FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama

View previous topic View next topic Go down

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama

Post by Info Bola Sepak on Mon 29 Apr 2013, 2:34 pm


KUANTAN, 18 April (Bernama) -- Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.

"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.

Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 30 tahun merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.

Kes turut diklasifikasi sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4102

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum