FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Statistik Kematian Akibat Merokok Perlu Perhatian Serius

View previous topic View next topic Go down

Statistik Kematian Akibat Merokok Perlu Perhatian Serius

Post by Info Bola Sepak on Sat 13 Jul 2013, 2:51 pm


Oleh Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Usuldin

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Statistik jumlah kematian hampir enam juta orang akibat merokok seperti didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) Dr Othman Warijo berkata kerajaan melalui Kementerian Kesihatan perlu terus meningkatkan pelbagai usaha memberikan kesedaran bahaya merokok seawal usia muda.

"Walaupun di Malaysia masih belum mempunyai anggaran tepat akibat kematian disebabkan rokok, tetapi kini kita dapat melihat usia mula merokok di negara semakin rendah sejak akhir-akhir ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Semalam, WHO mendedahkan angka kematian disebabkan penggunaan tembakau akan meningkat kepada lapan juta menjelang 2020 jika tiada tindakan serius diambil oleh semua negara.

Othman berkata langkah segera perlu diambil kerana jika ramai yang mula menghisap rokok pada usia muda, kesan ketagihannya akan berpanjangan dan sukar untuk diubati apabila umur meningkat.

"Tisu dalaman remaja lebih cepat rosak apabila terkena asap rokok yang mempunyai pelbagai racun, semakin lama dia hisap, semakin ketagih dan berbahaya untuk kesihatan," katanya.

Othman berkata umat Islam perlu mengambil kesempatan di bulan Ramadan untuk berhenti merokok kerana di samping menyihatkan badan, ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan.

"Bagi umat Islam sudah ada fatwa mengharamkan rokok sejak 1996 lagi dan jika berhenti di bulan yang mulia ini secara tidak langsung akan mendapat keredaan Allah," katanya.

Berkongsi pandangan sama Pakar Perunding Kardiologi Heart Care Medical Centre, Datuk Dr Mohamad Rafiq Ibrahim berkata proses menyemai kesedaran terhadap bahaya rokok perlu dimulakan seawal sekolah rendah.

"Kita sedang menuju negara maju, jadi usaha meningkatkan kesedaran bahaya merokok perlu dilaksanakan secara konsisten oleh kerajaan, malahan nanti anak kecil pula akan menasihati orang tuanya tentang bahaya merokok," katanya.

Mohamad Rafiq berkata tabiat merokok dalam kalangan wanita juga semakin ketara di negara ini dan ia amat berbahaya kerana asap rokok boleh memberi kesan terhadap kanak-kanak dan kandungan seseorang itu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang S.M.Mohamed Idris berkata langkah kerajaan menaikkan harga rokok perlu diteruskan bagi membendung gejala itu dalam kalangan rakyat. "Jika harga rokok mahal, golongan berpendapatan sederhana dan rendah sudah tentu tidak mampu membelinya dan ini dapat mengurangkan jumlah mereka yang membeli rokok di masa depan," katanya.

Mohamed Idris berkata Kementerian Kesihatan menggesa menyekat penjualan rokok elektronik dan shisha yang didakwa boleh mendatangkan kesan sampingan terhadap penghisapnya.

"Ramai kalangan remaja mengatakan ia tidak berbahaya tambahan pula ia mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi.

"Tetapi mereka tidak mengetahui secara tidak langsung aktiviti menghisap rokok elektronik boleh disifatkan sebagai pintu kepada tabiat merokok," katanya.

Mohamed idris berkata shisha pula bukanlah budaya rakyat negara ini dan perlu ditinggalkan kerana ia lebih berbahaya kerana tidak mempunyai penapis seperti rokok.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 703
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2856

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum