FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Kanak-Kanak Culik Ditemui Di Taman Tasik Titiwangsa

View previous topic View next topic Go down

Kanak-Kanak Culik Ditemui Di Taman Tasik Titiwangsa

Post by Info Bola Sepak on Sat 09 Nov 2013, 3:57 pm


Oleh N. Sevagamy

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar Jumaat, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari Sabtu.

Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, dia dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah dijumpai oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemandu lori, Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu sedang berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.

Beliau kemudian segera menghampiri kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk Freddie apabila melihatnya keletihan.

"Pagi tadi saya terbaca di akhbar ada berita mengenai kanak-kanak diculik...tapi tak sangka budak inilah yang diculik itu. Semasa saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat," katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di lokasi kanak-kanak itu ditemui.

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zakaria Abdul Wahab yang kebetulan berada di lokasi sama, telah memaklumkan kepada Meja Berita Am agensi itu mengenai penemuan anak lelaki guru bahasa warga Britain itu.

Menurut Zakaria, ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersenam di taman berkenaan.

"Saya lihat sekumpulan orang awam berkumpul bersama seorang kanak-kanak. Saya dapat merasakan yang dia adalah budak yang diculik semalam berdasarkan wajahnya yang bukan seperti kanak-kanak tempatan.

"Selepas itu saya terus menelefon wartawan BERNAMA dan menghantar gambarnya yang saya ambil menerusi telefon bimbit untuk memastikan sama ada dia budak yang diculik itu," katanya.

Wartawan BERNAMA kemudian menghantar gambar itu kepada rakan ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Robert dan beliau mengesahkannya.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di ibu kota.

Dalam kejadian 6.10 petang Jumaat, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing dengan menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumah.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.

Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.

Sementara itu, Sarah tiba di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira 1.30 tengah hari dengan ditemani beberapa rakannya.

Memakai baju berwarna coklat dan berseluar kelabu, beliau kelihatan amat gembira apabila dipertemukan dengan anak lelakinya itu selepas 18 jam terpisah.

Sambil memeluk erat anakya itu, beliau dibawa masuk ke dalam balai untuk diambil keterangan.

Polis mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengambil keterangan daripada mangsa.

Di luar balai, wakil-wakil media yang menunggu Sarah gagal menemu bualnya kerana beliau belum bersedia berbuat demikian.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak polis sedang memburu dua suspek, seorang daripadanya wanita, berusia 30-an dipercayai menculik kanak-kanak lelaki warga Britain berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah percaya kedua-dua suspek itu dikenali keluarga mangsa culik berkenaan.

Beliau berkata pihaknya kini sedang meneliti identiti kedua-dua suspek sama ada mereka warga tempatan atau asing.

"Kita percaya kes ini tiada kaitan dengan meminta wang tebusan, mungkin ada motif lain dan kita sedang siasat," kata Ku kepada pemberita di Balai Polis Pantai di ibu negara.

Dalam kejadian pukul 6.10 petang Jumaat itu, Freddie bersama ibunya sedang berada di halaman rumah di Jalan Terasik 7, Bangsar semasa didatangi kedua-dua suspek yang kemudian bertindak melarikan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun dijumpai orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara, kira-kira 12.20 tengah hari Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai penemuan kanak-kanak tersebut, Ku berkata Freddie dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada ibunya.

Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Taman Tasik Titiwangsa bagi mengesan waktu suspek meninggalkan kanak-kanak itu.

Ku berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian bolehlah melaporkannya ke balai berdekatan bagi membantu siasatan.

--BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 27
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4047

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum