ramai jururawat
di negara ini sudah diambil bekerja di luar negara terutama di Singapura
dan Arab Saudi.

“Sebanyak 80 peratus graduan kolej swasta yang menduduki peperiksaan
itu telah lulus dan memenuhi standard yang ditetapkan kementerian,”
katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Dewan Serbaguna Tringkap di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, satu insentif untuk menggalakkan
hospital swasta menggaji graduan lepasan kolej kejururawatan di negara
ini sedang dalam peringkat perbincangan akhir oleh kerajaan.

Menurutnya, langkah tersebut adalah bagi mengatasi ‘kehilangan’
jururawat berpengalaman di hospital kerajaan kerana diambil bekerja di
pusat perubatan swasta.

“Masalah dalam kalangan lepasan graduan kejururawatan di kolej swasta
adalah mereka dikatakan tidak berpengalaman dan kurang pendedahan dalam
bidang klinikal.

“Kita juga sudah berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya
graduan kolej kejururawatan mengikuti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
bagi meningkatkan kemahiran mereka namun perkara ini masih lagi berada
dalam kajian,” katanya.


-SINAR
avatar
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri :
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 182
Umur : 25
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 2599

View user profile http://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum