FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kenali Ketua Pengarah Kesihatan | Dr Noor Hisham

View previous topic View next topic Go down

Kenali Ketua Pengarah Kesihatan | Dr Noor Hisham

Post by Info Bola Sepak on Thu 11 Apr 2013, 11:14 am

Dr Noor Hisham dilantik KP Kesihatan

21 Februari 2013


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac.

Pelantikan Dr Noor Hisham, 50, bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini.

Ali berkata pelantikan Dr Noor Hisham, yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang perubatan.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya dan Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004 dan Pakar Bedah Umum pada 1994.

Dr Noor Hisham, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibilitinya mampu memastikan matlamat dan agenda kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh dan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik," kata Ali. - Bernama
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4132

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum