FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post new topic   Reply to topic

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Tue 03 Sep 2013, 4:42 pm

Berikut adalah senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2014.

Piala Malaysia 2013 belum habis lagi, tapi berita perpindahan pemain² liga Malaysia untuk musim 2014 sudah diperkatakan. antara gossip perpindahan tersebut adalah:-

Pablo Aimar (Argentina) *Import ---> JDT [confirm]
Braulio Nóbrega Rodríguez (Sepanyol) *Import ---> JDT [confirm]
Haris Harun (Singapura) *Import ---> JDT [confirm]
Amri Yahyah (Selangor) ---> JDT
Mahali Jasuli (Selangor) ---> JDT [confirm]
Norazlan Razali (Selangor) ---> JDT [confirm]
Assarudin Putra (Selangor) ---> JDT [confirm]
Daudsu Jamaluddin (Kelantan) ---> JDT[confirm]
S. Subramaniam (Kelantan) ---> JDT
Shakir Shaari (Kelantan) ---> JDT
Norfarhan Mohamad (Kelantan) ---> JDT
Azizi Mat Rose (Kelantan) ---> JDT
Izham Tarmizi (Harimau Muda A) ---> JDT
Fandi Othman (Harimau Muda A)---> JDT
Irfan Fazail (Harimau Muda A) ---> JDT [confirm]
Fadhli Shas (Harimau Muda A) ---> JDT [confirm]
Nazrin Nawi (N. Sembilan) ---> JDT [confirm]
Amirul Hadi Zainal (Pahang) ---> JDT

Norshahrul Idlan Talaha --- Kekal JDT [confirm]
Safiq Rahim --- Kekal JDT [confirm]
Nurul Azwan Roya --- Kekal JDT [confirm]

Baihakki Khaizan (Singapura) *Import ---> Johor FA
Shahril Ishak (Singapura) *Import ---> Johor FA
Zaquan Adha Abdul Radzak (JDT) ---> Johor FA

Abdulla Baba Fatadi (Bahrain) *Import ---> Kelantan
Kaz Phonesak Patafta (Australia) *Import ---> Kelantan
Azimuddin Akil (Pahang) ---> Kelantan
Shakir Ali (Negeri Sembilan) ---> Kelantan [confirm]
Lot Abu Hassan (PKNS FC) ---> Kelantan
Amiridzwan Taj (ATM) ---> Kelantan
Khyril Muhymeen Zambri (Kedah) ---> Kelantan
Baddrol Bakhtiar (Kedah) ---> Kelantan
Wan Zahrul Nizam (Harimau Muda A) ---> Kelantan

Dickson Nwakaeme *Import --- Kekal Kelantan [confirm]
Obinna Nwaneri *Import --- Kekal Kelantan [confirm]
Khairul Fahmi Che Mat --- Kekal Kelantan [confirm]
Badri Radzi --- Kekal Kelantan [confirm]
Fakri Saarani --- Kekal Kelantan [confirm]
Nik Shahrul Azim --- Kekal Kelantan [confirm]
Farisham Ismail --- Kekal Kelantan [confirm]
Zairul Fitree --- Kekal Kelantan [confirm]
Zairo Anuar Zailani --- Kekal Kelantan
Khairul Izuan --- Kekal Kelantan
Faiz Suhaimi (Skuad Piala Presiden Kelantan) ---> Kelantan [confirm]
Faizul Nazlin (Skuad Piala Presiden Kelantan) ---> Kelantan [confirm]
## Kelantan akan menggunakan 4 pemain import termasuk untuk AFC Cup


Sarbinee Alwee (Selangor) ---> Terengganu
Hairuddin Omar (ATM) ---> Terengganu
Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A) ---> Terengganu

Ashaari
Shamsuddin --- Kekal Terengganu [confirm]
Vencet Vikana --- Kekal Terengganu
[confirm]

Safuan Baharudin (Singapura) *Import ---> T-Team
Hazwan Rahman (Harimau Muda A) ---> T-team

Adam Griffiths (Australia) *Import ---> Selangor
Andik Vermanshah (Indonesia) *Import ---> Selangor
Safee Sali (JDT) ---> Selangor
Rizal Fahmi Rosid (Kelantan) ---> Selangor [confirm]
Shahurain Abu Saman (N. Sembilan) ---> Selangor
S. Sivanesan (N. Sembilan) ---> Selangor
Abdul Hadi Yahya (Perak) ---> Selangor [confirm]
Farizal Marlias (Perak) ---> Selangor [confirm]
Hairuddin Omar (ATM) ---> Selangor
Mohd Hamsani Ahmad (N. Sembilan) ---> Selangor [confirm]
A. Thamil Arasu (Harimau Muda A) ---> Selangor [confirm]
Hazwan Bakri (Harimau Muda A) ---> Selangor
Azmi Muslim (Felda United) ---> Selangor [confirm]
Nazri Ahmad (JDT) ---> Selangor [confirm]
Shahrom Abdul Kalam (Perak) ---> Selangor [confirm]

Bunyamin Omar --- Kekal Selangor [confirm]
Raimi Mohd Noor --- Kekal Selangor [confirm]
Fitri Shazwan --- Kekal Selangor [confirm]
Shukor Jusoh --- Kekal Selangor [confirm]
S. Venood --- Kekal Selangor [confirm]
S. Kunalan --- Kekal Selangor [confirm]
K. Gurusamy --- Kekal Selangor [confirm]
Afiq Azmi --- Kekal Selangor [confirm]
Ramzul Zahini Adenan --- Kekal Selangor [confirm]
## Selangor akan menggunakan 4 pemain import termasuk untuk AFC Cup

Kyaw Zayar Win (Myanmar) *Import ---> Perak
 Hafiz Kamal (Pahang) ---> Perak
Mohd. Tuah Iskandar Jamaluddin (JDT) ---> Perak
Mohd. Syafiq Samad (ATM) ---> Perak
Shahrizal Saad (Felda United) ---> Perak
Azmeer Yusoff (N.Sembilan) ---> Perak

Junior Eldstal --- Kekal Sarawak

Mohd Rizal Mohd Ghazali (Perlis) ---> Kedah
Romdhizat Jamian (Perlis) ---> Kedah
Azmizi Azmi (Felda United) ---> Kedah
Helmi Eliza (Felda United) ---> Kedah
Mohd Fauzi Saari (Felda United) ---> Kedah
Shafizan Hashim (Felda United) ---> Kedah
Mohd Ridwan Ma'on (Felda United) ---> Kedah
Azizan Baba (Sarawak) ---> Kedah
Sumardi Hanjalan (Sabah) ---> Kedah
Henry Lew Han Hung (Skuad Piala Presiden Kedah) ---> Kedah

Izuwan Salahuddin (Kelantan) ---> ATM

Marlon Alex james --- Kekal ATM
Bruno Martelotto --- Kekal ATM

Sabri Mat Abu (Kedah) ---> PDRM

Dickson Nwakaeme (Kelantan) *Import ---> Felda United
Mohamad Ghaddar (Lubnan) *Import ---> Felda United
Indra Putra (Kelantan) ---> Felda United
Sharulnizam Mustafa (Perak) ---> Felda United
Shukor Adan (ATM) ---> Felda United
Farizal Harun (ATM) ---> Felda United
Nasriq Baharom (Selangor) ---> Felda United
Solihin Kanasian @ K. Soley (Selangor) ---> Felda United
Adib Aizuddin Ab Latif (Selangor) ---> Felda United
Syahid Zaidon(Harimau Muda A) ---> Felda United


Hamka Hamzah (Indonesia) *Import ---> PKNS FC
Karlo Primorac (Sime Darby) *Import ---> PKNS FC

Patrick Ronaldinho Wleh *Import --- Kekal PKNS FC


Khairul Amri Jamaluddin (Perak) ---> P.Pinang


JURULATIH

Mehmet Durakovic ---> Selangor [confirm]
K. Devan ---> P.Pinang
Bojan Hodak (Kelantan) ---> ?
B. Sathianathan --- Kekal ATM [confirm]
Abdul Rahman Ibrahim (PKNS) ---> Terengganu [confirm]
Dollah Salleh (Pahang) ---> PKNS
David Mitchell (Australia) ---> Kedah
Marijo Tot (Kedah) ---> Sime Darby
Irfan Bakti (Selangor) ---> Felda United [confirm]
Azraai Khor (Perak) ---> T-Team
Steve Darby ---> Kelantan [confirm]
Abu Bakar Fadzim ---> Perak [confirm]
Cesar Ferrando Jimenez ---> JDT [confirm]


E. Evalarasan (Terengganu) ---> ???


*** SUMBER² PERPINDAHAN INI DIKUTIP DARI BEBERAPA PAGE FACEBOOK, FORUM PERBINCANGAN BOLA SEPAK, WEBSITE² DAN BLOG² BOLA.... LAYAN JER LAAA....... SEGALA KESASIHAN SUMBER INI TIDAK DAPAT DIPASTIKAN.... SO BACA DAN FIKIR SENDIRI LA YER.......


Last edited by Info Bola Sepak on Sat 09 Nov 2013, 4:34 pm; edited 41 times in total

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Wed 25 Sep 2013, 9:37 am

Nazrin Nawi : 'Maafkan saya TRW'
SUBKHI SUDARJI
24 September 2013


Nazrin pilih JDT demi masa depan dan aksi mencabar.

TEKA-TEKI ke mana hala tuju pemain sayap lincah Negeri Sembilan, Nazrin Nawi yang menjadi rebutan beberapa pasukan elit musim depan akhirnya terjawab apabila bakal menyarung jersi Johor Darul Takzim (JDT).

Nazrin yang akan tamat kontrak November ini bersama Negeri Sembilan menyifatkan keputusan memilih JDT tepat demi kariernya.

"Buat masa ini segala urusan perpindahan hampir 95 peratus untuk diselesaikan selepas kontrak bersama Negeri Sembilan berakhir November.

"Beraksi bersama pasukan besar seperti JDT memang menjadi idaman setiap pemain bola sepak selain bergandingan dengan Pablo Aimar dan pemain bintang yang lain.
"Sokongan peminat pasukan juga mendorong saya memilih Harimau Selatan selain cabaran merebut posisi utama setiap kali pasukan beraksi.

"Peluang datang hanya sekali dan ia perlu dimanfaatkan, setiap pemain inginkan cabaran, ia tidak terkecuali kerana inilah masanya saya ingin buktikan kepada peminat bola sepak tempatan," katanya.

Nazrin berkata, faktor kewangan yang kukuh dari JDT mendorong keputusannya demi karier masa depannya.

"Semua orang pasti melihat perpindahan ini dibayangi gaji tinggi, itu tak dapat dinafikan kerana kerjaya bola sepak adalah profesional dan saya mencari rezeki demi masa depan.

"Bagi saya ia bukanlah satu kesalahan kerana Negeri Sembilan mengetahuinya dan tidak menghalang kerana saya bebas membuat keputusan berhijrah atau sebaliknya.

"Mereka (Negeri Sembilan) ada menawarkan kontrak baru, saya hargai namun terpaksa menolak dan mereka memahami," katanya.

Mengulas tentang perkhabaran mengaitkan dirinya akan menabur bakti bersama pasukan Kelantan, Nazri menjelaskan sememangnya ada dalam perancangan sebelum ini.

"Kita tidak boleh memenuhi semua kehendak penyokong, keputusan perlu dibuat dan saya kini di fasa terakhir untuk beraksi bersama Harimau Selatan," katanya.

Kelibat Nazrin mula mendapat perhatian selepas berjaya meledak hatrik membantu pasukannya menewaskan Sabah 4-0 dalam aksi playoff Piala Malaysia, selain aksi larian pantas dan bertenaga ketika bersama Harimau Malaya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa.

Bermula daripada situ, pemain berusia 25 tahun ini semakin digeruni lawan terutamanya melalui sepakan percuma kaki kiri yang boleh dikatakan bola sentiasa menerjah jaring gol lawan.

Sebelum ini, pemain tersebut dikatakan bakal bersama Kelantan dan sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) namun terpaksa membatalkannya kerana mendapat tawaran JDT.

Difahamkan, Nazrin menerima RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000 sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan bagi mendapatkan khidmatnya.

--- Sinar Harian

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Puteri Kayangan on Tue 01 Oct 2013, 11:03 am

ada update baru tak?

Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri:
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender: Female
Jumlah Post: 186
Umur: 23
Tarikh Register: 05/06/2011
Reputation: 2
Points: 1621

View user profile http://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Wed 02 Oct 2013, 9:16 am

Puteri Kayangan wrote:ada update baru tak?
 
tgk kat atas... akan diupdate dari masa ke semasa...

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Wed 16 Oct 2013, 9:54 pm

TRW masih tagih sentuhan Farhan
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
12 Oktober 2013


Sentuhan Farhan masih diperlukan pada saingan musim depan.


KELIBAT pemain sayap kanan dan kiri Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad masih ditagih Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam mengharungi perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Ini diakui oleh Presidennya Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan sentuhan pemain berusia 28 tahun itu sentiasa diperlukan dalam skuad Kelantan bagi membantu pemain lain dalam usaha memperkasakan pasukan itu.

"Tidak dinafikan Farhan memang dapat tawaran dari pasukan lain musim depan, tapi pada masa sama Farhan ada bagi tahu saya yang dia mahu kekal bersama Kelantan dan kami di sini juga masih memerlukan khidmatnya.

"Jadi, kami akan berbincang. Insya-ALLAH  Farhan, Mohd Badhri Mohd Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Ahmad Fakri Saarani akan kekal dengan kita dan selebihnya ada satu dua pendatang baru musim depan.

"Apa yang pasti, barisan pemain Kelantan musim depan boleh dikatakan kekal seperti sekarang ini," katanya kepada Sinar Harian.

Selain Farhan, Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam turut disebut-sebut antara pemain yang sudah bersedia untuk angkat kaki musim depan.

"Jika Subra dan Daudsu, saya rasa tiada masalah buat TRW dan saya yakin tempat mereka akan diganti dengan pemain yang lebih baik. Shakir pula saya masih memberikan dia peluang untuk berfikir.

"Kalau dia tekad untuk tinggalkan TRW, saya faham kerana ia faktor keluarga dan saya jangkakan dia akan bermain dengan pasukan di Lembah Klang. Tapi tak mengapa kerana kita sudah ada calon.

"Lagipun tahun depan kita ada tiga pemain import dan setidaknya tempat Shakir akan diganti dengan pemain import," ujarnya.
--- SINAR HARIAN

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Fri 18 Oct 2013, 10:52 am

Junior Eldstal menyambung kontrak bersama Sarawak walaupun mendapat tawaran beberapa dari pasukan lain termasuk Johor DT.

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Tue 22 Oct 2013, 9:06 pm

Perak Umum Jurulatih Baharu Namun Isu Azraai Khor Belum Selesai
IPOH, 21 Okt (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) Isnin mengumumkan pelantikan bekas pemain negeri Abu Bakar Fadzim sebagai jurulatih baharu skuad Perak musim depan selepas Mohd Azraai Khor Abdullah dikatakan mahu meninggalkan pasukan itu.

Presiden Pafa Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata bagaimanapun ia tidak menyelesaikan isu antara persatuan itu dengan Mohd Azraai kerana beliau masih mempunyai kontrak sehingga Oktober tahun depan.

"Memang Azraai telah membuat perbincangan bersama-sama Timbalan Presiden Pafa (Khairul Azwan Harun) untuk meninggalkan tugasnya.

"Bagaimanapun dalam perbicangan itu, masih ada perkara berhubung terma kontraknya yang belum mencapai persetujuan bersama. Jadi saya anggap perbincangan itu belum muktamad," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Oleh yang demikian, setakat ini belum ada keputusan untuk menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama seperti yang dikatakan oleh Mohd Azraai, katanya.

Zainol Fadzi berkata walaupun Pafa mengumumkan pelantikan Abu Bakar, ia tidak bermakna Mohd Azraai boleh gugur secara automatik daripada persatuan itu.

"Atas nasihat peguam Pafa, kami tidak akan mengeluarkan surat (pelepasan kontrak) selagi tiada ada persetujuan bersama. Azraai perlu mengadakan perbincangan lebih lanjut jika beliau berhasrat untuk meninggalkan Pafa," katanya.

Beliau berkata ini kerana Pafa pernah mengalami situasi seperti itu dan tidak mahu terjerat dalam perkara berkaitan penamatan kontrak pegawainya.

"Saya menghormati keputusan beliau jika benar dia mahu meninggalkan Perak namun Pafa belum lagi membuat keputusan (persetujuan menamatkan kontrak secara bersama). Beliau juga menghebahkan perkara ini lebih awal dan bagi saya ini pendekatan yang tidak betul," katanya.

Sewajarnya perbincangan perlu secara bertulis serta dipersetujui kedua-dua pihak dan ia akan dianggap persetujuan bersama, katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Mohd Azraai memilih untuk menamatkan kontrak dengan Pafa selepas badan itu memiliki perancangan baharu dalam menghadapi kancah Liga Malaysia musim depan.

Keputusan itu katanya bukan disebabkan rasa kecewa dengan tindakan Pafa yang menggantung tugasnya serta pegawai yang lain selepas mengesyaki berlaku unsur sabotaj dan rasuah baru-baru ini.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Re: Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2014

Post by Info Bola Sepak on Mon 28 Oct 2013, 10:08 am

Tonggak Harimau Muda, Fadhli Shas Dan Irfan Fazail Sah Milik Johor Darul Takzim
JOHOR BAHARU, 27 Okt (Bernama) -- Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu.
Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu majlis di Stadium Larkin Ahad.
"Kedua-dua mereka adalah anak Johor dan saya amat berbangga serta teruja kerana mereka mahu kembali ke Johor dan menabur bakti untuk masa depan bola sepak Johor," katanya kepada pemberita di sini.
Walaupun kontrak kedua-dua pemain Harimau Muda itu adalah untuk dua tahun, tetapi Mohd Fadhli dan Irfan mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama JDT, menurutnya.
Tunku Ismail berkata tonggak Harimau Muda itu akan menyertai skuad JDT bimbingan jurulatih Cesar Ferrando Jimenez selepas tugasan mereka bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selesai selepas Sukan SEA Disember ini.
Pasukan JDT akan mula berkumpul bagi persiapan musim depan pertengahan bulan ini dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab luar negara termasuk daripada Jepun dan China serta kemungkinan Boca Juniors daripada Argentina, katanya.
Mengenai nasib seorang lagi tonggak Harimau Muda kelahiran Johor, Mohd Fandi Othman, beliau berkata rundingan masih dijalankan dengan pemain itu berkemungkinan menyertai JDT penghujung tahun depan.
Sementara itu, Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, pula berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor.
"Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya.
Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan JDT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini.
Di antara nama-nama besar yang akan menyarung jersi merah biru JDT musim depan termasuk bekas penyerang kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan bekas penyerang kelab Athletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez.
Selain Mohd Fadhli dan Irfan, PBNJ menurut Tunku Mahkota Johor juga sedang berunding untuk membawa masuk kapten juara Liga Super musim ini, Lions X11, Shahril Ishak untuk bermain dengan pasukan Liga Perdana Johor musim depan.
"Rundingan sedang dijalankan dan keputusan kita jangkakan pada minggu depan.
Bagaimanapun, Shahril telah pun menyatakan hasrat dan minatnya untuk bermain dengan Johor," katanya.
Selain Shahril, tonggak pertahanan Lions X11 Baihakki Khaizan juga akan menyarung jersi pasukan Johor musim depan manakala Hariss Harun pula akan menyarung jersi JDT.
Mengenai masa depan Safee Sali dengan JDT musim depan, beliau berkata perkara itu masih dalam rundingan tetapi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim akan kekal dengan JDT musim depan.
-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Pemain Indonesia Hampir Bersama T-Team Untuk Saingan Liga M

Post by Info Bola Sepak on Sun 03 Nov 2013, 10:35 am


BOAZ T. ERWIN SOLOSSA?
KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Bernama) -- Pasukan bola sepak berstatus kelab T-Team hampir pasti menggunakan khidmat pemain import dari Indonesia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata pemain tersebut mewakili pasukan kebangsaan Indonesia dan juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) pada musim 2012/2013.

"Ini adalah sebagai satu langkah memenuhi syarat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengisi kuota pemain import Asia musim hadapan," katanya kepadda Bernama.

Abdul Rashid berkata T-Team telah beralih arah ke Indonesia dalam usaha mencari pemain import berkenaan berikutan rancangannya mendapatkan pemain Singapura sebelum ini tidak kesampaian.

Dalam pada itu, beliau berkata T-Team juga bercadang menggunakan khidmat seorang pemain import dari negara Croatia dan juga sedang mengintai pemain import ketiga bagi melengkapkan slot pemain import tahun depan.

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan pemain T-Team telah mengenalpasti pemain import dari Croatia itu semasa mengunjungi negara itu baru-baru ini.

Namun begitu, Abdul Rashid berkata T-Team mengalu-alukan mana-mana pemain import yang berminat untuk mengikut sesi ujian di Padang Gong Badak pada 6 hingga 8 Nov ini.

Sementara itu, pihak pengurusan T-Team telah mengikat beberapa pemain negeri lain yang berpotensi hasil pertemuan di ibu negara beberapa hari lepas bagi memperkuatkan skuad The Titans.

Beliau berkata pemain berkenaan antaranya yang pernah menyarung jersi pasukan Terengganu selain dari Selangor PKNS, Harimau Malaya B, Sabah dan Johor DT.

"Nama pemain-pemain berkenaan biarlah diumumkan oleh pucuk pimpinan T-Team sendiri, selepas pertandingan akhir Piala Malaysia nanti," katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini, beliau berkata jumlah pemain yang disenaraikan dalam pasukan T-Team sekarang ini telah meningkat kepada 19 orang, termasuk pemain import.

T-Team telah memulakan latihan pusat dalam rangka membentuk pasukan mantap bagi menghadapi kejohahan tersebut di Padang Bola Sepak Gong Badak, di sini sejak 28 Okt lepas.

-- BERNAMA

Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri:
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender: Male
Jumlah Post: 706
Umur: 24
Tarikh Register: 10/12/2011
Reputation: 2
Points: 2886

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You can reply to topics in this forum