FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Sempena Hari Jururawat Dunia | Kefahaman Perlu Terhadap Isteri Bekerja Sebagai Jururawat

View previous topic View next topic Go down

Sempena Hari Jururawat Dunia | Kefahaman Perlu Terhadap Isteri Bekerja Sebagai Jururawat

Post by MaStErMiNd on Sun 12 May 2013, 4:26 am



By Zulkiple Ibrahim

Sempena Hari Jururawat Dunia pada 12 Mei 2013.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Nak hidup dalam kota besar macam Kuala Lumpur, tak sihat dari segi ekonomi kalau hanya suami yang bekerja dan punya pendapatan bagi keluarga," keluh seorang penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Mukhlis kepada penulis di sini baru-baru ini.

Mukhlis mengahwini Lily (bukan nama sebenar) empat tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki berumur dua tahun. Pasangan tersebut tinggal di Taman Melawati di sini.

"Sebelum berkahwin dengan Lily, ada orang yang bertanya sama ada saya mahukan seorang isteri yang terpaksa bekerja mengikut syif malam, bertugas pada hujung minggu serta cuti umum.

"Mengambil kira dengan tekanan tempat kerja yang wujud, mereka (masyarakat) perlu faham bahawa kerjaya sebagai jururawat adalah sama juga dengan bekerja sebagai doktor, tentera dan kerja-kerja di pasaraya dan kilang di mana tekanannya adalah hampir sama.

"Kadang-kadang kebenaran adalah pahit tetapi jika anda mahukan isteri sentiasa ada di rumah ketika anda ada di rumah, jadi kahwinlah dengan cikgu atau mereka yang bekerja waktu pejabat atau alternatif lainnya membenarkan isteri kekal sebagai surirumah," jelas beliau kepada penulis.

KAHWIN JURURAWAT


Pada dekad-dekad yang lampau, mengahwini seorang jururawat dianggap bukan satu pilihan terbaik kerana beberapa sebab antaranya jururawat dikatakan gagal menyumbang waktu berkualiti kepada suami dan anak kerana tekanan kerja.

Wanita yang mempunyai kerjajaya sebagai guru dan dalam sektor perkeranian dianggap antara wanita yang sesuai untuk dikahwini.

Antara faktor utama adalah guru menjadi surirumah yang baik kerana mereka sentiasa mempunyai masa menguruskan rumah selepas waktu sekolah termasuk memasak dan menjaga anak selain melakukan pelbagai perkara yang perlu bagi pengurusan rumahtangga.

Tetapi dalam dunia moden kini, pemilihan pasangan hidup bukan lagi berpaksi kepada kerjaya individu tetapi mirip kepada keputusan yang diambil kedua-dua pihak bagi menyetujui keperluan masing-masing.

JAM BEKERJA

Kerana waktu bekerja yang agak lama, ada anggota masyarakat yang mengatakan jururawat dibelenggu oleh kerja mereka.

"Ada masanya jururawat terpaksa kerja lebih masa kerana tugas mereka melibatkan kesihatan serta nyawa pesakit di mana mereka tidak boleh kata 'OK, saya sudah siapkan tugas saya dan sekarang saya mahu pulang, semudah itu," katanya.

Jelas Mukhlis, sebab itulah ramai yang mengatakan jururawat 'terbelenggu' dengan tugas dan menjaga pesakit lebih daripada anak atau suami sendiri.

"Cuba bayangkan jika anda perlu bekerja dengan berdiri secara berterusan dari tujuh hingga lapan jam berterusan (10 jam jika bertugas pada syif malam), hakikatnya sudah tentu perlu rehat dan tidur. Itulah hakikatnya bagi jururawat yang dalam keadaan seolah-olah setengah mati bila mereka sampai rumah.

"Apakah anda tergamak meminta perhatian daripada isteri ketika itu bila isteri berada dalam keadaan penat, lesu dan mudah naik angin disebabkan keletihan fizikal dan emosi," kata Mukhlis.

Oleh itu, kalau mahu punya isteri yang hanya kerja waktu pejabat dan duduk rumah ketika cuti hujung minggu serta waktu perayaan, fikir-fikirkan dahulu, jelas Mukhlis secara berseloroh.

Menurut statistik, Malaysia mempunyai hampir 100,000 jururawat bertugas di institusi penjagaan kesihatan dalam sektor awam dan swasta.

-- BERNAMA


----Forum Paramedik Malaysia-----






http://forumparamedik.blogspot.com/
avatar
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 391
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 11493

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

View user profile http://www.facebook.com/moblagata http://paramedik.bbfr.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum