FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Motosikal SYM T2 250i (Harga Rm16K - 17K) | SYM Skuter Maxsym 400 (Harga RM26K)

View previous topic View next topic Go down

Motosikal SYM T2 250i (Harga Rm16K - 17K) | SYM Skuter Maxsym 400 (Harga RM26K)

Post by Info Bola Sepak on Thu 12 Dec 2013, 9:02 pm

Model baru motosikal SYM
MOTOSIKAL SYM T250i
PULAU PINANG 20 Mei - Pengeluar motosikal jenama SYM, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce) melancarkan dua model baru, iaitu T2 250i dan Maxsym 400i.

Model T2 yang dikategori sebagai 'naked sport bike' dengan kuasa 250 cc kini boleh diperolehi di pasaran pada harga RM16,000 manakala keluaran edisi khas RM17,100.

Sementara skuter Maxsym berkuasa 400 cc bakal berada di pasaran Julai ini dengan harga RM26,000.

Ketua Pegawai Operasi MForce, Fabian Ong Ghee Seong berkata, Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN melancarkan model T2 yang direka khusus untuk pasaran Eropah.

"Selepas Malaysia, model T2 bakal dipasarkan di Singapura dan Thailand," katanya. pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kedua-dua model berkenaan di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Ghee Seong memberitahu, seperti model-model sebelumnya, beliau yakin T2 dan Maxsym juga akan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan jualan bagi T2 sebanyak 450 buah manakala Maxsym 250 buah pada tahun ini.

Beliau menambah, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 8,996 buah motosikal SYM berjaya dijual berbanding 3,915 buah dalam tempoh sama tahun lepas.

"Salah satu faktor kejayaan ini adalah model-model sebelum ini seperti Bonus110 SR, E-Bonus110, VTS200 dan EVO250i berkualiti tinggi tetapi harga jualannya masih kompetitif berbanding jenama lain," ujarnya.

--- UTUSAN MALAYSIA
avatar
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 482
Umur : 28
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 4218

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum