FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Pelajar Paramedik Tidak Perlu Jalani Latihan Di Luar Negara - Dr Hilmi

Go down

Pelajar Paramedik Tidak Perlu Jalani Latihan Di Luar Negara - Dr Hilmi

Post by Info Bola Sepak on Wed 04 Dec 2013, 11:49 am

IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Pelajar Parademik tidak perlu jalani latihan di luar negara kerana Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) menyediakan pelbagai bidang perubatan bersesuaian dengan keperluan tenaga paramedik yang diperlukan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ILKMM yang telah beroperasi sejak awal 60-an banyak menabur bakti bagi melatih dan melahirkan anggota sains kesihatan yang kompeten dalam perkhidmatan kesihatan.

"Saya kira paramedik ini kita tidak perlu hantar keluar negara, memadai untuk kita latih mereka di dalam negara kerana mereka akan dilatih dalam keadaan yang sesuai dengan kita.

"Kalau pergi keluar negara, mereka akan dilatih cara dia (perubatan di luar negara) dan bila balik sini mereka kena ubah balik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen ILKKM di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) di sini Selasa.

Beliau berkata sebanyak 10,000 graduan daripada semua 33 ILKMM di seluruh negara dikeluarkan pada setiap tahun dam masih banyak latihan baharu perlu diperkenalkan bagi mengisi keperluan negara.

"Kita ada bagi kursus asas dan pasca asas. Pelatih yang sudah bekerja datang balik, kita akan bagi kursus yang spesifik dengan bidang masing-masing tetapi ini pun saya kira belum mencukupi," katanya.

Majlis konvokesyen bertema "Keharmonian Melestari Keunggulan" itu melibatkan 9,159 graduan yang mana seramai 4,695 graduan diploma, sijil (1,873) dan sijil pengkhususan (2,591).

Pada majlis itu Dr Hilmi turut melancarkan Integrated Campus Information System (ICMS) yang mengandungi tujuh modul iaitu sumber manusia, aset dan peralatan, e-Filing dan dokumen, asrama dan kediaman, hal ehwal pelajar, penilaian latihan dan sokongan latihan.

Katanya sistem tersebut akan dilaksanakan di 12 institusi di seluruh negara dalam masa terdekat bagi melihat keberkesanan sistem sebelum meneruskan pelaksanaannya di institusi lain.

"Ia bertujuan memantapkan pengurusan kolej, menyeragamkan kerja dan membolehkan penyampaian maklumat yang cepat dan tepat. Perluasan sistem ini dijangka dapat memantapkan lagi peranan bahagian pengurusan latihan dalam mengendali semua ILKMM," katanya.

Sistem ICMS dibangunkan bersekali dengan projek bangunan KSKB SAS yang menelan kos sebanyak RM8.6 juta, merangkumi infrastruktur ICT dan pembangunan aplikasi.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4496

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum