FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Masalah Lambakan 'Graduan Farmasi'

View previous topic View next topic Go down

Masalah Lambakan 'Graduan Farmasi'

Post by Info Bola Sepak on Fri 26 Apr 2013, 4:51 am


Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kerjaya dunia farmasi, kini semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda untuk memilih jurusan itu sebagai pengajian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ia bertitik-tolak daripada rasa keyakinan tinggi akan prospek kerjaya ini yang secara tidak langsung membuka kepada lebih banyak pintu penawaran pengajian sedemikian, sama ada dipelopori oleh institusi pengajian awam mahupun swasta.

Dari satu sudut, ia boleh dirumuskan sebagai situasi positif ke arah melahirkan lebih ramai ahli farmasi yang secara tidak langsung merancakkan lagi profesion berkenaan.

Namun demikian, keadaan yang dilihat sebagai satu pencapaian 'membanggakan' ini tanpa disedari boleh mencetuskan masalah lambakan, berpunca daripada sikap dan mentaliti majoriti besar graduan farmasi hari ini.

Bagi mereka, tumpuan pengisian jawatan hanyalah di farmasi hospital, klinik kerajaan, pensyarah ataupun bekerja dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).



Walhal, ruang lingkup kerjaya dunia farmasi amat luas penawarannya.



Menjadi persoalan 'apakah nasib graduan farmasi ini sekiranya tumpuan pengisian jawatan dalam sektor berkenaan dipenuhi suatu hari nanti'?.

Dan, senario inilah yang menjadi kebimbangan Pensyarah Kuliyyah Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Kausar Ahmad ketika ditemubual Bernama.



TIDAK MINAT

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Kausar berkata senario masalah 'lambakan' dalam kalangan graduan farmasi bukanlah satu perkara pelik ataupun mustahil untuk berlaku.

Sedangkan, komuniti ini sebenarnya boleh mengisi ruang kerjaya dalam industri pengilangan farmaseutikal yang terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan multinasional.

Bagaimanapun, tidak ramai yang dengan 'rela hati' ataupun berminat untuk menceburi sektor berkenaan. Entah apa dan di mana silapnya, walhal sektor ini dikenalpasti sebagai antara satu cabang kerjaya dunia farmasi yang berkapasiti tinggi menyumbang kepada penjanaan pendapatan ekonomi negara.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2008 dalam kalangan pelajar UIAM tahun satu sehingga tahun empat, mendapati majoriti tidak mahu bekerja di kilang. Bagi mereka, lebih senang bekerja di hospital, klinik kerana skop kerjanya adalah seperti penyerahan ubat kepada pesakit dan kerja lain (termasuk pengurusan dan pentadbiran).

"Bagaimanapun bekerja dengan industri pula melibatkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat dan pengetahuan untuk memeriksa ubat itu bagus ataupun tidak," katanya.

Tidak terkecuali, skop kerja yang hampir serupa sewaktu menjalani latihan amali secara intensif pada tahun tiga dan empat, turut menjuruskan mereka kepada pemilihan pekerjaan sedemikian.



KURANG SATU PERATUS

Selain itu, faktor 'terikat' dengan biasiswa yang memerlukan mereka untuk bekerja di agensi tertentu selepas tamat pengajian, juga menjadi antara punca kepada kekurangan penyumberan graduan farmasi dalam industri pengilangan.

Walhal, kepakaran mereka amat diperlukan bagi mengisi jawatan dalam industri yang mana turut merangkumi aspek jaminan mutu ubat, pendaftaran ubat, permohonan, kajian klinikal serta pengawasan ubat selepas pasaran.

Namun, disebabkan rasa 'takut', 'tidak berani' yang berakar umbi dalam diri sebahagian komuniti ini sehingga membentuk kepada pembinaan mentaliti sedemikian rupa, akhirnya memberi impak negatif kepada industri.

Pembawaan tenaga luar dengan mengimport ahli farmasi dari India dan Pakistan terpaksa dilakukan bagi memenuhi permintaan penawaran kerjaya dalam pengilangan farmaseutikal.

Semua ini terpaksa dilakukan berikutan tidak ramai graduan menceburi sektor berkenaan yang mana jumlah peratusannya sangat rendah iaitu kurang satu peratus dan ini berdasarkan daripada analisis rambang oleh pihak UIAM.



DIWAJIBKAN

Justeru, adalah sewajarnya situasi ini harus diatasi dalam kadar segera menerusi pengeluaran lebih ramai graduan farmasi serta peningkatan kesedaran akan prospek kerjaya itu.

Ini penting dalam menangani senario kebergantungan terhadap tenaga luar mengisi ruang kepakaran berkenaan, maka gerakan transformasi harus diberi tumpuan penuh.

Bertitik-tolak daripada kebimbangan itu, akhirnya menginjak institusi yang terkenal dengan landasan pematuhan syariahnya (syariah dirujuk sebagai hukum Islam), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk turut memainkan peranan.

Digerakkan menerusi Kulliyyah Farmasi UIAM yang terletak di kampus Kuantan, Pahang, penekanan mahupun pengkhususannya telah tertumpu kepada penghasilan lebih ramai graduan farmasi berkemahiran dalam industri pengilangan.

Untuk tujuan ini, maka subjek 'Industrial Pharmacy' yang sebelum ini hanyalah pembelajaran elektif, kini bertukar status kepada 'wajib dipelajari' semasa mereka di tahun empat.

Jadi, apakah yang istimewanya dengan kaedah pembelajaran di sini?



Ia menarik, kerana pengajarannya tidak terangkum kepada aspek teori sahaja malahan penekanan berbentuk 'praktikal' telah dititikberatkan.

Ini dengan mengambil kira bahawa kaedah pengajaran teori dan praktikal haruslah berjalan seiring, maka sebuah 'kilang kecil' yang lengkap dengan peralatan pemprosesan pembuatan ubat telah disediakan di kulliyyah ini.



PROJEK ULUNG

Berstatus 'projek ulung', bangunan atau kilang kecil ini yang siap dibina pada tahun 2009 telah memperoleh pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada tahun lepas.

Ini penting bagi memastikan kesemua ubat-ubatan yang dikeluarkan di sini adalah benar-benar mematuhi standard, berkualiti, selamat dan berkesan. Selain itu, operasi pembuatan ubatnya juga mengikut piawaian halal selaras dengan status universiti itu sendiri, berlandaskan pemantuhan syariah.

"Projek ulung ini akan melengkapkan pelajar farmasi UIAM dengan kemahiran diperlukan industri pengilangan. Jadi, tidak timbul masalah graduan tidak bersedia memasuki industri," kata Dr Kausar.

Biarpun ia hanyalah sebuah 'kilang kecil', namun perjalanan operasi pembuatan ubat adalah sama sepertimana pengilangan farmaseutikal lain dan kini dalam proses mendapatkan 'lesen pengilangan' untuk memasarkan produknya.

Sememangnya, langkah mahupun pendekatan pragmatik yang diambil oleh universiti ini dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah 'lambakan' sekali gus mempelbagaikan lagi pengisian jawatan dunia farmasi.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 717
Umur: 25
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2937

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum