FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Masalah Tidur, Berisiko Terlibat Kemalangan

View previous topic View next topic Go down

Masalah Tidur, Berisiko Terlibat Kemalangan

Post by Info Bola Sepak on Sun 31 Mar 2013, 5:45 am

Oleh Sakini Mohd Said


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Baru-baru ini penulis menghadiri seminar sambutan 'Hari Tidur Sedunia 2013' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia dan ada kawan-kawan yang mentertawakan tugasan itu.

Walhal 'Hari Tidur Sedunia' diraikan sejak 2009 lagi - bukanlah untuk mengajak orang tidur beramai-ramai pada hari itu - tetapi mahu membangkitkan kesedaran pentingnya tidur bagi setiap individu.

Ramai yang memandang remeh mengenai waktu tidur yang berkualiti, tempoh tidur yang cukup, tidur lewat dan 'melawan' tidur'. Sedangkan penderitaan akibat daripada masalah tidur berpotensi menyumbang seseorang itu kepada pelbagai masalah termasuk risiko terlibat dalam kemalangan.

APAKAH MASALAH TIDUR?

Apakah sebenarnya yang diertikan daripada senario masalah tidur ini sehingga dilabelkan sebagai antara faktor berisiko terlibat kemalangan?

Tambahan pula, kalau dilihat atau ditafsir secara kasar akan perihal masalah tidur ini, ia seolah-olah menampakkannya hanya satu perkara atau situasi biasa bagi setiap manusia normal.

Lagipun tanyalah kepada sesiapa sahaja dan sudah pasti semua daripada kita pernah mengalami kesukaran atau kesulitan tidur pada sesuatu masa.

Ia merupakan suatu keadaan normal dan selalunya bersifat sementara, mungkin dipengaruhi perasaan terlalu gembira, sedih atau terlampau memikirkan sesuatu perkara sehingga menjejaskan rasa mengantuk individu itu.

Bagaimanapun, sekiranya kesukaran merasai nikmat rehat paling berharga dalam diri setiap manusia itu berpanjangan sehinggalah berbulan-bulan lamanya dan menjejaskan rutin harian, anda mungkin mengalami masalah tidur.

Kata Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia (SDSM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, masalah tidur atau dalam istilah Inggeris 'Sleep Disorder', ialah suatu keadaan seseorang itu mengalami kesukaran mendapatkan tidur berkualiti tidak seperti manusia normal.

Ini termasuk serangan rasa mengantuk pada waktu tidak sesuai, tempoh tidur berlebihan, gangguan pernafasan ketika tidur sehingga menyebabkan masa rehat seseorang itu terganggu kerana dia tidak dapat lena serta tingkah laku luar biasa yang bersangkut-paut dengan masalah tidur seperti mengigau, berjalan, bercakap dan sebagainya.

"Masalah tidur ada pelbagai jenis. Antaranya, insomnia, narcolepsy, obstructive sleep apnea (OSA) dan parasomnia. Tetapi, OSA yang merupakan gangguan dikenali melalui kelumpuhan saluran udara yang menghalang penafasan merupakan masalah tidur paling kerap ditemui," katanya kepada Bernama.

APABILA TIADANYA RAWATAN AWAL

Bahayanya dengan masalah tidur ini ialah apabila tiada langkah rawatan awal diambil kerana pelbagai implikasi bakal menghantui kehidupan seharian mereka termasuk tahap tumpuan terjejas ketika memandu.

Sememangnya tubuh badan dan minda segar merupakan kriteria atau syarat utama semasa pengendalian apa-apa sahaja jenis kenderaan di jalan raya.

Dan ini melibatkan pelbagai faktor seperti pengamalan kehidupan sihat dan antara yang penting mendapatkan tidur berkualiti kerana ia berfungsi mengembalikan tenaga anda secara optimum yang hilang selepas seharian bekerja.

Akan tetapi, timbul permasalahan apabila tidur anda kerap terganggu mungkin disebabkan gangguan pernafasan ataupun kesukaran tidur sehingga kelesuan keesokan harinya dan boleh mengundang bahaya apabila memandu, katanya.

Ini bukanlah perkara main-main kerana hanya dengan terlelap sekejap sahaja sudah boleh menyumbang kepada risiko kemalangan, tambahnya.

Walaupun tidak banyak kajian dilakukan di negara ini bagi menghubung kaitkan kecenderungan risiko kemalangan dengan masalah tidur, namun beberapa penyelidikan daripada negara luar mengesahkannya.

Berdasarkan jurnal antarabangsa 'Sleep Medicine Review' mengenai 'The Hazards and Prevention of Driving While Sleepy' (bahaya dan elakkan memandu ketika mengantuk) mendapati kira-kira 20 peratus daripada kemalangan kenderaan berkemungkinan disebabkan faktor mengantuk.

Ia diperkukuh lagi dengan data hasilan daripada jurnal antarabangsa 'Accident Analysis & Prevention' mengenai peranan pemandu mengantuk dalam sesuatu kemalangan, menunjukkan pemandu yang menghadapi masalah tidur mempunyai tujuh kali ganda berisiko mendapat kecederaan akibat kemalangan.

Ini membuktikan bahawa rawatan awal amat penting.

PRODUKTIVITI RENDAH

Rasa lesu, mudah berasa letih dan tidak dapat memberi tumpuan akibat daripada masalah tidur, bukanlah sekadar memberi kesan kepada proses pemanduan kenderaan sahaja malahan ia menular sehingga ke alam pekerjaan.

Kata Dr Muhammad Muhsin, kesukaran mendapatkan tidur berkualiti boleh menyebabkan pekerja tidak fokus, mengganggu pemikiran kognitif sekali gus menyumbang kepada penurunan produktiviti dan prestasi kerjayanya.

Selain itu, ia juga mengakibatkan peningkatan berat badan, kencing manis, serangan jantung, tekanan emosi dan pelbagai penyakit berbahaya lain.

Atas sebab itulah, kesedaran mengenai bahaya masalah tidur dalam kalangan masyarakat harus dipertingkatkan memandangkan hanya satu pertiga daripada mereka yang mengalaminya mendapatkan rawatan profesional.

"Saya rasa kita masih memandang ringan masalah tidur ini kerana kita rasa ia hanya satu komponen biasa. (Walhal) tidur ialah proses fisiologi manusia, proses biasa keperluan manusia seperti makan, tempat tinggal dan sebagainya.

"Jadi, jika kita tidak memenuhi keperluan tidur ia boleh mengganggu implikasi dalam banyak sistem badan kita, disebabkan itulah kesedaran amat penting," katanya.

BERAPA JAM SEHARI?

Untuk mendapatkan tidur berkualiti, individu dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga tujuh jam sehari. Menjadi masalah apabila gaya hidup sesetengah warga kota yang gemar 'menghidupkan malam mereka' sehingga mengganggu masa tidur, berisiko menghadapi masalah tidur.

Tidak terkecuali, mereka yang tidak tetap masa tidurnya juga boleh menjurus kepada rasa tidak segar pada keesokan harinya biarpun mendapat tidur yang mencukupi.

Mengapa?

"Sebaiknya tidur dan bangun pada waktu sama setiap hari. Ini kerana, jam biologi kita telah ditetapkan sedemikian rupa dan sekiranya ia tidak dijadikan amalan, akan mencelarukan proses biologi badan.

"Dan inilah membuatkan kita rasa tidak segar walaupun sudah tidur enam-tujuh jam sehari," katanya.

Disyorkan bagi mereka yang menghadapi kesukaran tidur supaya mengubah gaya hidup dengan memulakan pola tidur sihat. Amalkan budaya menutup telefon apabila berada di ruang tidur, pastikan bilik tidur gelap dan sunyi.

Selain itu, elakkan daripada bersenam empat jam sebelum tidur, pengambilan kafein dan menjadikan bilik tidur sebagai tempat kerja.

Sekiranya masih lagi berlanjutan kesulitan tidur ini, berjumpalah pakar, kerana ia merupakan masalah yang boleh dirawati.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4136

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum