FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

KKM Gantung Perkhidmatan Wad Hospital Bersalin Dan Pusat Perubatan Cina N.S

Go down

KKM Gantung Perkhidmatan Wad Hospital Bersalin Dan Pusat Perubatan Cina N.S

Post by Info Bola Sepak on Wed 04 Dec 2013, 11:52 am

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina N.S. (NSCMH) digantung, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.

"Pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar. Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu yang bertarikh 21 Nov dihantar kepada Bernama di sini Jumaat.

Katanya hospital itu tidak dibenarkan menerima pesakit baharu dan pesakit sedia ada di dalam wad akan dipindahkan ke hospital-hospital lain kerana kementerian mengutamakan keselamatan pesakit dan penjagaan kesihatan berkualiti.

Dr Noor Hisham berkata langkah penggantungan itu diambil susulan siasatan terperinci terhadap aduan diterima kementerian pada Ogos dan dibuktikan menerusi penemuan diperoleh semasa lawatan pengesaham dilakukan di premis hospital itu pada 4 Sept.

"Kementerian telah dua kali mengeluarkan surat tunjuk sebab iaitu pada 18 Sept dan 21 Okt meminta hospital itu memberikan butiran terperinci berhubung langkah penambahbaikan yang telah diambil dan langkah yang dirancang untuk mengatasi 10 pelanggaran itu," katanya.

Beliau berkata satu mesyuarat khas telah diadakan pada 17 Okt untuk bertemu wakil hospital itu dan ahli seumur hidup NSCMH, bertujuan memberikan penjelasan terperinci berhubung 10 pelanggaran itu yang dikesan semasa lawatan pengesahan dan juga membincangkan penyelesaian sesuai terhadap masalah dihadapi hospital itu.

"Pengurusan hospital diberi masa 14 hari bekerja untuk menjawab surat tunjuk sebab kedua bertarikh 21 Okt dan tempoh itu tamat pada 8 Nov.

"Berikutan kegagalan pihak pengurusan hospital mengatasi dan menangani dengan sewajarnya 10 pelanggaran itu, kementerian tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan notis penggantungan perkhidmatan pesakit di dalam wad di hospital itu bagi memastikan amalan perubatan selamat dan melindungi kepentingan pesakit," katanya.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 479
Umur : 29
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4580

View user profile

Back to top Go down

Re: KKM Gantung Perkhidmatan Wad Hospital Bersalin Dan Pusat Perubatan Cina N.S

Post by bizzhabib on Fri 06 Dec 2013, 1:35 am

Very Happy
avatar
bizzhabib
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri :
Jawatan : jtu29
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 30
Tarikh Register : 05/12/2013
Reputation : 0
Points : 1834

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum