FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by Lord Vlad on Fri 22 Jun 2007, 6:33 am

Pembedahan Caesarean (Kelahiran)
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Pembedahan caesarean merupakan pembedahan yang dilakukan untuk membantu proses kelahiran bayi. Pembedahan caesarean biasanya dilakukan disebabkan beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah :-



  1. Punggung ibu terlalu sempit.
  2. Penyakit yang dihadapi oleh ibu seperti darah tinggi, atau sakit jantung. Penyakit ini meningkatkan lagi risiko ibu sekiranya melahirkan anak secara normal.
  3. Uri bayi tersangkut dibahagian bawah bayi yang menghalang bayi dari keluar.
  4. Bayi lemas di dalam rahim.
  5. Proses kelahiran yang berpanjangan menyebabkan bayi menghadapi risiko lemas disebabkan ibu terlalu letih untuk meneran bayi keluar melalui proses kelahiran biasa.
  6. Usia ibu yang agak lanjut.
  7. Ibu memilih untuk melahirkan secara pembedahan caesarean walaupun mampu melahirkan anak secara biasa.


Secara kasarnya pembedahan caesarean merupakan pembedahan dibahagian perut (abdoment) untuk melahirkan anak. Pembedahan caesarean boleh dilakukan melalui proses tidak sedar (general anestatic) ataupun separuh sedar (local anestatic). Sebagai persiapan untuk pembedahan caesarean, segala bulu roma badan akan dicukur dan tiub akan dipasang pada salur kencing.
Untuk pembedahan separuh sedar ubat epidural akan dimasukkan dibahagian bawah badan untuk mengebaskan bahagian bawah badan. Ibu akan separuh sedar sepanjang proses pembedahan caesarean dan mampu memangku bayi apabila bayi dikeluarkan. Bagi ibu yang menerima epidural, tabir akan dipasang antara doktor dan ibu.
Belahan biasanya dibuat secara mendatar dan pakar bedah akan mengalirkan cecair amonia keluar. Bayi akan dikeluarkan, kadang-kala secara forseps. Ibu boleh mendukungnya ketika uri (plasenta) dikeluarkan. Pembedahan biasanya memakan masa selama 5 minit, sementara 20 minit diperlukan untuk menjahit bekas pembedahan.
Para ibu digalakkan untuk berjalan selepas pembedahan. Sebelum berjalan, ibu perlu berdiri tegak dan kemudian menelekup dengan tangan pada bahagian jahitan agar tidak bergegar. Selepas dua hari pembedahan, ibu boleh menjalankan senaman ringan. Jahitan boleh dibuka selepas lima hari pembedahan kecuali sekiranya menggunakan benang boleh larut.
Secara traditional, pengambilan ubat atau makanan yang mampu menyembuhkan luka-luka seperti air gamat, ikan haruan dan lain-lain adalah digalakkan. Walaupun tiada bukti saintifik yang membuktikan perkara tersebut, tiada juga bukti yang menunjukkan pengambilan bahan tersebut memudaratkan siibu. Malah rawatan traditional ini telah diamalkan turun temurun oleh beribu-ribu orang tanpa apa-apa kesan yang memudaratkan.
Pembedahan caesarean amat selamat dan biasa dilakukan. Bagaimanapun pembedahan caesarean juga mempunyai risikonya tersendiri seperti ubat bius berlebihan yang boleh menyebabkan kematian. Selain itu kos pembedahan, terutama di hospital swasta adalah tinggi. Bagaimanapun risiko yang dihadapi adalah amat kecil dan minima.
Mereka yang akan menjadi ibu adalah digalakkan menjalani pemeriksaan bulanan yang akan memudahkan doktor menentukan cara kelahiran yang terbaik bagi bayi dan siibu. Selamat menyambut orang baru dalam kehidupan anda.

----Forum Paramedik Malaysia-----





Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : PPKP
Gender: Male
Jumlah Post: 2448
Umur: 35
Tarikh Register: 09/10/2006
Reputation: 49
Points: 4279

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

View user profile http://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by ummu_walid on Thu 09 Aug 2007, 3:01 am

hmm nak tanya ckit..ummu melahirkan kedua2 anak secara ceaser. yg pertama kerana poor progress. yg kedua pulak cuba epidural tp bila bukaan 6 cm bb dah lemas so terpaksa ceaser jugak. jadi utk bb yg ketiga adakah peluang untuk bersalin normal besar atau terpaksa ceaser jugak.

ummu_walid
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : typist
Gender: Female
Jumlah Post: 1
Umur: 37
Tarikh Register: 09/08/2007
Reputation: 0
Points: 2663

View user profile

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by profesorclone on Thu 09 Aug 2007, 11:02 am

Biasanya bagi ibu yang pernah melahirkan anak melaui LSCS memang berisiko tinggi untuk melahirkan anak jika jarak terlalu dekat.jika anda inginkan anak yang ketiga jarak untuk mengandungkan anak itu sekurang-kurangnya 7 tahun.ini adalah untuk menggelakkan komplikasi daripada LSCS yang pernah dilakukan pada kelahiran terdahulu.Tidak semestinya kesemua anak yang akan dilahirkan melalui proses LSCS tetapi jika ia berkaitan dengan bayi songsang atau dlm kes previa placenta atau kes2 big baby dan bagi mana2 kes lain yg berisiko saja yang perlu LSCS.kalau puan bernasib baik mgkin anak ketiga nanti akan lahir cara normal atau SVD(spontaneous vaginal delivery)...

profesorclone
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : Paramedik
Gender: Male
Jumlah Post: 651
Umur: 32
Tarikh Register: 03/08/2007
Reputation: 0
Points: 3015

Character sheet
Mutiara Kata saya: Wise Person Will Be Master Of His Mind..Only A Fool Will Be Its Slave..My Brain Is More Useful Than My Face..

View user profile http://www.tagged.com/profesorclone

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by aieyda on Fri 18 Apr 2008, 7:01 pm

mak aiii...dgr operation jer aku dah kecut pewot..
mcmana la aku nnt.. Question

aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri:
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender: Female
Jumlah Post: 4153
Umur: 30
Tarikh Register: 17/04/2008
Reputation: 26
Points: 4484

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

View user profile

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by zamasy20 on Sun 18 May 2008, 2:12 pm

Jom tengok nie... Cool Wink
http://www.youtube.com/watch?v=Q4eN7ACB-q4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=yd8qBexzgF4&feature=related

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 54
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2946

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by nied on Mon 19 May 2008, 11:16 am

sy nie ari2 tgk pembedahan LSCS nie...mcm pnyakit n komplikasi utk pmbedahan......ada kebaikan n kebrukan....tp sy tgkkan ibu-ibu zmn sekrg byk mslh drpd ibu-ibu zmn2 dulu nk branak senang der r nk sibuk belah......

nied
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : penolong pegawai perubatan u29
Gender: Male
Jumlah Post: 380
Umur: 38
Tarikh Register: 31/12/2006
Reputation: 3
Points: 3147

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn merungut jika diberi tugas,lakukan dgn penuh rela,jgn cepat mngeluh,penuhkan jiwa dgn redha,jgn cepat putus asa,kuatkan semangat tekadkan azam....hidup biar berpedoman supaya sentiasa diberkati ALLAH

View user profile

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by zamasy20 on Mon 19 May 2008, 5:20 pm

Biasa le..nied...
ppuan sekarang ni...kalau nak branak boleh booking tarikh deme nak branak...
kalau branak cara svd..susah le cikit...tu pasal deme nak oprate aje...
tapi kalau kat hospital gomen bole ke nied?? Cool Wink

zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender: Female
Jumlah Post: 396
Umur: 54
Tarikh Register: 06/10/2006
Reputation: 0
Points: 2946

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

View user profile

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by zulk on Fri 23 May 2008, 5:48 pm

baby pn hepi kot sbb kluo ikut tingkap..

----Forum Paramedik Malaysia-----




'NEED 4 SPEED'

zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri:
Jawatan : detektif kuman
Gender: Male
Jumlah Post: 701
Umur: 105
Tarikh Register: 29/09/2006
Reputation: 11
Points: 3182

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

View user profile

Back to top Go down

Re: PEMBEDAHAN CAESAREAN (KELAHIRAN)

Post by AhTuck on Sat 24 May 2008, 3:06 pm

nied wrote:sy nie ari2 tgk pembedahan LSCS nie...mcm pnyakit n komplikasi utk pmbedahan......ada kebaikan n kebrukan....tp sy tgkkan ibu-ibu zmn sekrg byk mslh drpd ibu-ibu zmn2 dulu nk branak senang der r nk sibuk belah......

tuh ah,kena lak primid...dia punye ngerang mau penin paler,nak kasi spinal pun susah..hairan gak,org skang sanggup berparut dari bersalin normal..klu terpaksa lain cita,ini siap request.... hehe dunia2.... Wink

AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender: Male
Jumlah Post: 247
Umur: 32
Tarikh Register: 29/03/2007
Reputation: 11
Points: 2838

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum