FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Profesion kejururawatan diiktiraf

View previous topic View next topic Go down

Profesion kejururawatan diiktiraf

Post by Info Bola Sepak on Wed 26 Jun 2013, 5:44 am

ARIFFIN Awang Ismail (dua, kiri) menerima cenderamata selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Daerah Maran 2013 di Klinik Kesihatan Kampung Awah, Maran, kelmarin.

MARAN 25 Jun - Perkhidmatan dan profesionalisme kejururawatan di negara ini diiktiraf masyarakat antarabangsa sekali gus menerima penghargaan tertinggi terhadap mereka yang terlibat dalam bidang itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail berkata, bidang itu berjaya mewujudkan produk pelancongan kesihatan yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, perkara itu adalah hasil profesionalisme dan kepelbagaian kemahiran yang selari dengan perkembangan sistem penjagaan serta perkhidmatan kesihatan negara ini.

"Oleh itu, profesional kejururawatan perlu terus diperkukuh supaya kualiti perkhidmatan mereka berjaya mewujudkan masyarakat sejahtera, sihat dan bersyukur.

"Kejayaan jururawat berperanan sebagai barisan hadapan yang sentiasa mendampingi pesakit dan berhadapan dengan pelbagai kerenah sangat dihargai,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia Daerah Maran di Klinik Kesihatan Kampung Awah, di sini semalam.

Menurutnya, Hari Jururawat Sedunia disambut sebagai penghargaan kerajaan terhadap golongan itu yang banyak berjasa kepada masyarakat.

Katanya, layanan dan jagaan yang baik dan profesional menjadikan bidang kejururawatan sentiasa diingati serta disanjung masyarakat.

"Walau bagaimanapun, prestasi profesion itu adalah ditangan pengamalnya sendiri yang komited dengan tugas, prihatin, penyayang dan berwajah ceria," katanya.

--- UTUSAN MALAYSIA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4046

View user profile

Back to top Go down

Re: Profesion kejururawatan diiktiraf

Post by Fieza on Wed 26 Jun 2013, 5:55 am

alhamdulillah...
avatar
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1489
Umur : 33
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 5394

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

View user profile http://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum