FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Menyamar Pesakit Sebelum Samun Klinik

View previous topic View next topic Go down

Menyamar Pesakit Sebelum Samun Klinik

Post by Info Bola Sepak on Fri 12 Jul 2013, 4:52 am


gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Menyamar sebagai pesakit sebelum menyamun klinik yang dikunjungi antara taktik sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan itu di sekitar Kajang.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata selain klinik yang lazim disamun beberapa jam sebelum ditutup, kumpulan itu juga menyasarkan premis perniagaan dan kenderaan di sekitar daerah sama.

"Dalam serbuan awal pagi semalam di sebuah flat di Bandar Mahkota, Cheras, kita menahan empat daripada mereka termasuk seorang wanita, selepas dipercayai terbabit menyamun sebuah klinik pada 25 Jun lalu," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, dekat sini hari ini.

Katanya polis juga merampas pelbagai perkakas yang diguna untuk menyamun, parang, pelbagai telefon bimbit, jam tangan serta sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipercayai diguna untuk melakukan jenayah.

Katanya empat suspek yang berusia antara 17 dan 30 tahun itu dipercayai anggota kumpulan penjenayah yang terlibat dalam 10 kes samun membabitkan klinik, restoran, pusat urut, premis menjual VCD, pusat perabot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di daerah itu sejak tiga bulan lepas.

Seorang daripada yang ditahan juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes samun di sebuah poliklinik di Taman Pertama, Cheras, 4 Julai lepas, katanya.

Thaiveegan berkata polis sedang memburu sekurang-kurangnya enam lagi anggota kumpulan itu.

Sementara itu, beliau berkata polis turut menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun berbeza di daerah Kajang.

Thaiveegan berkata dua daripada suspek yang ditahan semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan kes cubaan menyamun sebuah gerai mamak di Taman Megah pada hari yang sama, manakala dua lagi yang ditahan pada 1 Julai lepas mempunyai kaitan dengan kes samun sebuah pasaraya Cash & Carry di Taman Taming Jaya, juga pada hari mereka ditahan.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4136

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum