FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Sejumlah 351,055 Orang Jalani Ujian Saringan Talasemia Setakat Jun 2013

Go down

Sejumlah 351,055 Orang Jalani Ujian Saringan Talasemia Setakat Jun 2013

Post by Info Bola Sepak on Tue 10 Dec 2013, 9:05 am

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sabah mencatat jumlah tertinggi pembawa gen talasemia iaitu 1,450 orang daripada sejumlah 2,909 penduduk Malaysia yang disaring positif dalam ujian di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata sejumlah 351,055 orang menjalani ujian saringan talasemia bagi tempoh berkenaan.

Pulau Pinang dan Johor masing-masing mencatat 193 orang positif, Kuala Lumpur 189 orang dan Perlis 171, katanya ketika berucap pada majlis makan malam amal Jubli Perak Persatuan Talasemia Malaysia di sini malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Persatuan Talasemia Malaysia Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Subramaniam berkata kerajaan akan terus menjalankan kempen bagi menggalak masyarakat menjalani ujian saringan talasemia di peringkat awal dewasa.

"Saya menggalakkan remaja menjalani ujian saringan talasemia kerana ia hanya perlu dijalankan sekali seumur hidup. Ujian itu boleh dibuat di klinik kesihatan di seluruh negara," katanya sambil menambah sejak tahun lepas, Perbendaharaan Malaysia meluluskan RM40 juta bagi menampung keperluan ubat kepada pesakit talasemia bagi membantu meringankan beban mereka.

Sementara itu, Rosmah yang juga penaung Persatuan Talasemia Malaysia, berharap Kementerian Kesihatan mempertimbang bayaran minimum bagi membolehkan pesakit talasemia terus mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

"Di Malaysia, setiap pesakit talasemia yang bergantung kepada rawatan perubatan seperti agen pengelat akan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 setiap bulan. Ini tidak termasuk bayaran untuk pemindahan darah serta rawatan komplikasi," katanya semasa merasmikan majlis itu.

Pada majlis itu, Rosmah yang mengumumkan sumbangan RM200,000 daripada Tabung Prihatin Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia kepada Persatuan Talasemia Malaysia, turut menerima cek RM30,000 untuk Tabung Persatuan Talasemia Malaysia daripada Timbalan Presiden SapuraKencana Petroleum Berhad Md Yusoff Mohamad Noor.

Ketua Pegawai Strategik Touch'n Go Sdn Bhd Ahmad Najmi Mahfodz pula menyerahkan cek RM10,000 hasil jualan 5,000 edisi khas kad berkenaan di hab utama Touch 'n Go iaitu di KL Sentral, pusat beli-belah The Sphere Bangsar South dan Wisma Nufri, Johor Baharu.

-- BERNAMA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4407

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum