FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jururawat boleh jadi pengarah

View previous topic View next topic Go down

Jururawat boleh jadi pengarah

Post by Info Bola Sepak on Sun 31 Mar 2013, 11:00 am

ARKIB : 24/08/2005

Oleh: WAN NAJIB WAN DAUD


PULAU PINANG 23 Ogos - Jururawat terlatih kini berpeluang untuk memegang jawatan tertinggi, termasuk sebagai pengarah hospital setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan skim itu.

Sebelum ini hanya doktor sahaja yang layak memegang jawatan itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, dengan kelulusan yang diputuskan Januari lalu, jururawat berkelayakan boleh memegang skim jawatan U54 yang setaraf dengan pengarah hospital dan menikmati segala kemudahan.

Pengarah hospital kini menikmati gaji asas sekitar RM6,000 tidak termasuk elaun, kereta dan pemandu.

``Jika sebelum ini secara tradisionalnya jawatan pengarah hospital dipegang oleh doktor, tidak mustahil nanti jawatan tersebut akan diisi oleh jururawat yang bertauliah,'' katanya pada sidang akhbar selepas konvokesyen Kolej Kejururawatan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Kah Choon bagaimanapun berkata, kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melantik jururawat ke jawatan itu kerana ia bergantung kepada kelayakan akademik, pengalaman kerja serta sokongan SPA.

Beliau juga berkata, nisbah jururawat dengan bilangan penduduk di negara ini masih belum mencukupi.

Ketika ini nisbah jururawat berbanding penduduk ialah 1:600 dan jumlah itu masih kurang berbanding 1:200 yang ditetapkan untuk negara-negara membangun.

Kah Choon berkata, ketika ini terdapat 60,000 jururawat yang berdaftar di seluruh negara.

``Setiap tahun seramai 3,000 orang jururawat dikeluarkan iaitu 2,000 dari hospital kerajaan dan 1,000 lagi dari hospital swasta,'' ujarnya.

Menurutnya, kerajaan bercadang mengeluarkan sehingga 5,000 jururawat setahun dan berharap dapat dilaksanakan secepat mungkin.

--- UTUSAN MALAYSIA

avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4166

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum